Langkau ke kandungan utama

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar


 Assalamualaikum. Salam ceria.

Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.

 

Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!

 Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu.



Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan kemasukan teks dari telefon pintar atau android. Perhubungan antara paparan LED dengan telefon pintar adalah melalui bluetooth.

Anda minat untuk buat projek seperti ini? Boleh Klik SINI.


Post Yang Mesti Anda Baca