Catatan

Knight Rider

Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.

Simple Power Supply

Imej
Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini. Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu leb...

Penghujung tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sudah hampir ke penghujung tahun 2007. Hanya tinggal bulan 12 saja lagi untuk melangkah ke tahun 2008. MyEnik sedang mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan perancangan yang telah disusun rapi untuk pembukaan tahun baru 2008 pada masa akan datang. Saya dan Shahrul kita sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa produk baru dan buku panduan terbaru. Mungkin agak lama sikit untuk menyiapkannya walaupun masa atau target untuk menyiapkannya sudah semakin hampir. Apa pun begitu kami tetap akan siapkan secepat mungkin. Pada waktu sekarang ini aktiviti dengan student agak perlahan dan hampir tiada urusan. Ini berlaku kerana student dah ramai yang bercuti dan sessi pengajian semester sudah habis. Dengan peluang ini kami melakukan kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan untuk perancangan tahun hadapan pula.

Akan ada produk terbaru

Sudah lama saya ber'uzlah mengurung diri semata-mata ingin menyiapkan beberapa projek dan produk terbaru MyEnik. Tapi bagi saya ia masih belum sempurna lagi walaupun senarai produk baru seperti e-book sudah boleh diumumkan. Bukan mudah untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Pada kali ini saya berharap produk terbaru ini akan lebih berkualiti dan teratur. Mungkin sebabkan produk terdahulu nampak tidak tersusun, untuk produk akan datang saya mahukan kesempurnaan. Apakah produk yang akan saya keluarkan? Produk terdiri daripada produk digital seperti e-book, buku bersama dengan cd dan produk lengkap seperti alatan. Apa yang pasti semua produk ini akan benar-benar beroperasi pada januari 2008. Beberapa produk akan muncul tidak serentak. Satu persatu sehingga semua produk semuanya muncul. Tunggu kemunculannya.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri. Setelah lama bercuti raya, kini saya kembali menjalankan aktiviti yang sudah lama direhatkan. Blog ini pun masih belum banyak lagi di-update. Lagi pun pc saya dan Shahrul telah direhatkan agak lama juga walaupun cuti raya sudah habis. PC kami ada masalah. Jadi banyak kerja tergendala. Baru-baru ini kerja membina projek banyak kali terganggu. Saya banyak menggunakan pc untuk membuat kerja-kerja di lab. Bila pc dah takde, kenalah guna manual dan sumber rujukan pula dari buku-buku dan fail simpanan. Kerja agak rumit sikit berbanding sebelum ini. Namun begitu perancangan selepas cuti raya masih diteruskan walaupun banyak halangan ditempuhi. Produk baru MyEnik sudah tidak sabar untuk diumumkan. Masih menanti waktu yang sesuai. Mungkin produk sebelum ini akan mengalami perubahan-perubahan tertentu. Buat beberapa kali, strategi MyEnik akan mengalami perubahan baru yang agak drastik dan boombastik demi menaik taraf perjalanan dan pencapaian MyEnik. Insyaallah sele...

Perihal LED dan seumpamanya

Imej
Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna??? Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni? '. Saya berfikir sejenak. Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu? ' 'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba. Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah...

Aktiviti Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti MyEnik agak slow tetapi masih lagi kerja dilakukan. Sebelum bulan Ramadhan aktiviti di lab boleh dikatakan selalu setiap malam hingga lewat malam (biasa pukul 2 pagi baru balik). Pada siang hari pula saya dan Shahrul sibuk dengan kerja masing masing. Bulan Ramadhan ini agak penat dari hari-hari biasa. Kalau sampai rumah letak kepala atas bantal terus je lelap. Tapi solat terawih dan tadarus buat juga. Mana boleh dilepaskan. Rugi rasanya kalau tak buat. Disebabkan masa yang ketat dengan pelbagai aktiviti dan keletihan, aktiviti di lab pada belah malam agak slow sikit. Kalau ada projek tu agak lewat sikit la nak siapkan. Cuma baru-baru ni saya bersengkang mata cuba menyiapkan kerja MyEnik selepas saje solat terawih. Banyak kerja saya buat di rumah disebabkan lab dengan rumah agak jauh. Tidur sekejap dan terus bangun untuk sahur. Selepas sahur sambung balik kerja sehingga masuk waktu subuh baru stop untuk solat subuh dan bersiap untuk per...