Langkau ke kandungan utama

Perihal LED dan seumpamanya

Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna???

Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni?'. Saya berfikir sejenak.

Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu?'
'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba.

Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah dia menggunakan bateri 9 volt untuk uji nyalaan LED.

Oklah macam ni. Hampir kesemua LED menggunakan voltan had setinggi 3 volt. Itu tahap yang paling selamat untuk uji LED. Ada juga LED yang had voltannya 4 volt. Tapi lebih baik dan selamat guna 3 volt la. Lebih dari itu kemungkinan LED akan berubah warna menjadi amat terang dengan sekejap dan bertukar warna suram atau pun pucat. Kalau keadaan ini berlaku bermakna LED tersebut rosak dan voltan yang diberikan mungkin besar.

LED boleh guna voltan DC atau AC? Dua dua voltan boleh asalkan tidak lebih dari had voltan masukkannya. Kalau tak percaya cubalah sendiri. Buat ujikaji sendiri dan lihat hasilnya. Cuba terbakarkan satu LED dengan mengenakan voltan 12 volt atau 9 volt. Voltan 240 volt AC pun boleh juga tapi awas! Saya tak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan kerana voltan 240Vac boleh membunuh.
LED mempunyai dua kaki yang dikenali anod dan katod. Anod adalah positif dan katod adalah negatif. Kalau dilihat pada kaki LED, panjang kedua-dua kaki tidak sama. Bukan silap buat tapi disengajakan. Yang panjang itulah anod dan yang pendek sikit tulah katod (sebut ketot pun boleh juga).

LED tidak seperti mentol lampu berfilamen. LED mengeluarkan pelbagai warna setiap satu LED. Ada juga LED yang mengeluarkan banyak warna pada satu LED tersebut. Ada LED yang boleh berkelip sendiri. Ada LED yang berkelip sendiri sambil menukarkan pelbagai warna menarik. Ada juga LED yang mempunyai 3 kaki yang mana satu kaki adalah anod dan dua kaki lagi adalah katod. LED tersebut boleh menghasilkan 2 warna mengikut pemilihan kaki katodnya. Contoh seperti warna merah dan warna hijau.

Saiz LED juga berbeza beza. LED yang biasa digunakan bersaiz 16mm. Ada yang lebih kecil dan lebih besar. Selain itu juga LED mempunyai banyak jenis bentuk. Ada yang bulat, kotak, bujur, leper dan sebagainya. Satu lagi saya lupa nak bagitau, apa tu LED? LED adalah Light Emmiting Diode atau Diod Pemancar Cahaya. Ia tergolong dalam keluarga diod.

Jika dilihat pada kepala LED dengan dekat kita akan nampak struktur dalamannya. Nampak tak satu bentuk macam bendera? Yang bentuk bendera itu kakinya adalah katod dan satu lagi yag kecil bentuknya adalah anod. Tapi waspada! Jangan mudah tertipu dengan struktur tadi. Sebab ada juga LED yang sepatutnya bentuk bendera itu adalah katod tetapi bila dipasang pada bekalan kuasa ia tudak menyala. Bila ditukar kedudukan kaki baru menyala. Itu namanya LED yang silap buat (he he he). Saya pernah alami pengalaman ini. Kesemua LED yang saya pasang pada papan projek tidak menyala. Pada hal saya ikut kedudukan bendera pada negatif dan satu lagi adalah positif tapi masih tidak menyala. Bila saya tukar kedudukan kaki baru menyala. Kemudia baru saya tahu dan silap. Sepatutnya saya lihat pada panjang pendek kaki LED bukan pada struktur dalaman LED. Faham ke?

Dengan LED saya boleh membina pelbagai jenis litar elektronik yang menarik. Litar LED kelip-kelip adalah litar LED pertama saya dan sekarang ianya menjadi lebih advance lagi. LED terdapat di mana-mana. Jadi tidak hairanlah kalau penggunaan LED adalah meluas kerana ianya murah dan menjimatkan tenaga tidak seperti mentol biasa.

Post Yang Mesti Anda Baca