Catatan

Aktiviti mencabar dan tercabar

Agak lama saya tidak update blog myenik setelah sekian lama saya sibuk dengan pelbagai urusan yang melibatkan projek myenik dan projek peribadi. Saya tidak lah banyak buat projek luar. Cuma banyak tertumpu kepada projek myenik saja. Pada waktu sekarang ini ramai rakan-rakan saya tergolong dari kalangan student inginkan khidmat nasihat untuk membuat projek. Itu sudah menjadi aktiviti setiap tahun. Bermula dari tubuhnya MyEnik ini, dari situlah ramai yang meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dan pandangan berkaitan dengan projek elektronik. Semua ini terjadi tanpa dirancang. Apa pun saya terpaksa memasukkan agenda tersebut sabagai salah satu aktiviti myenik. Akibat sibuk dengan projek student, banyak urusan projek saya tergendala. Banyak juga projek dalam senarai saya. Itu tidak dicampur dengan myenik. Jika dicampur adukkan takut-takut saya tidak mampu untuk menguruskannya. Untuk permulaan ini agak kelam kabut sedikit kerana jadual yang fleksibel tanpa diduga. Pernah juga ada b...

MyEnik Berwajah Baru

Dah lama sangat saya tak update blog myenik ini. Ini gara-gara saya terlalu sibuk dengan banyak perkara dicampur dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu. Bila dah ada peluang ini barulah dapat saya update blog ini. Itu pun masih terkejar-kejar. Masa tu terlalu singkat rasanya. Pada kali ini saya baru saja membuat pembaharuan pada web site myenik. Jadi bolehlah lawat sekarang. Ingat alamat web myenik? www.myenik.com . Tapi masih ada lagi yang belum dibereskan seperti beberapa ruangan penting yang masih dalam pembinaan. Sepatutnya saya perlu siapkan semua sekali dan baru boleh upload ke dalam internet. Tapi sebab rasa tak sabar, tu yang upload juga. Saya tinggalkan beberapa ruangan yang masih dalam pembinaan lagi. Barulah ada supprise sikit. Buat masa ni ramai pula pelanggan yang minta bantuan dan khidmat nasihat untuk membuat projek elektronik. Pada masa yang sama juga saya sedang bertungkus lumus untuk siapkan beberapa projek kit. Tapi biasalah... sebelum boleh dijual, semua projek...

Tawaran e-book sudah pun tamat

Kini tawaran e-book MyEnik sudah pun tamat dan dua-dua pakej e-book tersebut sudah tiada lagi. Kini hanya menunggu masanya untuk produk terbaru akan muncul. Nak tahu apa dia? Tunggu la ye. Jika tak nak tunggu pun boleh juga. Tapi untuk yang suka menunggu, inilah masanya kerana produk terbaru ini akan dijual dengan harga yang istimewa. Untuk jangka masa tertentu sahaja, tawaran harga tersebut akan tamat dan harganya akan naik. Biasalah semua ini untuk tujuan promosi produk baru.

Peluang tawaran tamat makin hampir

Tawaran produk e-book semakin hampir tamat. Selepas ini tiada lagi e-book tersebut dijual. E-book tersebut akan diganti dengan produk lain seperti buku litar lain yang terbaru. Produk terbaru yang akan keluar nanti akan ditawarkan dengan harga pengenalan dahulu disamping ada diskaun lagi kepada anda yang telah membeli e-book tawaran ini. Untuk anda yang pernah membeli e-book ini sebelum tawaran juga akan mendapat diskaun, asalkan anda masih menggunakan e-mail semasa membeli e-book dahulu. Tawaran ini menyebabkan ramai yang ambil peluang. Tidak sangka sambutan amat menggalakkan. Kemungkinan juga saya akan keluarkan juga produk projek kit buat saya sendiri. Tak tiru mana-mana projek kit di pasaran. Original punya. Jika mendapat sambutan memberangsangkan, saya akan tambah jenis-jenis projek kit terutama projek kit yang tiada di pasaran. Jika dibenarkan (selepas perbincangan dengan partner) myenik akan offer program affiliate untuk semua produk MyEnik. Anda akan mendapat komisyen jika berj...

Tawaran untuk produk MyEnik

Imej
Sekarang ni saya buka tawaran untuk dua pakej e-book dengan harga yang jatuh menjunam. Sebabnya kedua-dua pakej ini akan ditamatkan penjualannya kerana digantikan dengan produk baru iaitu buku litar dan koleksi litar projek dalam bentuk buku. Selepas ini hanya satu e-book sahaja akan dijual iaitu e-book koleksi litar projek yang baru. Jangka masa yang diberikan adalah 20 hari dari tarikh yang telah saya tetapkan. Selepas itu kedua-pakej ebook akan diganti dengan produk baru. Jadi apa lagi? Rebut peluang ini sebab sejak dari tawaran ini dibuka, terlalu ramai yang mengambil peluang ini. Walau pun begitu kedua-dua pakej tersebut tidak disertakan dengan bonus e-book percuma kerana kesemua e-book bonus tersebut boleh diperolehi di web site myenik. Masuk web site myenik dan klik pada e-book litar percuma. Agaknya apa tujuan saya buat semua ini? Sebabnya kerana MyEnik telah menyambut ulang tahun yang ke 4nya bulan ini. Dengan umur yang meningkat naik ini, banyak perubahan yang akan dibuat. Pa...

Sudah lama bercuti

Saya sudah lama bercuti kerana hal peribadi dan kini saya kembali semula setelah lama tidak online. Apa pun pada waktu bercuti saya ada membuat sedikit persediaan untuk pelancaran beberapa produk baru nanti. Sepanjang tempoh bercuti itu saya banyak menerima panggilan dan e-mail berhubung dengan MyEnik. Namun begitu saya tidak dapat melayani kesemua kehendak pelanggan MyEnik dan saya berjanji akan melaksanakannya pada hari yang lain pula. Pada masa akan datang ini myenik akan ditambah informasi baru dan labih banyak lagi akan dimasukkan. Ini bertujuan untuk peminat elektronik di Malaysia ini mempelajari rekacipta elektronik dengan lebih mudah lagi. Terima kasih kepada anda yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sumbangan bagi memajukan MyEnik untuk masyarakat Malaysia umumnya. Terima tidak terhingga.

Litar Sensor Keluar Masuk

Imej
Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya. Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah. Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan in...