Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya.
Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah.
Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan ini.
Katakan LDR1/LDR2 saya namakan label kepada 0/0 pada keadaan bersedia. Dan jika ada nombor 1 bermakna terdapat aktiviti mengesan. Sila lihat turutan ini:
0/0 – 1/0 – 1/1 – 0/1 – 0/0
Nilai 0 adalah bermaksud LDR tidak mengesan dan 1 bermaksud LDR sedang mengesan. Keadaan di atas adalah untuk keadaan sensor masuk. Anggapkan keadaan masuk adalah dari kiri ke kanan. Dan keluar pula dari kanan ke kiri. Oleh itu turutan untuk keluar adalah sama seperti di atas. Hanya ubah pandangan dari kanan ke kiri.
Secara penerangan panjangnya seperti ini: pada keadan bersedia LDR1 dan LDR2 adalah 0/0. Jika terdapat objek masuk ia akan melalui LDR1 dahulu dan menjadi 1 manakala LDR2 adalah 0 kerana objek belum melaluinya lagi. Kemudian objek melalui LDR2 dan menjadi 1. Pada masa ini LDR1 dan LDR2 sama sama mengesan dan menjadi 1/1. Objek seterusnya bergerak meninggalkan LDR1 menjadi 0 dan LDR2 masih mengsan objek menjadi 1. Seterusnya objek meninggalkan LDR2 manjadi 0. Keputusannya 0/0.
Pada keseluruhan proses tadi menjadikan satu keputusan dan IC membuat keputusan bahawa terdapat 1 objek telah masuk. Keputusan tersebut disimpan. Ia akan mengira sebanyak mana objek keluar dan masuk. Objek yang berjaya dikesan akan menghidupkan relay. Jika semua objek yang masuk habis keluar, relay akan off.
Litar ini unik dan anda boleh fikirkan kegunaannya. Jangan asyik fikirkan untuk kegunaan rumah saje. Banyak benda lain boleh buat.