Catatan

MyENik kembali dari bercuti

Assalamualaikum. Salam selamat hari raya. Dan maaf zahir batin. Kini saya kembali bertugas setelah seminggu bercuti raya di kampung halaman. Alhamdulillah selamat rasanya raya tahun ni. Walaupun agak penat dan badan dah mula rasa tak berapa sihat. Agak-agaknya macam mana raya anda? Seronok atau pun tak? Harap-harap seronok la ye. Yang dapat duit raya tu, tahniah la saya ucapkan. Yang banyak bagi duit raya tu pun doa saya semoga anda akan memperolehi keberkatan hidup dan memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Amin. Raya tahun ni saya agak sibuk dengan pelbagai persiapan raya. Maklumlah banyak kampung nak kena balik. Itu pun masih ada lagi tempat yang belum sampai. Insyaallah kalau ada masa akan sampai lah juga. Perancangan saya cuti raya ni nak buat beberapa kerja dan persiapan untuk MyEnik. Selain dari kain baju dibawa balik ke kampung, tidak ketinggal juga beberapa peralatan dan barang kerja MyEnik. Rancangan saya sebenarnya nak menyiapkan beberapa kerja yang banyak tidak selesai lagi...

MyEnik ada produk baru

Hai. Apa khabar? Sihat? Saya separuh sihat dan separuh tak sihat. Sebabnya saya batuk dan baru lepas demam yang tak berapa serius. Minggu ni banyak aktiviti dan MyEnik kini ada produk baru. Banyak juga tapi tak diwarwarkan dalam web site MyEnik sendiri. Beberapa produk tersebut akan menembusi pasaran dunia nyata. Bukan di internet buat masa ini. Saya sebelum ini sibuk dengan mereka cipta beberapa barangan elektronik yang boleh dipasarkan di dalam Malaysia. Sambutan agak baik dan Insayaallah Produk MyEnik akan berada di pasaran dan mempunyai one stop center sendiri. Tempatnya di mana? Itu saya belum boleh bagitau lagi, baru dalam perbincangan dengan beberapa pihak. Jadi pada masa akan datang, anda ada pilihan untuk membeli produk MyEnik melalui internet atau pun pergi terus ke kedai tersenarai menjual barangan MyEnik. Barangannya ada pelbagai tetapi saya lebih mementingkan kepada produk pembelajaran dan untuk hobi. Tempahan projek juga akan dibuat. Tetapi untuk projek tertentu sahaja. S...

Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri

Tak terlambat jika saya ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslim dan juga selamat hari raya jika tidak terlalu awal. Bulan puasa ni pada julanya redup dan hujan. Selepas beberapa hari berpuasa, panas pun mula memuncak setiap hari. Dengan keadaan tersebut, segala-galanya cepat kering termasuk juga dengan tubuh badan kita. Tekak kering, bibir kering dan segala-galanya kering. Harap poket tak kering. Sempena puasa ni dan hampir nak raya ni, saya bercadang untuk membuat satu tawaran. Pakej e-book Koleksi Projek Akhir menawarkan harga RM30 sekali lagi dan selepas itu tawaran akan tamat dan penjual e-book tersebut akan tamat juga. Tarikh tamat tawaran dan penjual adalah pada 27 haribulan ini. Harap anda boleh rebut peluang ini. Selepas itu saya tidak lagi menjual e-book tersebut. Mungkin akan muncul e-book lain pula. Tapi tidak tahu pula e-book apa.

Promosi dah tamat

Sekarang ini promosi yang diwarwarkan sebelum ini telah tamat. Jadi tiada lagi promosi e-book tersebut. Namun begitu ramai yang telah bertanya kepada saya melalui e-mail supaya promosi tersebut sambung lagi kerana ramai yang baru kethui mengenai promosi tersebut. Insyaallah saya akan cuba pertimbangkan. Dan jika promosi disambung, kemungkinan selepas promosi tersebut, ebook tersebut tidak akan dijual lagi. Ini kerana saya tidak mahu e-book tersebut akan menjadi e-book sampah kerana terlalu banyak dan mudah dipasarkan. Saya sangat risau dengan idea yang saya sendiri keluarkan. Namu begitu, kesemua ebook tersebut diberikan peringkat demi peringkat atas tujuan tertentu. Kepada mereka yang sudah membeli, terima kasih saya ucapkan. Kepada mereka yang sudah membeli dan belum dapat keseluruhan e-book, saya ucapkan harap bersabar. Ada sebab saya buat begitu dan anda akan tahu sebabnya pada e-mail pemberian e-book yang terakhir sekali. p/s: saya sangat suka timbulkan suasana huru hara atas se...

e-book Koleksi Projek Akhir

Imej
e-book kompilasi koleksi projek akhir akan dilancarkan. Namun e-book ini akan dijual untuk masa terhad sahaja. Selepas itu kemungkinan harga dinaikan atau penjualan e-book koleksi ini ditamatkan. e-book ini mengandungi beberapa koleksi projek akhir yang myenik kumpulkan dari tahun-tahun yang lepas hingga ke baru-baru ini. Namun hanya beberapa koleksi yang ditunjukkan setelah dibuat penilaian setiap satu projek. Sesuai untuk anda yang memang nak cari idea untuk buat projek. Tidak kisahlah untuk buat projek apa pun asalkan ianya boleh menghasilkan idea-idea bernas untuk menghasilkan projek yang lebih bermutu. Bukan itu saja, dengan pembelian koleksi ini, pembeli akan menerima update e-book tersebut sehingga akhir tahun ini. Maknanya jika terdapat penambahan koleksi projek, myenik akan berikan secara percuma melalui e-mail pembeli. Harga yang ditawarkan juga adalah terhad iaitu RM30 untuk bulan Ramadhan ini. Selepas itu harga akan kembali seperti asal iaitu RM60. Perkembangan untuk e-book...

Semua borang di myenik adalah masalah.

Hai semua. Untuk kali ini saya nak bagitau bahawa semua borang yang terdapat dalam myenik mengalami masalah. Harap semua memberi perhatian ya. Ini kerana saya menerima banyak sekali borang-borang seperti borang tempahan, borang pertanyaan dan borang pengesahan bayaran. Itu bukan menjadi satu masalah. Masalah sebenarnya adalah semua borang tersebut kosong. Tiada sebarang maklumat yang diisi. Pada mulanya saya buat tak kisah saja dengan perkara ini sebab ianya biasa terjadi dalam sekali sekala. Tapi setelah saya terfikir bahawa semua borang tersebut dilengkapi dengan script yang boleh lindungi dari orang yang main-main hantar, barulah saya sedar bahawa semua borang tersebut ada masalah. Sebenarnya sudah banyak kali saya menukar dan edit borang di dalam myenik. Tetapi masalah yang sama juga berlaku. Baru-baru ini myenik kena hacked. Huru-har myenik jadinya. Tapi lepas tu ok bali setelah En. Suhaimi dari SempoiHosting.com dapat atasinya dengan begitu cekap. Jadi sekarang bila dah jadi maca...

Gunanya diod dan transformer

Di sini saya ingin huraikan serba sedikit mengenai diod dan kegunaannya. Seperti yang kita tahu diod fungsinya sebagai penerus voltan. Diod hanya membenarkan arus terus melaluinya. Maknanya ia boleh menukar arus ulang alik (ac) kepada arus terus (dc). Kalau kita tengok pada gelombang arus ulang alik (ac) adalah berbentuk sinus (macam gelombang turun naik). Kalau arus terus pula ianya satu garisan lurus. Fungsi diod boleh menghasilkan gelombang garisan lurus ini, tetapi ada pelbagai peringkat. Jika guna satu diod sahaja sebagai penerus, ia belum boleh menghasilkan gelombang garisan lurus. Hanya satu bahagian sahaja (sama ada atas atau bawah) yang terhasil garisan lurus (kalau lihat pada osiloskop). Sebahagian lagi masih gelombang sinus. Untuk itu, penggunaan diod kedua diperlukan untuk menghasilkan satu garisan lurus atau mendapatkan arus voltan terus (dc) yang sebenarnya. Atau kalau nak lagi bagus, guna empat diod yang dikenali penerus jenis tetimbang. Pada keadaan ini voltan adalah be...