Catatan

Apa pendapat anda?

Imej
Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan. Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya. Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan ...

Hai kawan-kawan

Hai kawan-kawan semua dan juga para student baru dan lama. Dah lama sangat saya tak update blog ini seolah-olah tuannya sudah mati. Alhamdulillah saya kembali semula setelah melalui pelbagai pengalaman yang sangat menarik dan tidak lupa juga yang tidak menarik. Kini saya kembali untuk menjalankan semula blog ini dan seterusnya MyEnik. Sebelum ini saya amat sibuk dengan beberapa projek produk baru iaitu produk berasaskan elektronik seperti alarm rumah, alarm kereta dan beberapa alatan elektronik. Semua produk tersebut akan saya siarkan dalam blog ini pada masa akan datang. Apa yang saya ketahui pada masa kini ramai student yang ingin mencari maklumat mengenai projek elektronik. Oleh itu saya buka pintu untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dan tidak kisah juga jika mempunyai masalah lama yang tidak kesampaian untuk diajukan. Saya buka semula. Untuk pertanyaan anda boleh e-mailkan ke myenik@ymail.com . Selain pertanyaan anda boleh ajukan komen membina, masalah dan juga cadangan...

Tiada Pembelian Atau Tempahan

Buat masa ini MyEnik menangguhkan segala pembelian dan juga tempahan untuk tempoh masa yang tidak diketahui bila akan diberitahu. Masalah ini berhubung dengan masalah akaun bank yang telah diceroboh semenjak 3 bulan lalu dan masih dalam siasatan. Segala masalah ini akan diperbaiki secepat mungkin sehingga waktu yang akan diberitahu. Tiada pembayaran akan diterima lagi melalui akaun bank selain dari pembayaran hand by hand atau melalui cek/pos. Masalah akaun bank ini juga melibatkan juga dengan akaun e-mail dan juga akaun hosting web site MyEnik yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu MyEnik telah menanggung pelbagai masalah yang melibatkan teknikal dan sebagainya. Buat masa ini MyEnik bergerak seperti biasa melalui blog sahaja dan tidak pada web site rasmi MyEnik (www.myenik.com) dan juga aktiviti pembelian dan tempahan yang terpaksa ditangguh urusan. Namun segala masalah ini Insyaallah akan kembali seperti biasa tetapi tidak diketahui masanya. Masa...

Proses mereka inverter untuk kenderaan

Imej
Pada masa sekarang ini terdapat banyak produk inverter untuk kederaan di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi untuk kegunaan tertentu yang telah ditetapkan. Sebelum ini juga saya pernah membbuat dan mereka satu projek kincir angin yang boleh menjana voltan yang boleh menghidupkan lampu. Idea yang saya gunakan adalah menggunakan dinamo basikal sahaja dan ianya hanya boleh menghasilkan 12 volt sahaja. Itu pun jika pusingan dinamo laju dan bukannya perlahan. Untuk itu saya reka satu litar inverter yang mampu menaikkan voltan kecil kepada satu nilai voltan yang besar. Apa yang berlaku memang boleh menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan. Voltan naik dengan tinggi tetapi arus tidak mencukupi untuk menghidupkan satu mentol 12 V. Jalan penyelesaian adalah menggunakan transformer yang betul yang mampu untuk menghasilkan arus yang besar dan mampu untuk menghidupkan mentol.

Sudah mula sikit-sikit

Pada masa akan datang Shahrul akan ambil alih pengurusan MyEnik melebihi 50% dari saya. Tiba masa saya akan memberi dan menyerah tugasan dan kebanyakannya adalah pengurusan MyEnik. Saya masih di MyEnik dan masih menguruskan lagi cuma tidak seperti sebelum ini. Ini kerana saya agak sibuk dengan projek-projek luaran dan memerlukan masa yang betul untuk menghadapinya. Hampir keseluruhan MyEnik akan dirombak semula dan segalanya berlaku sedikit demi sedikit. Insyaallah selepas ini banyak perkara akan tertunai dan diharap pentadbiran baru ini akan lebih baik berbanding sebelum ini. Sebarang perkara yang terbengkalai akan ditunaikan dengan segera dan jika ada kekurangan akan diperbaiki. Selain blog, web site juga kan diubah sedikit demi sedikit. Dan diharap segalanya akan selesai seperti yang dirancangkan.

Rombakan MyEnik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama saya tak update blog ini dan juga web site sekali. Maaf la ye. Saya menghilangkan diri bukan sebab lari pergi mana-mana. Saya menghabiskan masa berada dalam tahanan. Tahanan apa tu? Maaf takleh bagitau. Nanti kena tahan lagi... Apa pun saya akan buat rombakan untuk MyEnik pada web site dan juga blognya sekali. Bukan nak tutup, tapi buat perubahan. Tidak mungkin MyEnik tutup selagi saya masih ada. Kalau saya takde mungkin anak saya akan ambil alih pula. Jadi apakah rombakan besar tu? Banyak yang akan saya buat perubahan nanti. Apa pun saya akan stop untuk menerima tempahan projek secara terbuka sebab saya sudah kena banned dengan syarikat lain. So akan datang saya hanya akan berikan informasi pada web site dan juga blog. Apa pun hasrat untuk keluarkan produk baru seperti yang dirancang sebelum ini juga mengalami rombakan besar. Hanya beberapa produk tertentu sahaja yang dibenarkan. Untuk mereka yang belum dapat produk dari MyEnik, maaf sebab la...

Banyak nak kena buat prototaip

Imej
Buat masa ini selain dari menjalankan tugasan menyiapkan beberapa projek tempahan, pada masa yang sama juga saya sudah mula sikit-sikit memikirkan persiapan untuk projek sete rusnya. Pada hal asal perancangan saya perlu siapkan beberapa kerja yang tertangguh sebelum ini. Tapi saya susah nak tidur malam memikirkan projek yang akan datang ini. Untuk elak dari masalah tersebut saya mulakan sikit sikit dulu sebagai pemanas badan. Nampak gayanya kali ini saya memerlukan pandangan dari anda semua mengenai pelbagai perkara. Semuanya berkaitan dengan pandangan aktiviti dan produk baru. Saya perlukan survey yang boleh menguatkan lagi permintaan terhadap produk tersebut. Cadangan untuk buat kelas online juga mungkin saya akan pertimbangkan dan minta pandangan dari anda juga. Jika ianya baik dan banyak baik dari keburukan, saya akan laksanakannya. Jika tidak, saya akan lupakan hasrat tersebut. Apa pun saya perlu bantu anda juga. Bagi yang ingin bekerjasama saya terima dengan tangan terbuka. Masak...