Catatan

Surihan veroboard

Imej
Sebelum tu saya banyak terlupa untuk memberitahu. Surihan di atas veroboard sebenarnya satu rujukan paling mudah untuk membina projek sebenar di atas veroboard. Nmun begitu panduan seperti tracking yang perlu dipotong adalah penting bagi mengasingkan laluan sambungan di antara komponen. Di bawah ini saya tunjukkan imej yang perlu diketahui berkaitan dengan surihan veroboard. Kotak kecil yang ada dot itu adalah tanda yang menunjukkan track veroboard dipotong. Kemudian vr jenis trimmer pot. Untuk vr yang bersaiz besar biasanya rajah menunjukkan penyambungan wayar sahaja. Untuk diagram seterusnya jika terdapat mana-mana komponen yang agak pelik, saya akan beri sedikit penerangan beserta dengan imej yang sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

Litar penghalau nyamuk

Imej
Walaupun litar ini mampu untuk menghindarkan nyamuk tetapi saya tetap guna ubat nyamuk yang mengeluarkan asap dan yang menggunakan tenaga elektrik. Tapi tidaklah saya anggap litar ini tidak bermakna apa-apa buat saya. Masa umur saya belasan satun dulu, saya selalu juga pergi ke kebun getah, tolong mak cik toreh getah. Jadi di kebun getah memang ramai tahu memang ada banyak nyamuk yang suka mengganggu orang macam saya ni yang tidaklah sepenuh masa pergi ke kebun. Hanya masa cuti sekolah bila balik kampung saja rasa rajin nak ke kebun. Biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Oleh itu saya terfikir untuk guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik. Memang masa tu gila sangat dengan rekacipta elektronik. Jadi idea mencurah-curah tapi tak tahu saluran yang betul masa tu. Bila dah siap, jadi masa untuk test. Masa test tak nampak macam menjadi sangat pun sebab mungkin ada berlaku kesil...

Offer percuma

Untuk permulaan ini sebab badan sudah rasa agak sihat sikit berbanding sebelum ini. Untuk itu saya offer kepada semua yang berminat untuk meminta apa saja diagram litar elektronik. Ya... apa saja. Tapi ada syarat la pulak. Syaratnya seperti: - Jangan minta diagram litar TV atau Radio (susah tu saya nak lakar atas veroboard) - Tidak kepada litar yang merbahaya seperti taser, timer bomb, pengganggu siaran tv/radio dan seumpamanya - Bukan diagram litar yang rumit dan banyak komponen seperti litar komputer - Hanya dibenarkan litar projek elektronik yang mudah seperti litar sensor (apa-apa sensor), litar power supply, inverter, converter, yang guna LED, yang guna relay, yang guna dc motor dan seumpamanya. - Bukan litar PIC Semua tawaran ini bermula sekarang (3/3/09) sehingga saya penat. Caranya mudah, hanya pergi ke komen post ini dan mintalah diagram litar yang anda mahu saya siarkan. Insyaallah jika permintaan tersebut masuk akal, saya akan siarkan secara percuma. Buat kebajikan sikit. Ok...

Apa pendapat anda?

Imej
Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan. Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya. Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan ...

Hai kawan-kawan

Hai kawan-kawan semua dan juga para student baru dan lama. Dah lama sangat saya tak update blog ini seolah-olah tuannya sudah mati. Alhamdulillah saya kembali semula setelah melalui pelbagai pengalaman yang sangat menarik dan tidak lupa juga yang tidak menarik. Kini saya kembali untuk menjalankan semula blog ini dan seterusnya MyEnik. Sebelum ini saya amat sibuk dengan beberapa projek produk baru iaitu produk berasaskan elektronik seperti alarm rumah, alarm kereta dan beberapa alatan elektronik. Semua produk tersebut akan saya siarkan dalam blog ini pada masa akan datang. Apa yang saya ketahui pada masa kini ramai student yang ingin mencari maklumat mengenai projek elektronik. Oleh itu saya buka pintu untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dan tidak kisah juga jika mempunyai masalah lama yang tidak kesampaian untuk diajukan. Saya buka semula. Untuk pertanyaan anda boleh e-mailkan ke myenik@ymail.com . Selain pertanyaan anda boleh ajukan komen membina, masalah dan juga cadangan...

Tiada Pembelian Atau Tempahan

Buat masa ini MyEnik menangguhkan segala pembelian dan juga tempahan untuk tempoh masa yang tidak diketahui bila akan diberitahu. Masalah ini berhubung dengan masalah akaun bank yang telah diceroboh semenjak 3 bulan lalu dan masih dalam siasatan. Segala masalah ini akan diperbaiki secepat mungkin sehingga waktu yang akan diberitahu. Tiada pembayaran akan diterima lagi melalui akaun bank selain dari pembayaran hand by hand atau melalui cek/pos. Masalah akaun bank ini juga melibatkan juga dengan akaun e-mail dan juga akaun hosting web site MyEnik yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu MyEnik telah menanggung pelbagai masalah yang melibatkan teknikal dan sebagainya. Buat masa ini MyEnik bergerak seperti biasa melalui blog sahaja dan tidak pada web site rasmi MyEnik (www.myenik.com) dan juga aktiviti pembelian dan tempahan yang terpaksa ditangguh urusan. Namun segala masalah ini Insyaallah akan kembali seperti biasa tetapi tidak diketahui masanya. Masa...

Proses mereka inverter untuk kenderaan

Imej
Pada masa sekarang ini terdapat banyak produk inverter untuk kederaan di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi untuk kegunaan tertentu yang telah ditetapkan. Sebelum ini juga saya pernah membbuat dan mereka satu projek kincir angin yang boleh menjana voltan yang boleh menghidupkan lampu. Idea yang saya gunakan adalah menggunakan dinamo basikal sahaja dan ianya hanya boleh menghasilkan 12 volt sahaja. Itu pun jika pusingan dinamo laju dan bukannya perlahan. Untuk itu saya reka satu litar inverter yang mampu menaikkan voltan kecil kepada satu nilai voltan yang besar. Apa yang berlaku memang boleh menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan. Voltan naik dengan tinggi tetapi arus tidak mencukupi untuk menghidupkan satu mentol 12 V. Jalan penyelesaian adalah menggunakan transformer yang betul yang mampu untuk menghasilkan arus yang besar dan mampu untuk menghidupkan mentol.