Catatan

Tempoh tamat hari ini

Hari ini adalah hari terakhir Pakej e-book Elektronik berada di MyEnik. Mulai esok pakej e-book itu tidak akan dijual lagi. Begitu juga dengan tawaran untuk menjadi ahli kelab Rekacipta Elektronik MyEnik melalui pembelian e-book pakej tersebut. Kelab Rekacipta Elektronik MyEnik akan dilancarkan dalam 2 -3 hari lagi. Dengan kelebihan yang ada melalui kelab ini, saya boleh tumpu perhatian kepada ahli-ahli yang berdaftar. Jadi, ruangan yang seperti diminta telah saya sediakan. Oleh itu terpulang pada anda untuk menggunakannya dan mengambil peluang. Terima kasih.

Ulang tahun yang ke-4

MyEnik telah berusia 4 tahun pada bulan ini dan menyambut usianya dengan pelbagai program akan dilaksanakan. Pada usia 4 tahun kini, MyEnik melalui banyak pengalaman pahit dan manis sehinggakan MyEnik telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam satu arena dunia elektronik. Bagi MyEnik ianya satu permulaan. Perjalanan masih jauh dan apa yang berlaku sebelum ini dijadikan iktibar atau sandaran pada kenangan (macam nama lagu pulak). Dengan ulang tahun yang ke-4 ini Myenik telah memberikan tawaran harga produk paling hebat setakat ini dan setiap pembeli secara automatik didaftarkan dalam forum rekacipta elektronik atau sebenarnya adalah kelab rekacipta elektronik MyEnik. Di dalam kelab ini disediakan ruangan pertanyaan dan ruangan belajar asas elektronik secara lebih dekat lagi. Memandangkan terlalu ramai yang berminat dan setiap hari menerima banyak email pertanyaan (sampaikan saya pun susah nak kawal), oleh itu saya tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik. Terdapat yuran pen...

Tawaran Harga e-book

MyEnik menawarkan harga runtuh untuk e-book Pakej Elektronik (sila ke link sini) sempena ulang tahun yang ke-4 pada pertengahan bulan ini. Dengan penawaran ini, ianya adalah sementara sahaja dan anda perlu rebut peluang ini kerana harga asal mungkin akan dinaikkan selepas tarikh luput tawaran. Atau kemungkinan e-book pakej ini akan diberhentikan penjualannya atas sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam web site MyEnik. Rebut peluang ini untuk memilki pakej e-book ini pada harga RM10 sahaja. Ke sini

Sistem bekalan kuasa

Untuk sebarang penggunaan litar bekalan kuasa memerlukan beberapa komponen penting bagi menjadikan satu satu bahagian pada litar berfungsi dengan betul. Jika kita inginkan satu litar bekalan kuasa pada voltan tertentu seperti 12 volt atau 9 volt, pastinya ianya adalah voltan DC. Tiada gunanya voltan AC kerana hanya alatan elektrik sahaja memerlukan voltan AC. Tetapi ianya masih menggunakan voltan DC yang telah ditukar dari voltan AC. Voltan DC adalah voltan terus dan Voltan AC adalah voltan ulang alik. Kedua-duanya berbeza tetapi kedua-dua sifat ini boleh bertukar menjadi satu sama lain. Jika DC ditemui oleh Thomas Edison, AC pula diperkenalkan oleh Nikola Tesla. Itu termaktub dalam sejarah secara formalnya. Tetapi sebenarnya kita tidak ketahui peneroka asal kedua-dua unsur tersebut sedangkan pada zaman piramid pun penggunaan mentol lampu dan bateri DC telah digunakan. Untuk menghasilkan voltan DC dari voltan AC (dari soket dinding rumah 240VAC) memerlukan litar pnerus dan litar pengat...

Komponen yang boleh meletup

Terdapat beberapa komponen elektronik yang boleh meletup disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut mungkin kita sedari atau pun tidak. Jadi berhati-hati dengan pemasangan komponen elektronik agar biarlah betul dan selamat. Namun begitu tidak semua komponen elektronik boleh meletup. Meletup bukanlah gambaran seperti satu letupan yang kuat seperti mercun atau pun bom. Letupan pada komponen tidak kuat dan tidak membahayakan. Itu pun tengok pada keadaan. Bunyi letupan seperti satu tepukan tangan yang sederhana kuatnya. Dan bukan seperti bunyi letupan bom dan seumpamanya. Jika sebegitu, saya juga tidak berani meneruskan bidang elektronik ini. Pengalaman saya pada komponen meletup ini sudah banyak kali dan adakalanya sampai kena renjatan elektrik. Sampai sekarang fobia. Antara komponen elektronik yang paling banyak meletup adalah kapasitor, kemudian transistor dan perintang yang melebihi 2Watt. Komponen yang lain juga ada meletup juga tapi terlalu sedikit kesnya. Jika pemasanga...

Ajak berbincang

Untuk minggu ini dan masa yang terhad ini sahaja saya offer kepada sesiapa yang inginkan perbincangan mengenai permasalahan elektronik atau yang berkaitan. Caranya, sila ke laman web MyEnik di www.myenik.com dan klik pada bahagian pertanyaan atau hubungi. Guna borang pertanyaan yang disediakan. Masukan maklumat yang dinyatakan dan masukkan masalah yang ingin dibincangkan. Hantarkan borang tersebut dengan klik pada butang hantar. Borang yang saya terima kemudian saya akan balas dengan disertakan maklumat selanjutnya seperti waktu dan bagaimana perbincangan dibuat. Guna peluang ini kerana ianya terhad sementara akan sampai waktu kemuncak saya. Terima kasih.

Sensor keluar masuk

Imej
Sekali lagi saya menerangkan mengenai sensor keluar masuk dua arah yang menjadi litar paling hangat dalam permintaan. Litar projek ini sangat mudah untuk dibini hanya dengan berpandukan kepada diagram litar sahaja. Perlu diingat kepada penyambungan kaki kaki komponen yang dilihat pada diagram litar adakalanya boleh jadi lupa atau tidak perasan penyambungannya. Ini adalah pun yang menjadikan litar projek tidak menjadi disebabkan alasan-alasan tersebut. Diagram litar boleh dilihat pada web site MyEnik pada ruangan litar. Ianya litar lama yang mana sebelum ini saya ada menyiarkannya. Tapi sebelum litar tersebut disiarkan, ada satu lagi litar yang sama fungsinya tetapi mengandungi bilangan komponen yang banyak dan merumitkan. Apabila keadaan semakin rumit, fungsi litar boleh menjadi 50-50. Adakalanya tidak berfungsi dengan baik. Untuk litar sensor keluar masuk ini, ia adalah litar yang terbaik dan fungsinya sangat menarik. Itu pun jika cara penyambungan komponen pada litar adalah tepat. Sa...