Langkau ke kandungan utama

Ulang tahun yang ke-4

MyEnik telah berusia 4 tahun pada bulan ini dan menyambut usianya dengan pelbagai program akan dilaksanakan. Pada usia 4 tahun kini, MyEnik melalui banyak pengalaman pahit dan manis sehinggakan MyEnik telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam satu arena dunia elektronik. Bagi MyEnik ianya satu permulaan. Perjalanan masih jauh dan apa yang berlaku sebelum ini dijadikan iktibar atau sandaran pada kenangan (macam nama lagu pulak).

Dengan ulang tahun yang ke-4 ini Myenik telah memberikan tawaran harga produk paling hebat setakat ini dan setiap pembeli secara automatik didaftarkan dalam forum rekacipta elektronik atau sebenarnya adalah kelab rekacipta elektronik MyEnik. Di dalam kelab ini disediakan ruangan pertanyaan dan ruangan belajar asas elektronik secara lebih dekat lagi. Memandangkan terlalu ramai yang berminat dan setiap hari menerima banyak email pertanyaan (sampaikan saya pun susah nak kawal), oleh itu saya tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik. Terdapat yuran pendaftaran sebanyak RM20 untuk permulaan dan mungkin akan dinaikkan pada RM30. Tempoh adalah setahun. Namun begitu jika anda membeli produk Myenik walaupun yang berharga RM10 sekali pun, anda secara automatik menjadi ahli kelab rekacipta elektronik selama setahun. Tawaran sehingga 15 haribulan 05 ini sahaja. 

Apakah kelebihan di dalam kelab ini? Terdapat ruangan chatting berjadual untuk semua ahli. Diadakan pertandingan rekacipta elektronik. Pemenang akan diberikan hadiah dan mungkin rekaan yang menang akan diambil untuk dipasarkan. Pemenang akan menerima royalty. Diadakan juga aktiviti perjumpaan ahli. Semua ahli akan diberikan diskaun sekiranya ingin menyertai kursus rekacipta elektronik. Jika ahli mempunyai masalah berkaitan rekacipta elekronik, MyEnik akan membantu dan memberi bimbingan.

Tawaran ini dibuat setelah myenik membuat penilaian dan perbincangan berhubung dengan perancangan ini. Pada rancangan akan datang pula MyEnik akan menjadi satu organisasi besar dan secara serius akan meneruskan usaha dalam bidang rekacipta elektronik ini. Dengan itu tawaran dibuka kepada semua peminat elektronik dan kepada mereka yang mahu belajar elektronik dari mula. Inilah masanya MyEnik lakukan untuk semua di atas permintaan ramai.

Buat masa ini telah ada beberapa individu yang telah berjaya menyertai kelab rekacipta elektronik MyEnik. Tahniah saya ucapkan. Kepada yang belum, anda boleh sertainya sekarang. Dengan cara ini saya boleh memberi masa dan tumpuan kepada ahli berbanding dengan e-mail yang saya terima setiap hari terlalu banyak sehingga saya sukar untuk memberi tumpuan.

Post Yang Mesti Anda Baca