Ujikaji LED Meter Suhu
Ujikaji ini menggunakan breadboard sebagai tempat uji bagi memudahkan kerja ubahsuai. Terdapat dua keadaan litar yang digunakan untuk beberapa keadaan yang berbeza. Litar pertama direka untuk kepekaan yang tinggi yang mampu mengesan suhu bilik dan juga jika dipegang pada sensor, bacaan akan diperolehi. Sesuai untuk mengukur suhu bilik, suhu air, suhu yang tidak begitu tinggi naik turunnya. Berbeza dengan litar kedua yang mempunyai kepekaan yang rendah sesuai untuk mengukur suhu tinggi. Sebagai contoh haba dari soldering iron, enjin kenderaan atau cerek air. Namun begitu mengukur air secara terus tidak boleh kerana akan merosakkan sensor dengan cepat berbeza jika digunakan secara betul dan tidak terlalu kerap kena pada suhu tinggi.
Prototaip Metal Detector
Sample prototaip alat pengesan logam atau metal detector menggunakan litar BFO. Terdapat banyak versi untuk penghasilan metal detector ini sehinggakan saya akan merekakan satu alat yang dipanggil gold detector yang sudah pun saya siapkan baru-baru ini. Alat tersebut sudah pun saya kemaskini dan bentuknya agak unit. Jika orang lihat ia seperti alat mengesan bom. Apa pun alat pengesan bom itu pun sememangnya metal detector. Untuk versi terbaru ini saya masukkan sekali dengan pelbagai function yang menarik dan lebih canggih dari buatan China atau USA. Jika dilihat pada video tidak sama seperti alat sebenar yang telah siap direka. Pada video adalah sample saja.
Ujian Untuk Sensor Keluar Masuk
Sensor ini direka oleh seorang pereka dari Eropah yang mana rekaan ini dibuat atas permintaan. Namun begitu untuk membina litar ini sangat sukar dan ramai yang memberi komen bahawa litar ini tidak menjadi apabila dibina. Namun sebab-sebab yang menjadikan litar ini sukar dibina kerana setting yang tidak betul dan penggunaan komponen yang salah. Sila lihat video di atas bagaimana ianya berfungsi dan mengesan objek keluar dan masuk. Pada masa yang sama ia mengira objek keluar dan masuk.
Akan ada banyak lagi video ujikaji yang dilakukan oleh team MyEnik. Sila kembali setaip hari untuk ketahui video terbaru dan juga post-post terbaru. Terima kasih