Membina litar projek

Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelbagai langkah demi langkah bagi menyempurnakan dengan sempurna keseluruhannya. Tidak seperti penggunaan veroboard atau stripboard kerana ianya lebih mudah. Penggunaan stripboard tidak memerlukan teknik asid eching. Hanya kepada kerja pemotongan track sahaja.

Untuk menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer, atau juga dengan teknik lettering. Salah satu kaedah paling cepat tetapi sangat leceh adalah dengan menggunakan PCB marker. Bagi saya, pilihan yang paling saya suka adalah dengan kaedah campuran lettering dengan PCB marker.

Lihat contoh seperti gambar di sebelah ini. Teknik yang paling saya minati adalah teknik lettering dengan PCB marker. Ianya lebih cepat. Walaupun begitu, ada juga teknik yang lebih cepat dari itu seperti teknik UV. Namun papan PCB untuk kaedah UV agak mahal berbanding PCB biasa.
PCB biasa terdiri daripada beberapa jenis. Pilihan saya adalah PCB jenis fiber kerana ia lebih kelihatan cantik dan tracknya mudah dilihat dari permukaan atas PCB yang telah siap. Selain itu juga ia mempunyai texture yang kelihatan cantik dan kemas apabila semua komponen sudah dipasang.
Cuba lihat contoh litar projek yang telah siap dipasang di atas PCB jenis fiber. Boleh nampak laluan track di bahagian bawahnya dari pandangan permukaan atas PCB. Sebelum saya terlupa, pastikan anda membuat surihan di atas kertas dahulu sebelum membuat surihan sebenar di atas PCB. Surihan di atas kertas adalah sebagai rujukan semasa membuat surihan di atas PCB.

Jadikan aktiviti membina PCB satu aktiviti yang menyeronokkan di masa lapang. Pastikan keselamatan diri semasa melakukan kerja asid eching kerana penggunaan bahan kimia beracun. Guna sarung tangan getah dan pelindung mata untuk keselamatan maksimum.