Tak tahu la nak kata. Benda-benda ni semua sudah lama saya fikirkan dan ada juga yang lambat sehinggakan orang lain sudah dapat dulu. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Apa yang saya ada itulah yang akan saya tunjukkan. Jika dah dapat pada orang lain, tak mengapalah.

Perkara yang sama juga saya dan Bro Jimi ada membincangkannya. Isu tersebut sangat menarik tapi pada asalnya saya kurang tertarik kerana terlalu ramai orang mengejar pada idea tersebut. Isu yang dibangkitkan oleh Bro Jimi membuatkan saya tertarik kerana pelbagai idea dan kaedah penyelesaian timbul. Saya bersetuju untuk membina satu sistem free energy yang sebenar-benarnya. Isu tersebut telah dibahaskan sehinggakan sumber percuma seperti solar, air dan angin bukan boleh dipanggil free energy.
Terdapat sumber lain lagi. Semuanya ini timbul setelah kajian terhadap teknologi ufo yang digunakan sehingga ke hari ini dan kita masih tidak ketahui teknologi tersebut kecuali pihak tertentu seperti di A*** 5*. Bagi saya idea tersebut sudah dibongkar tetapi menerimaan idea tersebut tidak mampu ditampung oleh kekuatan pemikiran manusia. Kita ada hadnya. Untuk melangkaui had tersebut bukan perkara mudah. Jika diketahui oleh kita, dunia akan berubah dan kemusnahan akan tercetus. Salah satu idea sistem free energy yang akan saya ketengahkan ini mungkin sudah diketahui, paling tidak pun pihak saintis.
Tidak mungkin mereka tidak terfikir idea yang lebih canggih? Mustahil. Dan banyak idea yang saya terima dari orang luar sudah agak lama dan ianya bukan sesuatu yang baru. Cuma tugas saya dan kita sekarang ini adalah untuk mengetengahkan saja dan untuk menghasil benda yang baru agak sukar terutama bagi bidang elektronik. Insyaallah saya akan usahakan ke arah itu.