Langkau ke kandungan utama

Cadangan dari pelawat...

Saya menerima banyak e-mail yang menanyakan pelbagai soalan sama ada yang susah nak jawab dan yang biasa-biasa sahaja. Namun semua persoalan tersebut saya jawab mengikut giliran. Lagi pula ada beberapa e-mail mengandungi soalan yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Dan ada juga email yang sama menghantar beberapa soalan  sekali hantar. Semuanya saya jawabkan jika saya tahu. Jika saya tak mampu untuk menjawabnya saya akan katakan saya tahu setakat yang termampu sahaja.

Sebabnya ada juga soalan yang luar dari bidang saya seperti mesin atau enjin. Sikit-sikit tu tahu la juga, cuma bukan dalam kepakaran saya. Majoriti soalan berkisarkan dengan projek elektronik dan juga litar projek. Apa pun ada masanya saya buntu juga bagaimana untuk membuat satu ruangan khas bagi mereka mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang dicari. Dahulunya saya pernah buatkan satu ruangan khas tetapi kurang pengunjung malah ruangan tersebut tidak disedari oleh kebanyakan pelawat yang masuk.

Insyaallah saya sedang fikirkan dan sedang buat satu ruangan khas untuk masalah tersebut. Selain itu juga banyak juga email yang memberi cadangan terutama sekali produk elektronik seperti kits litar projek. Dari beberapa tahun yang lepas lagi cadangan tersebut sering diajukan kepada saya dan saya memberikan jawapan akan dipertimbangkan. Senarai projek sudah siap di list kan. Pengujian litar juga sudah dibuat. Hanya tunggu peraksanaan sahaja, sedangkan saya masih memikirkan cara terbaik untuk dikeluarkan.

Untuk permulaan saya buatkan satu produk litar projek kits percubaan dengan melepaskan beberapa jenis projek dahulu. Tapi semua projek kits perlu dipasang di atas veroboard sahaja. Dan bukannya atas PCB seperti yang terdapat dipasaran sekarang ini. Walaubagaimanapun, manual pemasangan diberikan dengan penjelasan terperinci pada pemasangan komponen tersebut. Jika terlaksana, saya memerlukan beberapa peminat hobi kits untuk mencuba produk tersebut untuk mendapatkan feedback produk yang dicuba. 

Saya sudah tak tahan dengan pelbagai pertanyaan dan desakan supaya projek kits dibuat untuk peminat-peminat elektronik. Walaupun di kedai elektronik sudah ada dijual dengan pelbagai jenis projek, tetapi mereka masih mahukan kelainan dari saya. Insyaallah saya akan usahakan. Saya memerlukan sokongan dari anda semua supaya saya kembali kekal di MyEnik.

Selain itu ada yang mengharapkan produk-produk lain seperti gajet-gajet yang menarik. 
Gajet yang menarik? Memang saya ada buat, tapi untuk kegunaan sendiri. Sebelum ini saya ada buat satu alat pengesan logam (metal detector) untuk kegunaan sendiri dan group saya. Ala... macam cari harta karun tu la... Jadi pelbagai versi yang saya buat dan ada juga tempahan diminta walaupun saya belum cadang untuk menjualnya. Lagi pun agak mahal sebab teknologinya dan bukan sebab harga barang tu. Ingat ya... ianya satu teknologi dan bukanya barang semata-mata. 

Kemudian selepas itu ramai pula yang nak order unit tersebut walaupun saya nyatakan harganya. Disebabkan kegunaannya, ramai yang sanggup membelinya. Lagi pun versi rekaan saya ini lain dari yang lain dengan penambahan sistem tertentu. Kemudian rekabentuknya pun direka oleh Bro Jimi. Kalau tengok pada gambar tu, itu prototaip dan merupakan metal detector pertama saya yang telah dibarai untuk kerja rework. Apa pun saya dan group saya tidak gelarnya sebagai metal detector. Ianya adalah gold detector.

Post Yang Mesti Anda Baca