Veroboard bukan untuk semua

Penggunaan verboard bukan untuk semua litar projek dan bukan semua sesuai litar projek boleh dipasang di atas veroboard atau stripboard. Litar projek seperti running light, siren, sensor infrared, power supply kecil dan seumpanya. Tapi litar projek seperti pemancar fm, projek radio frekuensi, metal detector, pengesan gelombang dan seumpanya tidak boleh menggunakan veroboard. Kenapa yek?

Susah nak terangkan tapi ikut logik semua boleh faham. Jika dilihat pada bawah veroboard terdapat barisan laluan litar yang tersusun rapi dan rapat-rapat. Jadi jika mengikut hukum arus elektrik, setiap pengaliran arus elektrik terdapatnya kesah aruhan pengaliran. jadi gangguan pasti berlaku pada komponen-komponen elektronik. Tanpa disedari gangguan tersebut tidak terjadi pada litar projek yang tidak melibatkan penghasilan gelombang frekuensi seperti running light atau seumpamanya. Litar pemancar fm menggunakan gegelung (coil). Jika dipasang pada veroboard gangguan akan berlaku pada laluan litar. Tapi jika mahu guna veroboard juga ada cara lain yang boleh digunakan.

Veroboard tidak sesuai untuk litar projek yang
menggunakan arus tinggi kerana laluan pada veroboard tidak tahan dengan arus tinggi. tapi jika masih nak guna veroboard juga, masih ada caranya. Jadi ramai yang anggap veroboard terlalu banyak kelemahan berbanding PCB. Tapi tidak perlu anggap sedemikian kerana PCB juga ada kelemahannya tersendiri. Sedangkan saya menggunakan veroboard untuk produk yang saya hasilkan dan ianya kelihatan lebih kemas berbanding PCB. Itu pun ada caranya.

Jadi mana silapnya? Kita yang tentukan dan jika ada kelemahan sekali pun kita boleh jadikannya istimewa dengan pelbagai cara. Oleh itu jika anda pernah memasang apa-apa litar projek di atas veroboard dan tidak menjadi atau tidak function, sila periksa laluan veroboard. Semasa pematerian juga perlu berhati-hati dan jangan guna solder paste untuk kerja pematerian untuk elakkan litar pintas. Jika ingin membuat pemasangan komponen seperti diod, VR, power transistor dan relay adalah sukar dan rasanya seperti tidak masuk akal. Guna mini drill untuk besarkan lubang. Mankala untuk pemasangan relay, kaki tengah perlu dianjakkan satu laluan untuk menjadikan ia kemas.