IC Pengatur Voltan

Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC.

Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk voltan positif. nombor 78 adalah menunjukkan IC pengatur ini untuk kitaran positif dan manakala 79 pula untuk kitaran negatif.


Secara popularitinya IC78XX adalah paling popular berbanding 79XX. Huruf XX pula adalah penentu nilai voltan keluaran. Voltan keluaran yang biasa terdapat adalah 24v, 18v, 12v, 10v, 9v, 8v, 6 dan 5 v. Maknanya jika IC tersebut adalah 7818, voltan keluarannya adalah 18v positif. Jika IC tersebut adalah 7806, voltan keluarannya adalah 6v positif. Begitu juga untuk nombor-nombor yang seterusnya.

Untuk kaki IC tersebut boleh lihat pada gambar yang ditunjukkan. Pastikan sambungan kaki dipasang dengan betul. Sambungan kaki yang salah boleh menyebabkan kerosakan. IC ini boleh menghasilkan haba panas. Jangan panik jika IC ini panas. Kepanasannya yang suam-suam adalah normal. Tapi jika panas melampau dan rasa macam nak melecur tangan, itu something wrong. Mungkin rosak atau penyambungan salah dan sebagainya.

Namun begitu jika dilihat pada gambar di atas, bentuk seperti ini biasa digunakan. Tetapi adalah bentuk lain yang selalu digunakan. Bentuknya seperti topi atau bentuk ufo. Yang mana kakinya ada dua sahaja. Manakala kaki yang ketiga adalah pada badannya iaitu ground. Kebiasaannya, IC ini memerlukan penenggelam haba (heat sink) bertujuan untuk mengekalkan IC dalah keadaan tidak terlalu panas.