Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur menggunakan sensor biasa iaitu dua batang logam dimasukkan ke dalam tabung air, masalah mungkin akan berlaku untuk jangka masa agak lama. Ini kerana penggunaan sensor seperti itu akan menyebabkan berlaku hakisan atau pun karat walaupun ianya berlaku dalam masa agak lama.
Oleh itu saya cuba hasilkan satu alat pengukur menggunakan infrared yang mampu mengukur tahap paras air tanpa perlu menyentuhnya. Konsep utama adalah mengukur tahap air dengan pancaran infrared dan
dipantulkan semula dari permukaan air sehingga ke penerima infrared. Setelah beberapa litar dipilih dan dibuat ujikaji sebelumnya, ia menampakkan hasil tetapi tidak seperti yang diharapkan pada perancangan. Pancaran infrared tidak memantulkan 100% pancarannya pada permukaan air yang jernih dan ini menyukarkan hasil yang diperolehi.
Litar asalnya dibuat modifikasi menjadikan ia boluh mengukur sehingga tiga tahap iaitu tahap penuh, sederhana dan kurang dengan tiga warna LED yang berbeza. Untuk mendapatkan hasil pantulan yang sempurna, kepingan pelampung nipis digunakan sebagai pemantul tahap air. Ianya sesuai untuk kaedah ini tanpa berlaku sebarang gangguan pada sensor. Namun pun begitu saya telah berulang kali membuat kaji sedikit mengenai jenis sensor yang sesuai digunakan. Saya menemui sensor jenis fototransistor yang berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi harganya agak mahal berbanding sensor infrared receiver jenis LED.

Setelah siap membina litar yang direka khas, masanya untuk buat setting yang betul untuk setiap peringkat pengukuran. Oleh itu satu contoh tabung saya buat dengan botol plastik dengan kepingan pelampung. Encik Fareed memberitahu bahawa jarak pengukuran tidak terlalu jauh dan hanya lebih sedikit satu inci sahaja. Oleh itu saya buat pelarasan setiap LED untuk jarak satu inci sahaja. Diagram litar boleh dilihat seperti yang saya sertakan ini.