Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima.
Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan.
Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. Tapi sebelum itu pastikan kedua-dua gelung ini berhasil dan diuji fungsinya. Nilai kapasitor dan juga bilangan lilitan gegelung menentukan keberkesanan litar. Manakala gegelung juga perlu ikut diameter dan juga saiz tembaga tersebut.
Bagi sesetengah litar tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan ada juga sesetengah litar yang mengharapkan saiz dan juga ukur lilit yang tepat. Saya menghasilkan satu pengesan logam untuk satu kumpulan pencari harta karun dan emas dan memerlukan jarak pengesan yang dikehendaki. Bagi saya jarak pengesanan logam tidak perlulah melebihi satu kaki. Seeloknya kurang sikit dari satu kaki. Melainlah jika anda sanggup untuk menggali tanah sedalam melebihi satu kaki atau sehingga enam kaki.
Bagi litar yang menggunakan satu gegelung, hablur digunakan atau satu gegelung gandingan diperlukan. Gegelung gandingan tidak perlu dibuat kerana ianya siap untuk dibeli di kedai. Satu cabaran untuk hasilkan litar ini kerana gangungan frekuensi mungkin berlaku hanya dengan sedikit perubahan komponen dan juga susunnya.