Langkau ke kandungan utama

Free Energy bukan satu angan-angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama menghilangkan diri sibuk dengan pelbagai tugasan, kerja dan projek luar membuatkan saya terpinggir dari blog ini. ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. Malah ada yang tidak menghiraukan. Bagi saya tidak perlu untuk dirisaukan. Saya melalui banyak tugas dan kerja yang berkaitan dan tidak berkaitan langsung dengan kerjaya saya sekarang. Tetapi semua ini saya jadikan satu titik rujukan dan pedoman untuk masa hadapan.

Sebelum ini saya dan rakan sejawat pernah memikirkan untuk menghasilkan satu produk dan idea free energy. Ianya sudah lama difikirkan dan di perbincangkan. Malah ianya diperdebatkan kerana istilah free energy membuatkan pelbagai persoalan timbul. Bagi saya ianya tiada masalah timbul sehinggakan ada yang rasa ragu-ragu dengan istilah tersebut. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang lain ahli pintar dalam bidang rekacipta iaitu Brader Sham Hydrogen yang mempunyai idea untuk produknya tersendiri. Namun pemikiran beliau hampir sama dengan saya dan rakan dan berbincang mengenai free energy.

Saya dan rakan tetap meneruskan idea tersebut dan ujikaji sentiasa berjalan. Hasilnya sudah 70% hampir siap. Saya yakin ianya berjaya dan pasti akan mengundang pelbagai masalah kepada sesetengah pihak tertentu. Tiada masalah yang tidak disertakan penyelesaian. Jadi saya telah memikirkan akibatnya dan cara penyelesaiannya. Seperti kata-kata Sham Hydrogen, adalah lebih baik dijadikan untuk kegunaan sendiri. Malah beliau sendiri mencubanya sendiri dan tidak menjualnya secara komersial.

Dalam mencari kaedah free energy ini, saya lebih gemarkan menjurus kepada 'teknologi alien'. Tenaga elektrik adalah sifar, penggunaan petrol juga sifar dan perbelanjaan juga sifar. Jadi ramai yang akan terbayang sesuatu. Bagaimanakah jika ianya benar-benar tercipta dan berlaku? Ya, ianya sudah tercipta dan berlaku berkurun lama. Malah usianya menjangkau berjuta ribu tahun. Kini ianya kembali atau... kita sudah ketinggalan jauh akan teknologi ini. Anggaplah kita sudah lama ketinggalan jauh. Terlalu besar ilmu teknologi yang masih belum diterokai lagi.

Jika idea ini terlaksana, ianya masih belum boleh diperhebahkan selagi mana saya perlu meminta izin dari pihak berkuasa atau kerajaan akan konsep free energy ini. Di negara lain selain Malaysia sudah terjadi tetapi kebanyakannya tidak mendapat persetujuan. Walaupun masyarakat menyukainya. Ini boleh menggugat organisasi dan ekonomi. Ramai yang berminat hampir 100% tetapi saya suka guna untuk diri sendiri.

Jadi konsep free energy ini ramai yang tidak tahu. Kalau ada yang kata tahu, sebenarnya mereka salah kerana di sekolah dan universiti mengajar mereka perkara yang sama. Selebihnya mereka perlu berfikir dan mengkaji.

Wallahualam.

p/s: Saya sudah kembali semula

Post Yang Mesti Anda Baca