Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta yang sangat inovatif. Namanya Fareed. Panggil Abg Fareed je. Abg Fareed mempunyai kelebihan dari penghasilan idea yang sangat baik dan cantik sekali. Apa pun saya telah bekerjasama dengan Abg Fareed menghasilkan satu idea produk untuk dipasarkan. Sebelum itu, seperti biasa saya perlu buat R&D berpandukan idea yang telah dicanangkan sebelum ini.
Idea tetap idea dan idea boleh menular menjadi pelbagai rupa dan keadaan. Berkonsepkan kepada teknik penghasilan idea dan juga ujian dilakukan tanpa rasa jemu, maka ianya menjadi seperti yang dirancangkan. Namun begitu disebalik kejayaan R&D, sebenarnya ianya sangat memeritkan terutama jika gagal, gagal dan gagal. Walaupun gagal, saya ambil kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk memperbaiki lagi sehingga berjaya. Jika dilihat pada gambar seperti projek LED running light saja. Sebenarnya tidak. Ia adalah ujian untuk litar distance meter yang mana LED digunakan sebagi meter. Untuk proses terakhir, LED khas digunakan sebagai meter dan komponen lain dikemaskan di atas PCB.
Projek ini telah diubah suai untuk idea yang difikirkan. Banyak kali mencuba tetapi tidak menjadi kerana pelabagi faktor seperti penggunaan komponen yang tidak sesuai dan juga setting. Seperti yang pernah saya katakan dahulu, setting sangat penting sekali. Jika salah atau tidak betul, pasti kita anggap litar tersebut salah pasang.
Lepas ini akan muncul banyak lagi hasil R&D yang saya lakukan. Namun begitu amat sayang sekali kerana saya memang susah untuk menunjukkan hasil R&D kepada umum walaupun sudah berpuluh-puluh hasil kerja yang berjaya dihasilkan. Kalau nak tunjuk pun setakat gambar dan cerita sahaja. Bak kata rakan-rakan yang lain, jika saya jual semua hasil research, pasti saya menjadi seorang jutawan sekarang ini. Tapi bukan itu yang saya fikirkan.
p/s: Dari cerita Abg Fareed yang diceritakan kepada saya, saya sangat berjaga-jaga dan yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang ini.