Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali.

Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan terpulang kepada kita untuk menerimanya dan mencubanya. Ini kerana semua litar projek yang terdapat dalam internet memang benar-benar boleh jadi. Tetapi tidak pada semua orang. Saya pernah mengunjungi satu forum elektronik luar negara dalam internet, berbincang mengenai beberapa projek yang ditunjukkan dalam forum tersebut. Saya mengambil litar tersebut dan kaji. Ramai yang memberi komen, litar tersebut tidak menjadi apabila dibuat. Ramai juga yang memberi komen yang negatif dan sinis kepada pemberi litar projek itu. Giliran saya pula untuk buat dan uji litar tersebut. Memang betul, litar tersebut tidak menjadi. Tapi saya tidak berhenti disitu, kemudian saya buat research dan buat perubahan komponen dan memahami kendalian litar. Akhirnya litar tersebut berfungsi dengan baik. Saya memberi komen yang positif mengenai litar tersebut dalam forum tersebut. Jadi fikirlah sendiri apa yang berlaku dalam forum tersebut.

Pada ruangan litar dalam web site myenik terdapat beberapa contoh diagram litar projek. Gunakan litar yang terdapat dalam ruangan tersebut untuk membina apa saja projek yang anda fikirkan. Ya. Memang boleh. Sebab itu saya tunjukkan hanya beberapa litar sahaja kerana ianya sudah lengkap untuk menghasilkan apa-apa projek yang anda mahukan. Yang penting anda perlu kreatif dan bijak mengatur dan menggabungkan litar-litar tersebut. Jadi apa pandangan anda? Adakah senang, susah, leceh, tak faham atau fikiran bercelaru? Mahukan saya ajarkan cara untuk merekacipta litar projek sendiri? Adakah perlu?