Assalamualaikum. Salam ceria, salam bertemu kembali.
Sudah begitu lama saya tidak update post post baru di dalam blog ini. Seolah olah blog ini sudah terkubur lamanya. Seperti pemilik blog myenik ini sudah tidak wujud di dunia ini lagi.
Kini saya kembali. InsyaAllah saya kembali membawa sinar harapan baru. Terlalu banyak pengalaman dan cerita-cerita yang mungkin saya akan kongsikan bersama anda semua. Anggaplah kemunculan saya kali ini memberikan impak yang lebih besar serta membawa satu suasana yang berlainan.
Jika anda mengenali saya dari dekat, mungkin mengetahui saya sibuk dengan urusan penting seperti tugasan R&D saya. Manakala rakan rakan yang berjauhan pula merasakan saya sudah tiada lagi. Mungkin ini kerana saya sudah lama tidak updat blog myenik. Seolah olah myenik sudah ketandusan idea.
InsyaAllah kali ini saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lebih dekat dengan myenik dan memberikan pelbagai info untuk blog ini. Diharapkan blog elektronik myenik ini dapat memberikan info yang menarik, lain dari yang lain serta baru. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau sebrang cadangan sila berhubung dengan saya. Anda boleh menghantar emel kepada saya (electronicsmyenik@yahoo.com) atau chatting dengan saya melalui Yahoo Mesengger melalui id ideaextreme.
Cadangan saya pada masa akan datang ini, menjadikan blog ini sebagai sumber info mengenai projek projek elektronik, pengetahuan mengenai elektronik dan beberapa tips mengenai elektronik. Apa yang terpapar di dalam blog myenik ini merupakan satu media penghantaraan saya terus dan tiada sumber copy and paste. Begitu juga saya akan sertakan dengan beberapa hasil ujikaji dan penyelidikan saya mengikut tapisan yang telah dibuat.
Namun begitu, blog myenik ini bukan khas untuk semua yang power dalam elektronik atau pun yang tidak tahu tentang elektronik. Niche saya besar dan tidak tertumpu kepada satu tumpuan sahaja. Maknanya semua boleh sertai dan hanya anda pilih mana yang sesuai untuk anda.
Salam kembali kepada saya. Nantikan info terbaru.
Terima kasih.
p/s: terlalu banyak cerita hendak dikongsi, sampaikan tak tau yg mana satu...