Langkau ke kandungan utama

Kursus dan program menarik

Assalamualaikum dan salam ceria.

sudah begitu lama sekali saya tidak update post terbaru di dalam blog myenik ini. ini atas sebab sebab tertentu kerana kesibukan dan lebih tertumpu kepada projek projek syarikat. Oleh yang demikian setelah sekian lama tibalah masanya saya kembali semula dengan membawa pelbagai program program menarik selepas ini.

Apa yang saya rancangkan selepas ini adalah memperbanyakan program program yang melibatkan inovasi dan rekacipta elektronik. Ramai yang berminat di luar sana menantikan  program seperti ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan. Insyaallah saya sudah pun bersedia memberikan yang terbaik kepada rakan rakan semua yang juga kepada ahli ahli yang berminat.

Untuk permulaan ini saya akan jalankan satu kursus pendek yang berkenaan dengan program inovasi elektronik. Dengan adanya program permulaan ini ia dapat memberikan peluang kepada rakan rakan yang berminat untuk menyertaan kursus ini dengan kos yang mampu untuk disertai.

Untuk permulaan juga kursus yang pertama ini akan diadakan di Melaka iaitu lokasi Lab baru saya yang lebih selesa untuk para peserta kursus. Adalah lebih baik diadakan kursus di dalam Lab saya sendiri bagi bertujuan mendedahkan suasana lab personal yang sebenar.

Anda nantikan pengunguman bilakah tarikh masa kursus kursus ini nanti melalui blog ini dan juga FB myenik. Jika anda berminat atau ingin bertanyakan sebarang soalan berkenaan kursus kursus yang akan diadakan nanti sila sms/wassap ke 0133706073.

Post Yang Mesti Anda Baca