Pada kali ini saya nak tunjukkan satu projek yang boleh dibuat sendiri. Proses pembuatan mengikut langkah demi langkah sehingga projek berfungsi dengan baik. Rakan rakan juga boleh cuba projek ini sehingga berjaya.
Diagram litar seperti yang ditunjukkan. Ikut senarai komponen yang terdapat di dalam litar. Buat penyambungan mengikut kaki komponen dengan betul. Kemudian sediakan wayar magnet dan lilitkan pada paip pvc sepanjang 8 cm. Hujung lilitan hendaklah dilebihkan dalam 4cm terkeluar seperti satu antena kecil.
Penyambungan komponen blh dibuat di atas vero board atau pematerian terus antara wayar ke wayar. Kemajuan dian sediakan juga lilitan 3 pusingan pada tiang lilitan pertama tadi. Buat penyambungan pada semua wayar lilitan tadi pada komponen yang mula mula tadi. Pastikan penyambungan adalah betul.
Setelah siap dipasang, cari tapak yg sesuai untuk meletak projek ini. Rakan rakan boleh letak di atas papan kecil, kotak, bekas penutup CD dan sebagainya.
Masukkan bateri dan lihat sama ada LED menyala atau tidak. Jika LED menyala bermakna ianya berfungsi dengan baik. Jika tidak, rakan rakan perlu periksa semula penyambungan tadi atau tukarkan arah penyambungan dua wayar dari lilitan wayar magnet yang kedua tadi.
Jika semuanya ok, ambil mentol lampu jenis pendaflor atau kalimantang sahaja. Jika mentol didekatkan pada menara ia akan menyala. Nyalaannya tidaklah begitu terang tetapi sudah cukup memberikan cahaya di dalam bilik yang gelap. Mentol yang berfilamen tidak boleh menyala. Untuk projek yang berskala besar sahaja yang boleh nyalakan mentol filamen atau lebih dari dua mentol.
Selamat mencuba
Rakan rakan juga boleh dapatkan kit komponen dan semua bahan bahan kecuali tapak untuk projek ini daripada saya. Dengan ada semua barang barang tersebut, rakan rakan hanya buat penyambungan sahaja dan tidak perlu kerja pematerian.
Sila emel kepada saya sekiranya rakan semua berminat untuk mendapatkannya.
Tengok video di Instagram
https://instagram.com/p/19t-CQsKBY/