Penyelesaian projek elektronik, perkongsian ilmu teknikal dan pembangunan produk DIY berasaskan teknologi pintar. Daftar Newsletter percuma agar anda tidak terlepas info terkini dari blog ini.
Blog RnD Sempoi: Antara Research dan Talk: Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan...
Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran...
Adakah anda ingin menjadikan rumah anda lebih pintar tanpa perlu berbelanja besar? Projek Arduino ini mungkin jawapannya! Hari ini saya akan berkongsi cara mudah untuk membina sistem kawalan lampu automatik di rumah menggunakan Arduino. Projek ini bukan sahaja seronok untuk dibuat, malah sangat berguna dalam kehidupan harian—terutama jika anda sering terlupa untuk menutup lampu apabila keluar rumah. Apa Itu Arduino? Sebelum kita mulakan, mungkin ada yang tertanya-tanya: apa itu Arduino? Secara ringkasnya, Arduino adalah platform elektronik sumber terbuka yang memudahkan anda membuat pelbagai jenis projek elektronik, daripada yang mudah hingga yang lebih kompleks. Dengan sedikit kod dan sambungan komponen, anda boleh mengawal pelbagai peranti seperti lampu, kipas, dan sensor. Untuk projek kawalan lampu automatik ini, kita akan menggunakan Arduino Uno , salah satu model yang popular, dan beberapa komponen lain yang mudah didapati. Apa yang Anda Perlukan? Untuk projek ini, anda memerlukan...
Di sini saya ingin huraikan serba sedikit mengenai diod dan kegunaannya. Seperti yang kita tahu diod fungsinya sebagai penerus voltan. Diod hanya membenarkan arus terus melaluinya. Maknanya ia boleh menukar arus ulang alik (ac) kepada arus terus (dc). Kalau kita tengok pada gelombang arus ulang alik (ac) adalah berbentuk sinus (macam gelombang turun naik). Kalau arus terus pula ianya satu garisan lurus. Fungsi diod boleh menghasilkan gelombang garisan lurus ini, tetapi ada pelbagai peringkat. Jika guna satu diod sahaja sebagai penerus, ia belum boleh menghasilkan gelombang garisan lurus. Hanya satu bahagian sahaja (sama ada atas atau bawah) yang terhasil garisan lurus (kalau lihat pada osiloskop). Sebahagian lagi masih gelombang sinus. Untuk itu, penggunaan diod kedua diperlukan untuk menghasilkan satu garisan lurus atau mendapatkan arus voltan terus (dc) yang sebenarnya. Atau kalau nak lagi bagus, guna empat diod yang dikenali penerus jenis tetimbang. Pada keadaan ini voltan adalah be...