Belajar buat projek di page FB

Assalamualaikum dan salam ceria.

Bismillah permulaan pembuka kata. Setelah lama saya tidak update informasi di dalam blog ini atas sebab-sebab tertentu antaranya adalah kekangan masa yang terlalu suntuk dan masalah laman blog ini hilang seketika. Maksud hilang adalah laman blog ini seperti disekat dan hilang terus. Dari itu saya telah cuba untuk membina blog baru pada akuan baru dan sehinggalah sampai satu masa ianya hampir siap dan blog MyEnique ini telah muncul kembali. Ia hilang dan muncul kembali tanpa sebarang alasan. Apa pun syukur Alhamdulillah ianya kembali seperti sediakala.

Pada kali ini saya ingin memaklumkan satu page fb telah dihasilkan khas untuk peminat projek elektronik. Semua orang boleh menyertainya tanpa syarat. Namun begitu saya lebih sarankan kepada peminat yang baru ingin bermula. Ianya merupakan satu hobi. Hobi yang memerlukan kreativiti dan penggunaan akal fikiran yang kreatif serta inovatif.

Bagi pengguna FB, anda bolehlah LIKE page @buatprojekelektronik. Page tersebut boleh dilihat menerusi tajuk besarnya Belajar Projek Elektronik.

Saya mengharapkan page tersebut serba sedikit dapat memberi manfaat ilmu kepada semua orang yang berminat disamping saya cuba memberi yang terbaik. Untuk makluman semua, ini adalah Page semata-mata untuk belajar bina projek elektronik sahaja dan bukanlah FB rasmi MyEnique. Manakala, semua sedia maklum laman web myenique juga sudah ditamatkan perkhidmatannya bermula dari tahun lepas (2016). Saya lebih suka dan selesa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada blog MyEnique ini sahaja.