Tumpuan Projek Solar dan Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria.

Buat masa sekarang ini saya lebih tertumpu kepada bidang Solar Energy dan Inovasi pembuatan produk. Tumpuan lebih kepada memberi dan menyalurkan maklumat terutama di dalam kursus dan bengkel yang saya sediakan.


Teknologi tenaga solar pada masa kini sudah mula berkembang. Penggunaannya semakin meningkat dan pesat. Ianya merupakan sumber kuasa yang diperbaharui seperti sistem tenaga kincir angin, dan tenaga ombak. Sumber tenaga amat diperlukan kepada kehidupan manusia. Ianya menjadi sumber asasi manusia kerana ianya diperlukan.

Kaedah penjanaan tenaga elektrik melalui sistem tenaga solar adalah salah satu cara yang mudah. Semakin hari semakin berkurang kos bahan-bahan untuk pembinaan sistem tenaga solar. Namun begitu ramai yang tidak sedar dan kurang kefahaman dalam penggunaan sumber tenaga dari mahatari ini.


Untuk itu saya berhasrat untuk mengadakan kursus pendek mengenai tenaga solar dan cara untuk digunakan pada kehidupan seharian kita. Kebanyakan orang berfikir tenaga elektrik dari solar ini merupakan sistem yang besar dan perlu dipasang pada rumah dan berfungsi seperti tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TnB. Sebenarnya tidak perlu.

Ada juga yang terfikir solar panel yang kecil boleh menghidupkan semua alatan elektrik seperti sumber elektrik dari TnB. Sebenarnya tidak. Ramai yang kurang faham. Dengan sebab itulah saya ingin membuat pendedahan dan memberi maklumat yang betul tentang sistem tenaga solar melalui kursus atau bengkel pembelajaran. Matlamat kursus atau bengkel ini adalah sebagai pendedahan keapda oranga ramai tentang sistem tenaga solar, cara menggunakannya dengan betul dan cara pemasangan DIY di rumah. Anda boleh membina sistem elektrik tenaga solar dengan sendirinya tanpa risiko bahaya terutama bahaya renjatan elektrik.

Tumpuan saya dalam bidag elektronik masih lagi aktif. Namun bidang tenaga solar ini juga ada hubung kait dengan bidang elektronik dan inovasi.

Buat Projek: Tahun 2019 adalah tahun...

Assalamualaikum. Salam ceria.

Agak tergantung tajuk pos kali ini. Sebenarnya saya nak sambung ayat tersebut tapi terlalu panjang ayatnya. Jadi saya biarkan ia tergantung. Sengaja saya buat begitu supaya pembaca boleh dapat jawapannya setelah baca pos saya ini.

Saya bukan seorang yang pandai berkata-kata. Namun saya sangat suka memberi sesuatu yang baru kepada semua terutama kepada orang yang berada di depan saya. Ianya seperti di dalam kelas atau di hadapan grup kecil. Saya suka memberi ilmu yang saya ada. Ilmu melalui kerja dan pengalaman saya dalam bidang inovasi elektronik ini.




Apa yang saya sampaikan tidak mengikut buku atau silibus pembelajaran. Apa yang saya ajar adalah dari pengalaman saya. Namun begitu saya melalui pengalaman tersebut dengan ilmu yang saya pelajari. Saya amalkan ilmu tersebut dan hasilnya adalah pengalaman dan ilmu baru.

Mahukah saya ajarkan ilmu yang sama seperti di sekolah atau di universiti. Pasti bosan jika ilmu yang sama disampaikan. Malah tiada bezanya pun saya dengan yang lain jika perkara yang sama saya sampaikan. Saya lebih tertumpu kepada kelainan dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan ilmu.

Pada tahun 2019 ini saya cuba untuk memberikan tumpuan penuh kepada Inovasi Elektronik. Dengan itu saya lebih beri perhatian kepada blog MyEnique ini. Sudah lama saya membiarkan blog ini tidak dipenuhi dengan maklumat. Insyaallah pada kali ini saya tekat untuk memberikan yang lebih baik pada blog ini dengan memberikan lagi banyak info maklumat terkini dan bermanfaat.




Ilmu yang bermanfaat akan lebih dihargai kepada orang yang benar-benar memerlukannya. Ilmu akan menjadi tidak penting jika orang tersebut tidak memerlukannya. Jadi, tidak semua akan lebih menghargai ilmu yang diberi atas sebab kepentingan.

Kali ini saya lebih tumpukan kepada pembuatan projek elektronik dan pembelajaran. Tiba masanya untuk saya memberi maklumat dan ilmu yang saya amalkan yang telah dipelajari. Saya pembelajari ilmu dan saya amalkan. Apa yang saya praktikkan menjadi satu penemuan baru dan pengalaman baru. 

Di dalam blog ini saya ada sediakan satu ruang untuk anda bertanya mengenai projek elektronik. sama ada untuk membuat projek, penempah projek, menghasilkan produk sendiri dan bertanya tentang masalah projek elektronik.

Sila masuk ke raung SINI.

Buat Projek: Idea projek elektronik

Assalamualaikum. Salam ceria. Bersua kembali setelah lama saya tidak update blog ini atas sebab kesibukan saya menyelia beberapa projek solar.

Ok pada kali ini saya mahu sentuh mengenai projek elektronik. Ramai yang tertanya saya bagaimana nak cari idea untuk membuat satu projek elektronik. Pokok pangkalnya adalah apa yang kita mahu dan apa yang orang mahu. Buat dan hasilkan projek mengikut kehendak dan keinginan yang kita mahu.


Boleh juga buat grup perbincangan untuk cari idea yang bernas.

Targetkan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Kemudian kaitkan dengan idea yang berkaitan dengan elektronik. Pada peringkat ini nyatakan apa saja idea yang terlintas. Jangan buat penolakan atau sudah mula fikir logik atau tidak. Senaraikan dahulu apa saja idea dan jangan kira pelik atau tak boleh. Sebabnya nanti untuk peringkat seterusnya barulah kita akan short listkan idea mana yang sesuai.

Mencari idea tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah tumpuan kita untuk mencari idea. Tumpukan pemikiran kita untuk mencari idea. Kemudian lakukan mengikut seperti apa yang saya terangkan tadi.

Selamat mencuba!