Buat Projek: Tahun 2019 adalah tahun...

Assalamualaikum. Salam ceria.

Agak tergantung tajuk pos kali ini. Sebenarnya saya nak sambung ayat tersebut tapi terlalu panjang ayatnya. Jadi saya biarkan ia tergantung. Sengaja saya buat begitu supaya pembaca boleh dapat jawapannya setelah baca pos saya ini.

Saya bukan seorang yang pandai berkata-kata. Namun saya sangat suka memberi sesuatu yang baru kepada semua terutama kepada orang yang berada di depan saya. Ianya seperti di dalam kelas atau di hadapan grup kecil. Saya suka memberi ilmu yang saya ada. Ilmu melalui kerja dan pengalaman saya dalam bidang inovasi elektronik ini.




Apa yang saya sampaikan tidak mengikut buku atau silibus pembelajaran. Apa yang saya ajar adalah dari pengalaman saya. Namun begitu saya melalui pengalaman tersebut dengan ilmu yang saya pelajari. Saya amalkan ilmu tersebut dan hasilnya adalah pengalaman dan ilmu baru.

Mahukah saya ajarkan ilmu yang sama seperti di sekolah atau di universiti. Pasti bosan jika ilmu yang sama disampaikan. Malah tiada bezanya pun saya dengan yang lain jika perkara yang sama saya sampaikan. Saya lebih tertumpu kepada kelainan dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan ilmu.

Pada tahun 2019 ini saya cuba untuk memberikan tumpuan penuh kepada Inovasi Elektronik. Dengan itu saya lebih beri perhatian kepada blog MyEnique ini. Sudah lama saya membiarkan blog ini tidak dipenuhi dengan maklumat. Insyaallah pada kali ini saya tekat untuk memberikan yang lebih baik pada blog ini dengan memberikan lagi banyak info maklumat terkini dan bermanfaat.




Ilmu yang bermanfaat akan lebih dihargai kepada orang yang benar-benar memerlukannya. Ilmu akan menjadi tidak penting jika orang tersebut tidak memerlukannya. Jadi, tidak semua akan lebih menghargai ilmu yang diberi atas sebab kepentingan.

Kali ini saya lebih tumpukan kepada pembuatan projek elektronik dan pembelajaran. Tiba masanya untuk saya memberi maklumat dan ilmu yang saya amalkan yang telah dipelajari. Saya pembelajari ilmu dan saya amalkan. Apa yang saya praktikkan menjadi satu penemuan baru dan pengalaman baru. 

Di dalam blog ini saya ada sediakan satu ruang untuk anda bertanya mengenai projek elektronik. sama ada untuk membuat projek, penempah projek, menghasilkan produk sendiri dan bertanya tentang masalah projek elektronik.

Sila masuk ke raung SINI.