Assalamualaikum. Salam ceria.
Buat masa sekarang ini saya lebih tertumpu kepada bidang Solar Energy dan Inovasi pembuatan produk. Tumpuan lebih kepada memberi dan menyalurkan maklumat terutama di dalam kursus dan bengkel yang saya sediakan.
Teknologi tenaga solar pada masa kini sudah mula berkembang. Penggunaannya semakin meningkat dan pesat. Ianya merupakan sumber kuasa yang diperbaharui seperti sistem tenaga kincir angin, dan tenaga ombak. Sumber tenaga amat diperlukan kepada kehidupan manusia. Ianya menjadi sumber asasi manusia kerana ianya diperlukan.
Kaedah penjanaan tenaga elektrik melalui sistem tenaga solar adalah salah satu cara yang mudah. Semakin hari semakin berkurang kos bahan-bahan untuk pembinaan sistem tenaga solar. Namun begitu ramai yang tidak sedar dan kurang kefahaman dalam penggunaan sumber tenaga dari mahatari ini.
Untuk itu saya berhasrat untuk mengadakan kursus pendek mengenai tenaga solar dan cara untuk digunakan pada kehidupan seharian kita. Kebanyakan orang berfikir tenaga elektrik dari solar ini merupakan sistem yang besar dan perlu dipasang pada rumah dan berfungsi seperti tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TnB. Sebenarnya tidak perlu.
Ada juga yang terfikir solar panel yang kecil boleh menghidupkan semua alatan elektrik seperti sumber elektrik dari TnB. Sebenarnya tidak. Ramai yang kurang faham. Dengan sebab itulah saya ingin membuat pendedahan dan memberi maklumat yang betul tentang sistem tenaga solar melalui kursus atau bengkel pembelajaran. Matlamat kursus atau bengkel ini adalah sebagai pendedahan keapda oranga ramai tentang sistem tenaga solar, cara menggunakannya dengan betul dan cara pemasangan DIY di rumah. Anda boleh membina sistem elektrik tenaga solar dengan sendirinya tanpa risiko bahaya terutama bahaya renjatan elektrik.
Tumpuan saya dalam bidag elektronik masih lagi aktif. Namun bidang tenaga solar ini juga ada hubung kait dengan bidang elektronik dan inovasi.