Catatan

Kursus dan program menarik

Assalamualaikum dan salam ceria. sudah begitu lama sekali saya tidak update post terbaru di dalam blog myenik ini. ini atas sebab sebab tertentu kerana kesibukan dan lebih tertumpu kepada projek projek syarikat. Oleh yang demikian setelah sekian lama tibalah masanya saya kembali semula dengan membawa pelbagai program program menarik selepas ini. Apa yang saya rancangkan selepas ini adalah memperbanyakan program program yang melibatkan inovasi dan rekacipta elektronik. Ramai yang berminat di luar sana menantikan  program seperti ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan. Insyaallah saya sudah pun bersedia memberikan yang terbaik kepada rakan rakan semua yang juga kepada ahli ahli yang berminat. Untuk permulaan ini saya akan jalankan satu kursus pendek yang berkenaan dengan program inovasi elektronik. Dengan adanya program permulaan ini ia dapat memberikan peluang kepada rakan rakan yang berminat untuk menyertaan kursus ini dengan kos yang mampu untuk d...

Salam Kembali

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria, salam bertemu kembali. Sudah begitu lama saya tidak update post post baru di dalam blog ini. Seolah olah blog ini sudah terkubur lamanya. Seperti pemilik blog myenik ini sudah tidak wujud di dunia ini lagi. Kini saya kembali. InsyaAllah saya kembali membawa sinar harapan baru. Terlalu banyak pengalaman dan cerita-cerita yang mungkin saya akan kongsikan bersama anda semua. Anggaplah kemunculan saya kali ini memberikan impak yang lebih besar serta membawa satu suasana yang berlainan. Jika anda mengenali saya dari dekat, mungkin mengetahui saya sibuk dengan urusan penting seperti tugasan R&D saya. Manakala rakan rakan yang berjauhan pula merasakan saya sudah tiada lagi. Mungkin ini kerana saya sudah lama tidak updat blog myenik. Seolah olah myenik sudah ketandusan idea. InsyaAllah kali ini saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lebih dekat dengan myenik dan memberikan pelbagai info untuk blog ini. Diharapkan blog elektronik myenik ini dapat member...

Projek suka-suka

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Kali ini untuk dua hari berturut turut saya tunjukkan satu lagi projek mudah yang boleh dibuat dalam masa 5 minit. Ia adalah litar projek pengesan objek infrared. Seperti projek lama pembasuh tangan automatik yang pernah saya buat dulu, litar ini lebih mudah dan senang untuk dibuat di atas project board . Range atau jarak pengesanan objek seperti dinding, tangan atau sebagainya boleh dilaraskan pada VR 10K. Sebagai info tambahan, pastikan LED ir RX kakinya perlu diterbalikkan. Maknanya positif untuk kaki yang pendek dan negatif untuk kaki yang panjang. Pastikan juga ianya jenis yang berwarna clear (jernih) kerana yang jenis gelap ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Pada pin 3 IC, ia adalah masukan denyut clock. Denyutan ini boleh dihasilkan dengan litar pemasa 555. Tapi anda tidak perlukannya hanya untuk menguji litar ini sahaja. Jika dilihat pada video, terdapat beberapa komponen tambahan seperti IC pengatur voltan dan kapasitor. ...

Projek suka-suka

Imej
Assalamualikum dan salam ceria. Kali ini saya nak tunjukkan satu projek mudah untuk dibuat dalam masa 5 minit. Saya buat projek ini ketika ada masa menunggu sebelum student datang ke lab saya. Masa yang ada saya buat projek mudah ini untuk memenuhi ruang masa. Oleh itu saya kongsikan kepada semua litar ini bersama dengan videonya sekali. Jika anda ada masa, (tak lama, 5 hingga 10 minit je) bolehlah cuba litar mudah ini. Bentuk kerlipan berbeza dengan kerlipan litar yang hampir serupa dengan litar ini. Perbezaan adalah kepada penambahan diod dan kapasitor 100 mikro Farad. Guna LED ultra bright sahaja yang berwarna biru atau putih. Jangan guna LED biasa kerana hasil kerlipan yang tidak seperti yang diharapkan. Hanya guna bateri 3 volt sahaja dan ianya tahan lama jika dibiarkan on (sudah seminggu saya biarkan on, masih lagi ok). Selamat mencuba! Nak lagi macam ni? Bagitau saya litar projek mudah yang ingin anda saya buatkan seperti ini.

Pemasa berterusan (24 jam)

Imej
Setiap litar pemasa mempunyai pelbagai karekter tersendiri bagi melaksanakan tugasan mengawal masa yang ditentukan. Sama ada mengawal masa untuk dalam keadaan on atau pun off. Ianya biasa dikawal oleh satu nilai rintangan atau pun nialai kapasitan bagi menentukan jumlah masa yang diperlukan bagi litar pemasa. Pemasa normal, biasanya akan berfungsi pada masa tertentu dan akan off setelah cukup masanya. Sebaliknya ada litar yang off pada masa tertentu dan akan on setelah cukup pemasanya. Dua keadaan ini akan habis tindak balasnya begitu sahaja dan tidak akan mengulangi tindakan seperti pada mulanya. Namun terdapat juga litar pemasa yang berfungsi berterusan untuk aksi yang dikawal setiap masa mengikut apa yang kita mahukan. Ianya bergantung juga kepada aplikasi yang hendak kita kawal. Sebagai contoh saya menggunakan litar pemasa berterusa untuk mengawal pergerakan tray untuk cabinet penetas terul ayam kampong. Target utama adalah mengawal pergerakan servo untuk menggerakkan tra...

e-book Projek Elektronik Percuma

Di sini saya ingin memberitahu bahawa anda berpeluang untuk mendapatkan e-book Projek Elektronik Percuma di SINI . Hanya dengan memberikan nama dan emel ke dalam ruang yang disediakan, anda akan dapat e-book tersebut terus ke emel anda. Pastikan alamat emel anda adalah betul untuk mengelakkan masalah penghantaran emel yang berlaku. Pada masa yang sama juga blog ini telah di-link dengan laman web www.myenique.com. Disebabkan laman web tersebut masih baru, banyak lagi info-info berkaitan masih belum lagi dimasukkan. Proses kemasukan info ini sedang berlangsung secara berperingkat-peringkat. Diharap anda dapat mendaftar secara percuma dengan memasukkan nama dan alamat emel anda dan saya berikan e-book percuma juga kepada anda. Anda boleh masuk terus ke www.myenique.cim atau klik gambar ebook di sebelah kanan blog ini. Selamat mencuba.

"Joule Thief"

Imej
Adakah anda pernah dengar perkataan "Joule thief"? Tiada istilah dalam bahasa melayu. Jika diterjemahkan mungkin bunyinya agak pelik. Saya meminati konsep "Joule thief" ini dan digunakan dalam litar elektronik untuk menggandakan voltan dalam satu litar elektronik. Konsep "Joule thief" ini sinonim dengan penggunaan LED. Kaedah mudah mengaitkan dengan penggunaan LED sebagai peranti penguji yang terbaik. LED yang seperti kita tahu menyala pada kadar arus dan voltan yang paling minima. Oleh itu penggunaan tenaga adalah sangat jimat berbanding dengan mentol berfilamen. Saya sangat meminati litar yang menggnakan kesan kepada LED. Salah satu litar yang paling saya suka adalah litar "Joule thief" yang mana LED dapat dinyalakan dengan hanya satu bateri 1.5 volt sahaja. Seperti yang kita tahu LED tidak mampu menyala jika voltannya kurang daripada voltan had nyalaanyanya. Maksudnya jika satu LED boleh menyala pada voltan 3 volt, maka jika voltan kuran...