Catatan

Selamat hari raya

Assalamualaikum. Selamat hari raya. maaf zahir batin kepada semua. Sempena cuti hari raya ini, MyEnique akan bercuti dan akan mula beroperasi semua pada 27/07/15 iaitu pada hari Isnin. Semua urusniaga akan bermula kembali pada hari dan tarikh tersebut. Harap maklum. Pada tarikh tersebut juga, tuan-tuan boleh datang melawat ke premis saya di alamat yang tertera di bawah. Tuan-tuan dialu-alukan untuk hadir bagi pelbagai urusan seperti membeli atau menempah litar projek, perbincangan projek dan permasalahan litar projek, workshop dan kursus pendek atau sekadar untuk melawat berjumpa dengan saya dan staft. Alamat: Lot 35-AC, Persiaran MPAJ, Jln Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Terima kasih p/s:  Mulai tarikh tersebut, semua urusniaga produk boleh diambil terus ke alamat ini. Kecuali pembelian secara pos atas sebab lokasi pelanggan yang berjauhan. Kursus-kursus dan workshop akan disusuli kehadirannya selepas bermula dari tarikh tersebut.

Saya di Instagram

I’m on Instagram as @myenique. Install the app to follow my photos and videos. http://instagram.com/download

Manual kits projek Metal Detector BFO

Imej
Untuk mereka yang telah membeli kits projek metal detector, di sini disertakan manual pemasangan ringkas. Hanya perlu ikut turutan komponen di atas papan dan buat kerja pematerian. Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Menara Kuasa Tesla mini

Imej
Pada kali ini saya nak tunjukkan satu projek yang boleh dibuat sendiri. Proses pembuatan mengikut langkah demi langkah sehingga projek berfungsi dengan baik. Rakan rakan juga boleh cuba projek ini sehingga berjaya. Diagram litar seperti yang ditunjukkan. Ikut senarai komponen yang terdapat di dalam litar. Buat penyambungan mengikut kaki komponen dengan betul. Kemudian sediakan wayar magnet dan lilitkan pada paip pvc sepanjang 8 cm. Hujung lilitan hendaklah dilebihkan dalam 4cm terkeluar seperti satu antena kecil. Penyambungan komponen blh dibuat di atas vero board atau pematerian terus antara wayar ke wayar. Kemajuan dian sediakan juga lilitan 3 pusingan pada tiang lilitan pertama tadi. Buat penyambungan pada semua wayar lilitan tadi pada komponen yang mula mula tadi. Pastikan penyambungan adalah betul. Setelah siap dipasang, cari tapak yg sesuai untuk meletak projek ini. Rakan rakan boleh letak di atas papan kecil, kotak, bekas penutup CD dan sebagainya. Masukkan bateri...

Penerangan Kursus Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria. Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini. Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah. Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursu...

Jadual kursus dan silibus

Berikut adalah jadual aktiviti untuk seharian kursus. Setiap slot mengandungi teori dan amali yang akan diselang selikan atau secara serentak. Ini bagi mengelak rasa bosan dan mengantuk semasa kursus. Kursus ini tidak sama seperti di dalam kelas. Yang penting buka minda dan happy. JADUAL WAKTU Kursus 8.00am – 9.00am Pendaftaran kehadiran peserta kursus 9.00am – 10.00am Kursus bermula. Pengenalan Inovasi Elektronik (teori dan visual demo) 10.00am 10.15am Rehat. Jamuan ringan 10.15am – 1.15pm Asas tatakerja dalam pembuatan elektronik (teori dan amali)        - asas komponen yang kerap digunakan      - asas alatan kerja yang selalu dan perlu digunakan         - asas alatan elektrik dan elektronik  - keperluan penting di dalam kerja         - teknik mencari litar elektronik  - teknik menggunakan litar yang sesuai       ...

Kursus Inovasi Elektronik

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Sukacita dimaklumkan kursus Inovasi Elektronik akan diadakan pada 21 dan 22 hb Mac 2015. Kursus berlangsung selama sehari sahaja. Jika anda berminat, pilih hari yang anda rasa sesuai atau masih kekosongan. Maklumat lanjut akan dinyatakan kemudian.