Bulan Ramadhan Menajam Minda

Bulan Ramadhan sudah menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan ganjaran pahala akan digandakan begitu juga amalan yang kita lakukan setiap hari.

Apabila kita berpuasa, sistem di dalam perut kita akan berehat di siang hari. Apabila waktu berbuka tiba, sistem perut akan mula bekerja. Jadi apakah aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan? Banyakkan kerja yang boleh mendapatkan ganjaran pahala seperti membaca quran, membuat perkara yang baik, tidak tinggal solat, berzikir dan sebagainya. Selain dari itu? Selain dari itu kita boleh lakukan aktiviti rekacipta elektronik. Tapi jangan terlalu asyik sehingga lalai dari mengerjakan solat pulak. Elok-elok boleh dapat pahala, tak pasal-pasal pulak boleh dapat dosa.

Oleh itu teruskan usaha murni anda menjalankan aktiviti rekacipta dengan jayanya. Saya dan Shahrul juga masih teruskan kerja ini walaupun di Bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk saya berhenti seketika berpuasa.