Langkau ke kandungan utama

Hala Tuju MyEnik Bukan Nak Kaya- Mohd Azrai

Salam bertemu lagi. Kali ini saya nak relax sikit bercerita serba sedikit mengenai hala tuju MyEnik. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang tidak berapa faham dengan konsep sebenar MyEnik. Saya dan Shahrul merupakan penggerak utama MyEnik. Kami mempunyai hobi dan kegemaran yang hampir sama iaitu rekacipta litar elektronik.

Inilah hobi kami. Serba sedikit kami menggunakan kepakaran yang ada dengan menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini. Jadi tidak terlintas lagi untuk kami menjadi kaya raya atau jutawan segera hasil dari aktiviti yang telah kami jalankan ini. Walaupun ianya boleh dilaksanakan seperti yang ada kini. Yang penting bagi kami adalah melakukan aktiviti rekacipta bagi tujuan kepuasan sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang mengharapkan bantuan untuk merealisasikan keingini yang sama seperti kami juga.

Ada juga yang ingin belajar terus dari kami dengan datang ke lab kami di Jenderam, Dengkil. Kami sangat puas jika dapat menggembirakan dan menjayakan projek orang atas bantuan kami berdua. Ada juga yang minta bantuan untuk buat projek kesemuanya. Itu malas saya nak cerita. Seperti tahun-tahun yang lalu, saya sendiri pernah buat 5 projek elektronik dalam sebulan. Berasap kepala wooo. Tapi saya terima atas dasar minat dan dapat mendalamkan lagi ilmu yang pernah saya pelajari di IPT dulu dan atas dasar minat yang mendalam.

Bagaimana dengan income? (mesti ada yang tanya). Saya tak mahu sentuh lebih-lebih mengenai income atau bayaran sebab walaupun duit itu penting untuk bayar sewa lab, bayar duit elektik air lab, bayar duit minyak kereta pergi ke lab atau cari bahan-bahan projek dan sebagainya, saya sanggup merasa rugi demi kepuasan (hampir rugi). Saya banyak guna duit saya sendiri dari menggunakan duit income dari MyEnik untuk perbelanjaan bahan lab dan projek. Malah ada juga beberapa student yang tidak mampu untuk membayar kos membina litar projek mereka, itu kira halal la... demi masa depan mereka itu yang lebih penting.

Saya dan Shahrul akan memperjuangkan lagi usaha ini untuk jangka masa panjang. Tapi mungkin perjalanan agak slow sebab kami mempunyai kerja di siang hari dan bertemu pada waktu malam sehingga ke awal pagi. Adakalanya saya banyak terlepas pandang dan ketinggalan dari hal-hal tertentu. Mungkin disebabkan oleh masa yang terlalu ketat dan masalah kesihatan yang sering melanda. Insyaallah, masalah ini akan dicover secepat mungkin. So, jangan anggap kami nak jadi kaya dengan cara kami di MyEnik.

Walaupun kami ada juga rasa terkilan bila ada pihak yang mengenakan cas bayaran membuat projek dengan harga RM400 lebih untuk satu litar kecil, tapi prinsip kami berbeza bukan seperti itu. Membantu dan mengenakan dengan cas yang amat murah semurah-murahnya dalam dunia ini. Ada juga pihak yang menegur saya kerana mengenakan cas yang sangat murah kerana memikirkan usaha saya yang tidak berbaloi. So, apa pandangan anda semua? Apa yang membuatkan ia lebih berharga? Idea, kepakaran atau usaha?

Post Yang Mesti Anda Baca