Ini terbukti setelah ujian dilakukan pada beberapa litar projek baru-baru ini dan juga beberapa tahun sebelum ini. Memang ada bezanya kerana terdapat satu litar yang sesuai dengan sensor tertentu dan tidak pada sensor lain. Jika ditukar sensornya litar tidak berfungsi dengan baik walaupun litar amplifier ditambah atau pun pelarasan kepekaan dibuat ke tahap maksimum. Namun disebalik semua proses yang dilakukan, sensor-sensor yang ada mempunyai kelemahan pada cahaya atau gangguan sinaran. Walaupun disertakan dengan penapis sekali pun ia masih tetap tidak dapat melindungi kelemahannya melainkan kaedah pemilihan frekuensi tetap.Pada laporan ujikaji saya sendiri banyak membuat kesimpulan yang kesemua sensor tidak boleh disesuaikan dengan sebarang litar. Jadi tidak hairanlah jika saya menerima banyak rungutan mengenai litar infrared ini walaupun diberi diagram yang paling mudah. Namun begitu kelebihan pancaran infrared ini ia tidak boleh nampak melalui mata kasar kecuali kamera digital dan ianya boleh membawa isyarat suara dan juga data dengan mudah.
Dahulunya saya ada menyiarkan litar pembasuh tangan automatik, tetapi saya tarik balik diagram tersebut kerana ramai yang merungut susah nak buat dan kemudian saya reka semula litar tersebut untuk semua orang boleh buat dengan berjaya. Apa pun saya masih menerima rungutan yang tidak henti henti kerana masih susah untuk dibuat sampai jadi, sedangkan saya sudah membinanya hampir 30 litar yang sama dan berfungsi baik. Kemudian saya tarik semula diagram dan simpan. Kini saya selesai buat ujian terhadap kesemua litar yang ada berkaitan dengan sensor infrared dan siap untuk dimasukkan ke dalam laporan rahsia saya.