Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini.


Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa.

Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6 volt atau 5 volt adalah tahap yang paling sesuai. Ini kerana IC yang digunakan. Kenapa? Kerana IC ini berfungsi untuk voltan tidak melebihi 5 volt. Jadi bagaimana pula untuk voltan lebih seperti 9 volt atau 12 volt? Jawapannya perlu diturunkan nilai voltan melalui litar pengatur voltan atau pun tukar IC yang sama dengan fungsi IC sedia ada. Biasanya beza pada syarikat pengeluaran.

Pada bahagian penerima pula komponen seperti gegelung adalah penting. Kedua-dua gegelung pada litar penerima dan pemancar harus dirapatkan dan hasilnya LED akan menyala. Perhatian kepada litar penerima yang tiada sebarang bekalan kuasa dikenakan. Gelombang dari pemancar diterima pada frekuensi tertentu dan ditukarkan kepada arus elektrik kecil. Seterusnya LED akan menyala.

Litar asal dapat menghidupkan LED pada jarak tidak sampai 1 inci. Setelah dibuat beberapa perubahan dan memahami konsep dan teori litar, jarak pemancaran dan penerimaan gelombang dapat dipanjangkan sehingga dua inci. Walaupun jaraknya agak dekat, ianya merupakan satu contoh asas yang digunakan oleh Tesla hampir seratus tahun dahulu bagaimana ujikaji beliau berjaya menghasilkan wireless power dengan menggunakan menara gegelung terbesar beliau.

Saya pernah diajukan soalan oleh seorang pelajar MRSM bagaimana untuk menghasilkan talian bekalan kuasa tanpa wayar. Kaedah yang sama saya tunjukkan tetapi untuk diaplikasikan perlu melalui banyak masa untuk R&D. Seperti imej yang tunjukkan, hanya pemasangan di atas breadboard untuk memudahkan modifikasi sebelum dibuat pemasangan sebenar.