Langkau ke kandungan utama

Bekalan kuasa positif, negatif dan ground

Secara asasnya kita sangat tahu unit bekalan kuasa mempunyai 2 terminal penyambungan iaitu positif dan negatif. Pada masa yang sama juga jika ditanyakan manakah Ground? Kita akan tunjuk kepada label negatif. Itu menjadi kebiasaan jika kita lihat pada diagram litar projek.

Namun terdapat juga tiga terminat unit bekalan kuasa. Sama seperti unit di dalam talian kuasa AC atau arus ulang alik. Dalam talian arus ulang alaing (AC) terdapat tiga terminal yang kita ketahui iaitu N, L dan E. Namun yang menjadi penting adalah N dan L. Manakala E adalah sebagi talian keselamatan.

Pada unit DC pula apa yang kita ketahui adalah positif dan negatif. Namun begitu unit ground boleh menjadi unit negatif. Jika tiga terminat dihasilkan ia menjadi positif, negatif dan ground. Oleh itu apakah pentingnya semua ini? Sesetengah litar elektronik menggunakan tiga terminal power ini. Ini bermakna litar elektronik tersebut menggunakan kuasa positif, kuasa negatif dan ground.



Untuk menghasilkan tiga terminal kuasa ini kita boleh hasilkannya daripada litar bekalan kuasa atau litar pengatur voltan. Ada juga alatan unit belakan kuasa yang menyediakan tiga terminal kuasa ini. Namun bagi alat unit bekalan kuasa yang murah hanya menyediakan dua terminal sahaja iaitu positif dan negatif.

Kebiasaannya litar elektronik yang menggunakan tiga terminal kuasa ini adalah litar yang menggunakan IC Op-Amp. Anda boleh cari beberapa contoh litar yang menggunakan tiga terminal kuasa. Litar projek jam digital juga menggunakan tiga terminal kuasa. Dan begitu juga dengan litar metal detector yang pernah saya hasilkan menggunakan tiga terminal kuasa. Namun begitu, ia masih menggunakan kuasa bateri dan seperti yang kita tahu bateri hanya mempunyai 2 terminal kuasa sahaja iaitu positif dan negatif.

Dengan menggunakan litar elektronik khas, tiga terminal kuasa boleh dihasilkan daripada dua terminal kuasa. Cara ini lebih mudah berbanding dengan menggunakan sumber kuasa daripada transformers yang agak berat dan memerlukan voltan AC.

Contoh litar yang menghasilkan 3 terminal kuasa positif, negatif dan ground daripada sumber kuasa dua terminal.

Post Yang Mesti Anda Baca