Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria.
Kali ini saya ingin menerangkan mengenai Buku dan komponen Koleksi Litar Projek LED yang telah dinaik taraf kepada versi kedua. Apa yang menarik adalah semua litar projek telah dibuat naik taraf supaya ianya lebih menarik dan lebih faham apabila ianya dibuat pemasangan di atas papan projek.
Mungkin sebelum ini ianya agak susah bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan papan projek. Termasuk juga bagi mereka yang meminati projek elekronik tetapi tidak tahu untuk menggunakan papan projek dengan betul.
Selain dari menghadiri kursus elektronik yang saya anjurkan, di dalam buku ini juga ditunjukkan cara pemasangan dan cara yang betul menggunakan papan projek. Untuk permulaan memang agak sukar untuk menggunakannya, tetapi jika kita berminat, sukar macam mana sekali pun pasti kita boleh mempelajarinya dengan mudah.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan buku praktikal ini, sila klik SINI. atau klik imej buku di sebelah kanan blog ini.
Apa yang lebih menarik lagi, saya sertakan dengan mini power supply. Fungsi alat ini adalah untuk menghidupkan projek elektronik yang telah siap dipasang. Mini power supply ini menggunakan satu atau dua bateri AA. Dan saya menggalakkan mini power supply ini digunakan untuk menguji semua litar projek yang telah siap dipasang.
Oleh itu. Sila buat pembelian sekarang sebelum harga dinaikkan atau stok kehabisan.