Catatan

Aktiviti bulan Ogos- oleh Azrai

Imej
Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang telah saya ambil dalam bulan Ogos lalu. Banyak aktiviti berlaku di lab MyEnik. Gambar sebelah ketika seorang student bernama Zainab belajar bina projek di atas breadboard diperhatikan oleh saya. Yang bestnya dia ni cepat belajar dan mudah faham. Sekejap je dia boleh catch-up apa yang saya terangkan. Projek dia pun dah hampir nak siap. Hasilnya seperti ini. Memang best la. Sekali buat terus jadi. Tapi ada juga silap sikit sikit. Itu biasa la. Saya pun ada masa tu selalu juga buat silap. Litar projek ini memang special sikit dan fungsinya telah diubah suai menjadi satu projek yang lebih menarik. Satu lagi yang menjadikan ia lebih menarik sebab harga salah satu ic yang digunakan harganya RM45. Itu pun beli kat RScomponent di Shah Alam. Kedai di jln pasar/pudu dah takde stok. Gambar sebelah ni adalah projek makanan ikan automatik oleh Munira dari PoliKB. Projek ini menggunakan sistem timer yang sentiasa berterusan mengikut setiap beberapa tempo...

Projek Banyak Masuk

Bulan Ogos ni saya rasa paling banyak projek masuk. Paling banyak adalah dari student-student seluruh Malaysia. Semua orang dah tahu terutama student, masanya sudah hampir hari presentation final project mereka. Saya dan team MyEnik agak sibuk sikit dengan projek student ni. Sampaikan susah nak bahagi masa antara kerja-kerja yang saya dan Shahrul. Apa pun kami pilih waktu malam untuk beroperasi di lab MyEnik. Tambahan pula projek MyEnik sendiri pun masih bertangguh. Terlalu banyak rasanya. Bila waktu malam terpaksa turun ke lab. Waktu siang pula saya dan Shahrul ada kerja masing-masing. Nampak gayanya MyEnik akan kelam kabut macam dulu juga rasanya. Tapi mungkin tidak. Pengalaman yang dulu menjadi pengajaran. Insyaallah perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Saya Kembali Lagi!

Assalamualaikum. Salam sejahtera terutama sekali kepada perekacipta elektronik yang baru mahupun yang veteren. Selamat datang ke blog baru MyEnik. Ia nampak baru sebab baru beroperasi. Saya harap blog ini nanti akan menjadi satu blog yang paling bagus dan bermanfaat kepada anda semua terutama kepada mereka yang betul-betul minat mengenai rekacipta elektronik. Sebelum ini pun saya agak sibuk dengan kerja-kerja dalam MyEnik. Tambahan pula student agak ramai yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan mengenai final project mereka. Harapan saya agar mereka akan berjaya menempuhi hari presentation final project mereka nanti. Jangan gementar dan yakin dengan apa yang anda lakukan. Yakin boleh!

Gambar-gambar MyENik

Imej
Gambar aktiviti MyEnik LED Fading Capacitive Sensor 10 Saat Pemasa dengan Buzzer Infrared Object Detector (3 set) Litar toggle switch 555 Mobile Phone Wave Detector Banyak gambar yang akan dimuat turun. Sila lawat pada masa akan datang.

Video MyEnik

Video MyEnik Ujikaji LED Meter Suhu Ujikaji ini menggunakan breadboard sebagai tempat uji bagi memudahkan kerja ubahsuai. Terdapat dua keadaan litar yang digunakan untuk beberapa keadaan yang berbeza. Litar pertama direka untuk kepekaan yang tinggi yang mampu mengesan suhu bilik dan juga jika dipegang pada sensor, bacaan akan diperolehi. Sesuai untuk mengukur suhu bilik, suhu air, suhu yang tidak begitu tinggi naik turunnya. Berbeza dengan litar kedua yang mempunyai kepekaan yang rendah sesuai untuk mengukur suhu tinggi. Sebagai contoh haba dari soldering iron, enjin kenderaan atau cerek air. Namun begitu mengukur air secara terus tidak boleh kerana akan merosakkan sensor dengan cepat berbeza jika digunakan secara betul dan tidak terlalu kerap kena pada suhu tinggi. Prototaip Metal Detector Sample prototaip alat pengesan logam atau metal detector menggunakan litar BFO. Terdapat banyak versi untuk penghasilan metal detector ini sehinggakan saya akan merekakan satu alat yang dipanggil go...

Siapa saya?

Imej
Agak susah sikit untuk saya memperkenalkan diri. Maklumlah sa ya ni agak pemalu sikit dan kurang bercakap banyak. Lebih-lebih lagi mengenai hal-hal yang remeh temeh atau perkara yang melalaikan. Namun begitu saya perlu juga memperkenalkan diri kepada umum mengenai perihal saya dan juga aktiviti yang pernah saya lakukan. Kiranya macam nak promote dan menyakinkan diri la ni. Saya adalah orang yang bertanggungjawab yang menubuhkan dan membangunkan Myenik.com. Saya menyukai rekacipta elektronik. Oleh itu saya mempunyai sejarah pendidikan yang bersangkut paut dengan elektronik. Kerana itu adalah minat saya. Bukan sekadar minat tetapi ianya adalah hobi saya sepenuh masa. Pendidikan awal saya dalam bidang elektronik semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Vokasional Ampangan, Seremban (sekarang sudah jadi sekolah teknik). Sebelum itu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang dan subjek kesukaan adalah kemahiran hidup dan sains. Minat dalam bidang elektronik sebenarn...