Catatan

Bulan Ramadhan Menajam Minda

Bulan Ramadhan sudah menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan ganjaran pahala akan digandakan begitu juga amalan yang kita lakukan setiap hari. Apabila kita berpuasa, sistem di dalam perut kita akan berehat di siang hari. Apabila waktu berbuka tiba, sistem perut akan mula bekerja. Jadi apakah aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan? Banyakkan kerja yang boleh mendapatkan ganjaran pahala seperti membaca quran, membuat perkara yang baik, tidak tinggal solat, berzikir dan sebagainya. Selain dari itu? Selain dari itu kita boleh lakukan aktiviti rekacipta elektronik. Tapi jangan terlalu asyik sehingga lalai dari mengerjakan solat pulak. Elok-elok boleh dapat pahala, tak pasal-pasal pulak boleh dapat dosa. Oleh itu teruskan usaha murni anda menjalankan aktiviti rekacipta dengan jayanya. Saya dan Shahrul juga masih teruskan kerja ini walaupun di Bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk saya berhe...

Hala Tuju MyEnik Bukan Nak Kaya- Mohd Azrai

Salam bertemu lagi. Kali ini saya nak relax sikit bercerita serba sedikit mengenai hala tuju MyEnik. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang tidak berapa faham dengan konsep sebenar MyEnik. Saya dan Shahrul merupakan penggerak utama MyEnik. Kami mempunyai hobi dan kegemaran yang hampir sama iaitu rekacipta litar elektronik. Inilah hobi kami. Serba sedikit kami menggunakan kepakaran yang ada dengan menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini. Jadi tidak terlintas lagi untuk kami menjadi kaya raya atau jutawan segera hasil dari aktiviti yang telah kami jalankan ini. Walaupun ianya boleh dilaksanakan seperti yang ada kini. Yang penting bagi kami adalah melakukan aktiviti rekacipta bagi tujuan kepuasan sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang mengharapkan bantuan untuk merealisasikan keingini yang sama seperti kami juga. Ada juga yang ingin belajar terus dari kami dengan datang ke lab kami di Jenderam, Dengkil. Kami sangat puas jika dapat menggembirakan dan menjayakan projek...

Membina litar projek

Imej
Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelbagai langkah demi langkah bagi menyempurnakan dengan sempurna keseluruhannya. Tidak seperti penggunaan veroboard atau stripboard kerana ianya lebih mudah. Penggunaan stripboard tidak memerlukan teknik asid eching. Hanya kepada kerja pemotongan track sahaja. Untuk menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer, atau juga dengan teknik lettering. Salah satu kaedah paling cepat tetapi sangat leceh adalah dengan menggunakan PCB marker. Bagi saya, pilihan yang paling saya suka adalah dengan kaedah campuran lettering dengan PCB marker. Lihat contoh seperti gambar di sebelah ini. Teknik yang paling saya minati adalah teknik lettering dengan PCB marker. Ianya lebih cepat. Walaupun begitu, ada juga teknik yang lebih cepat dari itu seperti teknik U...

Perjalanan MyEnik- Mohd Azrai

Assalamualaikum, Kembali lagi ketika ini saya ingin sentuh sedikit mengenai perjalanan myenik dan pengurusan masa. Saya dan Shahrul ketika ini banyak tertumpu kepada memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada student yang ingin membuat final projek mereka. Pada ketika ini student sedang bertungkus lumus cuba mencari idea dan ada juga yang sudah mula menyiapkan projek masing masing. Pada masa yang sama juga saya dan Shahrul mempunyai projek kami sendiri. Projek agak menarik dan besar juga. Tapi disebabkan masa yang amat ketat dengan pelbagai kerja dan tugasan harian, projek kami agak slow. Tambahan pula dengan pengurusan produk MyEnik yang mungkin akan edarkan ke utara melalui agen terbaru MyEnik di Penang. Insyaallah jika sudah terlaksana, saya akan umumkan. Bermakna orang utara boleh mendapatkan produk MyEnik melalui agen kami di Penang. Mengenai hal produk, pengeluaran produk baru agak slow. Saya dan Shahrul sedang mencari sentuhan magik untuk menguruskan semua tugasan yang ada di My...

Litar Projek Pengesan Infrared

Salam bertemu kembali, Kali ini saya ingin bercerita mengenai litar infrared. Majoriti student yang minta litar dari saya adalah litar sistem infrared. Pelbagai aplikasi yang boleh dibuat hanya dengan litar projek infrared. Maksud litar infrared adalah sistem pemancaran gelombang/cahaya infrared dan sistem penerima gelombang/isyarat/cahaya infrared. Contoh aplikasi seperti remote control tv atau dvd player. Alat seperti ini menggunakan rekaan litar elektronik yang agak rumit. Rekaan saya pula agak simple tetapi masih berfungsi dengan baik. Hanya dengan menggunakan dua litar iaitu litar pemancar infrared dan litar penerima infrared. Kemudian dengan prinsip pantulan saya jadikan satu litar pengesan objek atau pengesan tangan. Dengan itu saya dapat hasilkan satu projek pengesan objek dengan hanya guna dua litar penerima dan pengesan infrared. Cuba lihat video clip prototaip litar pengesan objek yang telah saya pasang dan uji di atas breadboard. Litar ini saya guna untuk menghidupkan lampu...

Projek, projek, projek

Sekarang ni mungkin masa yang paling genting sekali untuk mencari idea untuk final projek. Sampaikan ada yang terasa tekanan yang amat dasyat sekali. Kena pula lecturer tolak idea yang kita fikirkan terlalu lama dan kita rasakan itu yang terbaik. Apa pun bawa berbincang dengan lecturer mengenai idea asal dan minta pendapat jika ada perubahan. Masa saya dulu pun begitu juga. Bila terfikirkan satu idea yang canggih lalu ditunjuk kepada lecturer, serta-merta lecturer terima tanpa banyak soal. Persoalannya idea tersebut terlalu berat untuk dilaksanakan. Apa bermain difikiran adalah 'boleh ke?'. Sebenarnya imaginasi kita yang mempengaruhi segala tindakan. Saya berfikir seolah-olah ianya telah berlaku dan mudah untuk dilaksanakan. Pada masa itu saya yakin boleh lakukan walaupun member satu group dah mula mempersoalkan kebolehan idea yang saya cadangkan. Tapi saya bukan seperti hentam keromo. Buat dengan melulu tanpa mengetahui perjalanan yang sebenarnya. Yang penting sekali adalah pe...

Aktiviti bulan Ogos- oleh Azrai

Imej
Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang telah saya ambil dalam bulan Ogos lalu. Banyak aktiviti berlaku di lab MyEnik. Gambar sebelah ketika seorang student bernama Zainab belajar bina projek di atas breadboard diperhatikan oleh saya. Yang bestnya dia ni cepat belajar dan mudah faham. Sekejap je dia boleh catch-up apa yang saya terangkan. Projek dia pun dah hampir nak siap. Hasilnya seperti ini. Memang best la. Sekali buat terus jadi. Tapi ada juga silap sikit sikit. Itu biasa la. Saya pun ada masa tu selalu juga buat silap. Litar projek ini memang special sikit dan fungsinya telah diubah suai menjadi satu projek yang lebih menarik. Satu lagi yang menjadikan ia lebih menarik sebab harga salah satu ic yang digunakan harganya RM45. Itu pun beli kat RScomponent di Shah Alam. Kedai di jln pasar/pudu dah takde stok. Gambar sebelah ni adalah projek makanan ikan automatik oleh Munira dari PoliKB. Projek ini menggunakan sistem timer yang sentiasa berterusan mengikut setiap beberapa tempo...