Catatan

Akan ada produk terbaru

Sudah lama saya ber'uzlah mengurung diri semata-mata ingin menyiapkan beberapa projek dan produk terbaru MyEnik. Tapi bagi saya ia masih belum sempurna lagi walaupun senarai produk baru seperti e-book sudah boleh diumumkan. Bukan mudah untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Pada kali ini saya berharap produk terbaru ini akan lebih berkualiti dan teratur. Mungkin sebabkan produk terdahulu nampak tidak tersusun, untuk produk akan datang saya mahukan kesempurnaan. Apakah produk yang akan saya keluarkan? Produk terdiri daripada produk digital seperti e-book, buku bersama dengan cd dan produk lengkap seperti alatan. Apa yang pasti semua produk ini akan benar-benar beroperasi pada januari 2008. Beberapa produk akan muncul tidak serentak. Satu persatu sehingga semua produk semuanya muncul. Tunggu kemunculannya.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri. Setelah lama bercuti raya, kini saya kembali menjalankan aktiviti yang sudah lama direhatkan. Blog ini pun masih belum banyak lagi di-update. Lagi pun pc saya dan Shahrul telah direhatkan agak lama juga walaupun cuti raya sudah habis. PC kami ada masalah. Jadi banyak kerja tergendala. Baru-baru ini kerja membina projek banyak kali terganggu. Saya banyak menggunakan pc untuk membuat kerja-kerja di lab. Bila pc dah takde, kenalah guna manual dan sumber rujukan pula dari buku-buku dan fail simpanan. Kerja agak rumit sikit berbanding sebelum ini. Namun begitu perancangan selepas cuti raya masih diteruskan walaupun banyak halangan ditempuhi. Produk baru MyEnik sudah tidak sabar untuk diumumkan. Masih menanti waktu yang sesuai. Mungkin produk sebelum ini akan mengalami perubahan-perubahan tertentu. Buat beberapa kali, strategi MyEnik akan mengalami perubahan baru yang agak drastik dan boombastik demi menaik taraf perjalanan dan pencapaian MyEnik. Insyaallah sele...

Perihal LED dan seumpamanya

Imej
Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna??? Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni? '. Saya berfikir sejenak. Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu? ' 'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba. Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah...

Aktiviti Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti MyEnik agak slow tetapi masih lagi kerja dilakukan. Sebelum bulan Ramadhan aktiviti di lab boleh dikatakan selalu setiap malam hingga lewat malam (biasa pukul 2 pagi baru balik). Pada siang hari pula saya dan Shahrul sibuk dengan kerja masing masing. Bulan Ramadhan ini agak penat dari hari-hari biasa. Kalau sampai rumah letak kepala atas bantal terus je lelap. Tapi solat terawih dan tadarus buat juga. Mana boleh dilepaskan. Rugi rasanya kalau tak buat. Disebabkan masa yang ketat dengan pelbagai aktiviti dan keletihan, aktiviti di lab pada belah malam agak slow sikit. Kalau ada projek tu agak lewat sikit la nak siapkan. Cuma baru-baru ni saya bersengkang mata cuba menyiapkan kerja MyEnik selepas saje solat terawih. Banyak kerja saya buat di rumah disebabkan lab dengan rumah agak jauh. Tidur sekejap dan terus bangun untuk sahur. Selepas sahur sambung balik kerja sehingga masuk waktu subuh baru stop untuk solat subuh dan bersiap untuk per...

Geganti itu adalah Relay

Imej
Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti. Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala. Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi. Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan...

Bulan Ramadhan Menajam Minda

Bulan Ramadhan sudah menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan ganjaran pahala akan digandakan begitu juga amalan yang kita lakukan setiap hari. Apabila kita berpuasa, sistem di dalam perut kita akan berehat di siang hari. Apabila waktu berbuka tiba, sistem perut akan mula bekerja. Jadi apakah aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan? Banyakkan kerja yang boleh mendapatkan ganjaran pahala seperti membaca quran, membuat perkara yang baik, tidak tinggal solat, berzikir dan sebagainya. Selain dari itu? Selain dari itu kita boleh lakukan aktiviti rekacipta elektronik. Tapi jangan terlalu asyik sehingga lalai dari mengerjakan solat pulak. Elok-elok boleh dapat pahala, tak pasal-pasal pulak boleh dapat dosa. Oleh itu teruskan usaha murni anda menjalankan aktiviti rekacipta dengan jayanya. Saya dan Shahrul juga masih teruskan kerja ini walaupun di Bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk saya berhe...

Hala Tuju MyEnik Bukan Nak Kaya- Mohd Azrai

Salam bertemu lagi. Kali ini saya nak relax sikit bercerita serba sedikit mengenai hala tuju MyEnik. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang tidak berapa faham dengan konsep sebenar MyEnik. Saya dan Shahrul merupakan penggerak utama MyEnik. Kami mempunyai hobi dan kegemaran yang hampir sama iaitu rekacipta litar elektronik. Inilah hobi kami. Serba sedikit kami menggunakan kepakaran yang ada dengan menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini. Jadi tidak terlintas lagi untuk kami menjadi kaya raya atau jutawan segera hasil dari aktiviti yang telah kami jalankan ini. Walaupun ianya boleh dilaksanakan seperti yang ada kini. Yang penting bagi kami adalah melakukan aktiviti rekacipta bagi tujuan kepuasan sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang mengharapkan bantuan untuk merealisasikan keingini yang sama seperti kami juga. Ada juga yang ingin belajar terus dari kami dengan datang ke lab kami di Jenderam, Dengkil. Kami sangat puas jika dapat menggembirakan dan menjayakan projek...