Catatan

Simbol asas elektronik

Imej
Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka. Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya. Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang i...

Cadangan dari pelawat...

Imej
Saya menerima banyak e-mail yang menanyakan pelbagai soalan sama ada yang susah nak jawab dan yang biasa-biasa sahaja. Namun semua persoalan tersebut saya jawab mengikut giliran. Lagi pula ada beberapa e-mail mengandungi soalan yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Dan ada juga email yang sama menghantar beberapa soalan  sekali hantar. Semuanya saya jawabkan jika saya tahu. Jika saya tak mampu untuk menjawabnya saya akan katakan saya tahu setakat yang termampu sahaja. Sebabnya ada juga soalan yang luar dari bidang saya seperti mesin atau enjin. Sikit-sikit tu tahu la juga, cuma bukan dalam kepakaran saya. Majoriti soalan berkisarkan dengan projek elektronik dan juga litar projek. Apa pun ada masanya saya buntu juga bagaimana untuk membuat satu ruangan khas bagi mereka mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang dicari. Dahulunya saya pernah buatkan satu ruangan khas tetapi kurang pengunjung malah ruangan tersebut tidak disedari oleh kebanyakan pelawat yang masuk. Insyaa...

Kegunaan transistor sebagai suis

Imej
Kebanyakan litar elektronik yang simple menggunakan relay sebagai suis perantaraan kepada litar luaran yang lain seperti menghidupkan metol 240VAC atau menghidupkan peralatan elektrik. Relay jugalah yang menjadi komponen paling sesuai untuk tugasan tersebut. Manakala komponen lain yang berkaitan seperti SCR atau Triac dan seumpamanya kurang mendapat sambut dari segi penggunaanya kecuali untuk kes-kes tertentu seperti menjimatkan ruang dan mengurangkan berat. Namum begitu relay perlukan komponen lain untuk menghidupkannya. komponen yang sesuai untuk digandingkan adalah transistor. Ya... transistorlah jawapannya. Jika satu-satu litar elektronik atau pun litar projek kit mempunyai keluarannya sekadar nyalaan LED atau bunyi pada speaker, ianya boleh ditukar kepada penggunaan relay sebagai suis. Seperti litar aktif gelap atau litar penggera air dan seumpamanya yang menggunakan komponen selain relay seperti LED atau speaker, dengan menggunakan litar tambahan, relay boleh digunakan.  Ianya be...

Surihan veroboard

Imej
Sebelum tu saya banyak terlupa untuk memberitahu. Surihan di atas veroboard sebenarnya satu rujukan paling mudah untuk membina projek sebenar di atas veroboard. Nmun begitu panduan seperti tracking yang perlu dipotong adalah penting bagi mengasingkan laluan sambungan di antara komponen. Di bawah ini saya tunjukkan imej yang perlu diketahui berkaitan dengan surihan veroboard. Kotak kecil yang ada dot itu adalah tanda yang menunjukkan track veroboard dipotong. Kemudian vr jenis trimmer pot. Untuk vr yang bersaiz besar biasanya rajah menunjukkan penyambungan wayar sahaja. Untuk diagram seterusnya jika terdapat mana-mana komponen yang agak pelik, saya akan beri sedikit penerangan beserta dengan imej yang sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

Litar penghalau nyamuk

Imej
Walaupun litar ini mampu untuk menghindarkan nyamuk tetapi saya tetap guna ubat nyamuk yang mengeluarkan asap dan yang menggunakan tenaga elektrik. Tapi tidaklah saya anggap litar ini tidak bermakna apa-apa buat saya. Masa umur saya belasan satun dulu, saya selalu juga pergi ke kebun getah, tolong mak cik toreh getah. Jadi di kebun getah memang ramai tahu memang ada banyak nyamuk yang suka mengganggu orang macam saya ni yang tidaklah sepenuh masa pergi ke kebun. Hanya masa cuti sekolah bila balik kampung saja rasa rajin nak ke kebun. Biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Oleh itu saya terfikir untuk guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik. Memang masa tu gila sangat dengan rekacipta elektronik. Jadi idea mencurah-curah tapi tak tahu saluran yang betul masa tu. Bila dah siap, jadi masa untuk test. Masa test tak nampak macam menjadi sangat pun sebab mungkin ada berlaku kesil...

Offer percuma

Untuk permulaan ini sebab badan sudah rasa agak sihat sikit berbanding sebelum ini. Untuk itu saya offer kepada semua yang berminat untuk meminta apa saja diagram litar elektronik. Ya... apa saja. Tapi ada syarat la pulak. Syaratnya seperti: - Jangan minta diagram litar TV atau Radio (susah tu saya nak lakar atas veroboard) - Tidak kepada litar yang merbahaya seperti taser, timer bomb, pengganggu siaran tv/radio dan seumpamanya - Bukan diagram litar yang rumit dan banyak komponen seperti litar komputer - Hanya dibenarkan litar projek elektronik yang mudah seperti litar sensor (apa-apa sensor), litar power supply, inverter, converter, yang guna LED, yang guna relay, yang guna dc motor dan seumpamanya. - Bukan litar PIC Semua tawaran ini bermula sekarang (3/3/09) sehingga saya penat. Caranya mudah, hanya pergi ke komen post ini dan mintalah diagram litar yang anda mahu saya siarkan. Insyaallah jika permintaan tersebut masuk akal, saya akan siarkan secara percuma. Buat kebajikan sikit. Ok...

Apa pendapat anda?

Imej
Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan. Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya. Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan ...