Catatan

e-book Projek Elektronik Percuma

Di sini saya ingin memberitahu bahawa anda berpeluang untuk mendapatkan e-book Projek Elektronik Percuma di SINI . Hanya dengan memberikan nama dan emel ke dalam ruang yang disediakan, anda akan dapat e-book tersebut terus ke emel anda. Pastikan alamat emel anda adalah betul untuk mengelakkan masalah penghantaran emel yang berlaku. Pada masa yang sama juga blog ini telah di-link dengan laman web www.myenique.com. Disebabkan laman web tersebut masih baru, banyak lagi info-info berkaitan masih belum lagi dimasukkan. Proses kemasukan info ini sedang berlangsung secara berperingkat-peringkat. Diharap anda dapat mendaftar secara percuma dengan memasukkan nama dan alamat emel anda dan saya berikan e-book percuma juga kepada anda. Anda boleh masuk terus ke www.myenique.cim atau klik gambar ebook di sebelah kanan blog ini. Selamat mencuba.

"Joule Thief"

Imej
Adakah anda pernah dengar perkataan "Joule thief"? Tiada istilah dalam bahasa melayu. Jika diterjemahkan mungkin bunyinya agak pelik. Saya meminati konsep "Joule thief" ini dan digunakan dalam litar elektronik untuk menggandakan voltan dalam satu litar elektronik. Konsep "Joule thief" ini sinonim dengan penggunaan LED. Kaedah mudah mengaitkan dengan penggunaan LED sebagai peranti penguji yang terbaik. LED yang seperti kita tahu menyala pada kadar arus dan voltan yang paling minima. Oleh itu penggunaan tenaga adalah sangat jimat berbanding dengan mentol berfilamen. Saya sangat meminati litar yang menggnakan kesan kepada LED. Salah satu litar yang paling saya suka adalah litar "Joule thief" yang mana LED dapat dinyalakan dengan hanya satu bateri 1.5 volt sahaja. Seperti yang kita tahu LED tidak mampu menyala jika voltannya kurang daripada voltan had nyalaanyanya. Maksudnya jika satu LED boleh menyala pada voltan 3 volt, maka jika voltan kuran...

Penganugerahan di ITEX 2011

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria dan ketemu kembali. Terlalu lama untuk saya tinggalkan update blog ini. Namun saya kembali semula dengan pelbagai cerita dan pengalaman untuk dikongsikan. Pada masa yang terdekat ini saya akan umumkan web site terbaru yang boleh anda layari untuk dapatkan pelbagai info dan juga beberapa produk pembelajaran yang mungkin sesuai untuk anda. baru-baru ini pada 20 sehingga 22 hb Mei 2011 saya mengikuti pertandingan rekacipta inovasi antarabangsa ITEX di KLCC. Saya sekali lagi sebagai mentor untuk sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Projek atau produk yang diketengahkan adalah 'Pelita Solar'. Agak lucu tajuknya tapi, berjaya berada top 5. Keputusan yang diperolehi memperolehi Silver Medal untuk Asia ITEX dan tempat ketiga untuk peringkat kebangsaan MYIC. Tahniah diucapkan kepada kejayaan sekolah terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang atas usaha sekolah dan kepercayaan kepada saya memberi tunjuk ajar untuk perta...

Kejutan elektrik yang selamat

Imej
Kejutan elektrik terjadi pada kenalan tubuh (manusia) dengan sumber kuasa yang menyebabkan arus yang cukup melalui otot, kulit atau rambut. Biasanya, ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan pendedahan yang tidak dikehendaki untuk kuasa, maka kesan yang dianggap tidak diingini saat ini tahap minimum manusia dapat merasakan dianggarkan sekitar 1 milliampere (mA). Tapi ini sangat bergantung pada frekuensi daripada isyarat. Arus boleh menyebabkan kerosakan rangkaian atau fibrilasi jika sudah cukup tinggi. Kematian disebabkan oleh kejutan elektrik disebut sebagai kuasa. Secara umum, arus hampir 100 mA boleh dirasai jika mereka melewati bahagian sensitif dari tubuh. Jika voltan kurang dari 200 V, maka kulit manusia, lebih tepatnya stratum korneum, merupakan penyumbang utama impedansi tubuh dalam kes alihan-macroshock dari saat ini antara dua titik pada kulit. Ciri-ciri daripada kulit non-linear namun j ika tegangan di atas 450-600 V, maka kerosakan dielektrik pada kulit berlaku. Jika r...

Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Imej
Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini. Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa. Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6 ...

Juara Inovasi Zon Tengah

Imej
Alhamdulillah kami menjadi juara peringkat zon tengah. Namun begitu tewas di peringkat kebangsaan. Apa pun tahniah kepada semua peserta yang terlibat. tahun hadapan boleh jadi mentor lagi, Insyaallah. Pertandingan peringkat zon tengah berlangsung di MITC Ayer Keruh, Melaka selama dua hari. Manakala pada peringkat Kebangsaan pula berlangsung di sekitar kompleks sukan Bukit Jalil selama tiga hari yang mana perdana menteri turut hadir memeriahkan karnival inovasi tersebut. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang tidak berjaya. Cuba pada tahun hadapan pula.

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Imej
Bismillahirahmanirrahim... Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma. Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energ...