Catatan

Belajar buat projek di page FB

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Bismillah permulaan pembuka kata. Setelah lama saya tidak update informasi di dalam blog ini atas sebab-sebab tertentu antaranya adalah kekangan masa yang terlalu suntuk dan masalah laman blog ini hilang seketika. Maksud hilang adalah laman blog ini seperti disekat dan hilang terus. Dari itu saya telah cuba untuk membina blog baru pada akuan baru dan sehinggalah sampai satu masa ianya hampir siap dan blog MyEnique ini telah muncul kembali. Ia hilang dan muncul kembali tanpa sebarang alasan. Apa pun syukur Alhamdulillah ianya kembali seperti sediakala. Pada kali ini saya ingin memaklumkan satu page fb telah dihasilkan khas untuk peminat projek elektronik. Semua orang boleh menyertainya tanpa syarat. Namun begitu saya lebih sarankan kepada peminat yang baru ingin bermula. Ianya merupakan satu hobi. Hobi yang memerlukan kreativiti dan penggunaan akal fikiran yang kreatif serta inovatif. Bagi pengguna FB, anda bolehlah LIKE page @buatprojekelektronik ...

Buku baru upgrade

Antara produk MyEnique yang baru saja dibuat kemaskini adalah Buku Koleksi Litar Projek LED. Ianya mengambil masa yang agak lama disebabkan kekangan masa yang melambatkan proses penambah baikan ini. Berbanding dengan versi lama, versi baru ini lebih nampak mudah. Mudah dibuat pemasangan pada atas papan litar projek. Saya telah menambah diagram litar pemasangan untuk papan projek. Versi awal memang tiada diagram papan projek. Hanya diberikan diagram skematik saja. Oleh itu memang sukar sedikit untuk pemasangan komponen dibuat kepada mereka yang baru mula belajar. Dengan adanya pemanbah baikan versi terbaru ini, kerja pemasangan adalah mudah. Hanya berpandukan kepada diagram litar yang diberi. Untuk itu, harga masih lagi seperti dahulu. Dan kepada pelanggan lama yang pernah membeli, anda dialu-alukan untuk menghantar emel kepada saya dengan menyatakan untuk memohon salinan diagram litar versi terbaru. Kepada pelanggan yang belum dapat lagi Koleksi Projek LED ini, seminggu lagi produk...

Sambutan...

Selepas sahaja diumumkan pra-pendaftaran dibuka untuk kursus yang ditawarkan, admin menerima banyak sekali borang pendaftaran melalui emel. Alhamdulillah, ternyata sambutan amat menggalakkan. Insyaallah selepas selesai menerima penyertaan peserta, admin akan menyenaraikan tarikh dan aturcara kursus/bengkel tersebut. Pra-pendaftaran masih dibuka lagi. Terima kasih

Survey untuk program kursus

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Ok! Jom join kursus pendek yang terbaru. Boleh masuk link ini untuk pra daftar kursus apa yang anda suka. nak join semua pun boleh.  http://www.myenique.com/kursus.html Antara kursus atau bengkel yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini. Kursus Asas Elektronik Rekacipta Produk DIY Kursus ini mengajar cara-cara mudah merekacipta litar projek DIY yang boleh dijadikan sebagai hobi atau untuk diniagakan. Asas-asas elektronik diajar secara teori dan amali dengan teknik berlainan yang mudah difahami seterusnya boleh dipraktikkan di rumah. Antara projek DIY yang ditunjukkan merupakan projek yang popular untuk kegnaan harian dan boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan jika diniagakan. Antara yang terkandung di dalam kursus ini adalah: - Asas Elektronik - Asas Mengenal Komponen Elektronik - Asas Alatan Kerja - Asas Pembuatan Litar Elektronik - Kerja Amali Membina Litar Projek DIY - Asas Pembinaan Produk Rekacipta Kursus ...

Blog RnD Sempoi: Antara Research dan Talk

Blog RnD Sempoi: Antara Research dan Talk : Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan...

Link blog lain

Blog MyEnik ini akan di link kan kepada beberapa blog yang berinformasi. Antara blog yang akan sering di link adalah blog rnd sempoi. Namun, pada masa yang sama juga blog myenik akan menambah info terkini berkaitan dengan elektronik dan projek. Salam ceria.

Blog RnD Sempoi: Sama Tapi Tak Serupa

Blog RnD Sempoi: Sama Tapi Tak Serupa : Antara perkara yang membuatkan saya benar-benar rimas adalah apabila projek yang saya hasilkan tiba-tiba tidak menjadi. Bayangkanlah sudah l...