Catatan

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar

Imej
 Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.   Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!  Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu. Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan ke...

Belajar Bina Projek Arduino

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak maklumkan mengenai kit terbaru yang baru saja saya hasilkan setelah lamanya membuat pengujian terhadapat kit tersebut. ianya adalah kit pembelajaran untuk yang nak baru mula mempelajari sistem Arduino. Kini nak bina projek bukan lagi satu kepayahan. Dahulunya saya merasakan kesukaran untuk menghasilkan dan membina satu projek yang kita suka. Susah nak cari bahan dan susah untuk membinanya. Tambahan pula perlu ada beberapa tool untuk membina projek. Dengan adanya teknologi Arduino ini, semua projek mudah untuk dibina. Hanya buat pemasangan dengan penyambungan wayar sahaja kepada slot atau papan projek dan kemudian memasukkan programming sahaja. Dan projek sudah boleh berfungsi. Dengan adanya kaedah programming, kerja untuk modify yang yang kita mahukan menjadi senang. itu pun kalau kita tahu dan faham. Ada sesetengah orang tak sukakan programming yang memeningkan kepala sebab ada banyak kod-kod yang perlu dilihat. Tapi seb...

Projek Terkini 2018

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Bertemu kembali. Berita gembiranya saya kembali semula dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada idea elektronik. Buat masa kini saya tidak banyak menghasilkan projek elektronik untuk apa-apa aplikasi. Ini kerana saya banyak tertumpu kepada projek lain. Pada waktu sebelum ini saya banyak menghasikan idea projek untuk kegunaan pengguna masa kini. Pendek kata saya banyak membuat RnD untuk produk-produk tersebut. Setelah selesai semua tugasan tersebut, saya berhasrat untuk memberi tumpuan sepenuhnya di blog ini seperti sebelum-sebelumnya. Kini saya telah menghasilkan beberapa produk baru untuk MyEnique seperti ebook, buku pembelajaran dan produk Kit Projek. Saya akan cuba update sekerap mungkin maklumat di dalam blog ini. Ini akan memberi manfaat kepada semua dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk idea-idea elektronik. Jika anda berminat untuk menghasilkan projek elektronik tetapi tidak mempunyai idea yang mantap, anda boleh hubu...

Solar Panel

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Pada kali ini saya cuba untuk menyentuh serba sedikit mengenai komponen yang penting untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang iaitu solar panel. Solar panel bentuk asasnya adalah seperti sekeping papan. Lapisan permukaan yang licin seperti cermin atau plastik. Ianya berwarna gelap, hitam atau kebiru-biruan. Solar panel apabila diletak di bawah cahaya matahari ianya akan menghasilkan tenaga elektrik melalui dua terminal keluaran positif dan negatif. Elektrik yang terhasil merupakan voltan DC dan tidak merbahaya apabila disentuh. Solar panel berfungsi menghasilkan tenaga elektrik daripada penerimaan cahaya matahari. Cahaya matahari adalah sumber yang paling utama dan yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Apakah kegunaan solar panel? Kebanyakan solar panel digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang dicas oleh solar panel digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik. Jarang sekali alatan elektrik...

Belajar buat projek di page FB

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Bismillah permulaan pembuka kata. Setelah lama saya tidak update informasi di dalam blog ini atas sebab-sebab tertentu antaranya adalah kekangan masa yang terlalu suntuk dan masalah laman blog ini hilang seketika. Maksud hilang adalah laman blog ini seperti disekat dan hilang terus. Dari itu saya telah cuba untuk membina blog baru pada akuan baru dan sehinggalah sampai satu masa ianya hampir siap dan blog MyEnique ini telah muncul kembali. Ia hilang dan muncul kembali tanpa sebarang alasan. Apa pun syukur Alhamdulillah ianya kembali seperti sediakala. Pada kali ini saya ingin memaklumkan satu page fb telah dihasilkan khas untuk peminat projek elektronik. Semua orang boleh menyertainya tanpa syarat. Namun begitu saya lebih sarankan kepada peminat yang baru ingin bermula. Ianya merupakan satu hobi. Hobi yang memerlukan kreativiti dan penggunaan akal fikiran yang kreatif serta inovatif. Bagi pengguna FB, anda bolehlah LIKE page @buatprojekelektronik ...

Buku baru upgrade

Antara produk MyEnique yang baru saja dibuat kemaskini adalah Buku Koleksi Litar Projek LED. Ianya mengambil masa yang agak lama disebabkan kekangan masa yang melambatkan proses penambah baikan ini. Berbanding dengan versi lama, versi baru ini lebih nampak mudah. Mudah dibuat pemasangan pada atas papan litar projek. Saya telah menambah diagram litar pemasangan untuk papan projek. Versi awal memang tiada diagram papan projek. Hanya diberikan diagram skematik saja. Oleh itu memang sukar sedikit untuk pemasangan komponen dibuat kepada mereka yang baru mula belajar. Dengan adanya pemanbah baikan versi terbaru ini, kerja pemasangan adalah mudah. Hanya berpandukan kepada diagram litar yang diberi. Untuk itu, harga masih lagi seperti dahulu. Dan kepada pelanggan lama yang pernah membeli, anda dialu-alukan untuk menghantar emel kepada saya dengan menyatakan untuk memohon salinan diagram litar versi terbaru. Kepada pelanggan yang belum dapat lagi Koleksi Projek LED ini, seminggu lagi produk...

Sambutan...

Selepas sahaja diumumkan pra-pendaftaran dibuka untuk kursus yang ditawarkan, admin menerima banyak sekali borang pendaftaran melalui emel. Alhamdulillah, ternyata sambutan amat menggalakkan. Insyaallah selepas selesai menerima penyertaan peserta, admin akan menyenaraikan tarikh dan aturcara kursus/bengkel tersebut. Pra-pendaftaran masih dibuka lagi. Terima kasih