Catatan

Harga Tempahan Projek

Imej
Untuk menetapkan harga pakej tempahan projek elektronik, saya akan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap kesukaran projek, jenis komponen yang diperlukan, masa yang diambil untuk menyiapkan projek, dan jenis perkhidmatan tambahan (contohnya, video tutorial atau panduan pemasangan). Berikut adalah anggaran harga untuk beberapa pakej tempahan: Pakej Asas (Projek Elektronik Mudah) Sesuai untuk murid sekolah rendah dan menengah. Projek melibatkan litar asas dan komponen elektronik mudah. Harga: RM150 – RM300 (bergantung pada jenis projek). Pakej Pertengahan (Projek Arduino/ESP Asas) Sesuai untuk pelajar IPT dan mereka yang ingin mendalami penggunaan Arduino atau ESP. Projek melibatkan sistem automasi asas atau prototaip mudah. Harga: RM400 – RM700 . Pakej Lanjutan (Projek Kompleks atau Prototaip Produk) Sesuai untuk projek penyelidikan, prototaip produk, atau sistem automasi yang lebih kompleks. Memerlukan lebih banyak komponen, masa, dan ujikaji. Harga: RM800 – RM1500 (bergantung...

Khidmat tempahan projek elektronik

Imej
Sudah sekian lama saya tidak menawarkan khidmat tempahan projek elektronik di MyEnique, dan saya akui ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan cabaran. Namun, keinginan untuk berkongsi kepakaran dan membantu mereka yang berminat dalam dunia elektronik semakin kuat. Kini, saya dengan bersemangat ingin mengadakan semula perkhidmatan tempahan projek elektronik untuk semua yang memerlukan, sama ada untuk pembelajaran, penyelidikan, atau sekadar untuk hobi. Kali ini, saya merancang untuk memperkenalkan pakej tempahan projek yang lebih teratur dan menarik . Setiap pakej akan direka khas mengikut keperluan pelanggan, memastikan setiap individu atau organisasi mendapat solusi terbaik untuk keperluan projek mereka. Selain itu, setiap projek akan dibina dengan teliti, dengan mengambil kira kualiti dan kesesuaian dengan tujuan projek tersebut. Saya juga akan menyediakan beberapa pakej tempahan yang sesuai untuk pelbagai peringkat. Dari murid sekolah rendah , pelajar sekolah menengah , hin...

Tumpuan Projek Solar dan Inovasi

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Buat masa sekarang ini saya lebih tertumpu kepada bidang Solar Energy dan Inovasi pembuatan produk. Tumpuan lebih kepada memberi dan menyalurkan maklumat terutama di dalam kursus dan bengkel yang saya sediakan. Teknologi tenaga solar pada masa kini sudah mula berkembang. Penggunaannya semakin meningkat dan pesat. Ianya merupakan sumber kuasa yang diperbaharui seperti sistem tenaga kincir angin, dan tenaga ombak. Sumber tenaga amat diperlukan kepada kehidupan manusia. Ianya menjadi sumber asasi manusia kerana ianya diperlukan. Kaedah penjanaan tenaga elektrik melalui sistem tenaga solar adalah salah satu cara yang mudah. Semakin hari semakin berkurang kos bahan-bahan untuk pembinaan sistem tenaga solar. Namun begitu ramai yang tidak sedar dan kurang kefahaman dalam penggunaan sumber tenaga dari mahatari ini. Untuk itu saya berhasrat untuk mengadakan kursus pendek mengenai tenaga solar dan cara untuk digunakan pada kehidupan seharian kita. Keba...

Buat Projek: Tahun 2019 adalah tahun...

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Agak tergantung tajuk pos kali ini. Sebenarnya saya nak sambung ayat tersebut tapi terlalu panjang ayatnya. Jadi saya biarkan ia tergantung. Sengaja saya buat begitu supaya pembaca boleh dapat jawapannya setelah baca pos saya ini. Saya bukan seorang yang pandai berkata-kata. Namun saya sangat suka memberi sesuatu yang baru kepada semua terutama kepada orang yang berada di depan saya. Ianya seperti di dalam kelas atau di hadapan grup kecil. Saya suka memberi ilmu yang saya ada. Ilmu melalui kerja dan pengalaman saya dalam bidang inovasi elektronik ini. Apa yang saya sampaikan tidak mengikut buku atau silibus pembelajaran. Apa yang saya ajar adalah dari pengalaman saya. Namun begitu saya melalui pengalaman tersebut dengan ilmu yang saya pelajari. Saya amalkan ilmu tersebut dan hasilnya adalah pengalaman dan ilmu baru. Mahukah saya ajarkan ilmu yang sama seperti di sekolah atau di universiti. Pasti bosan jika ilmu yang sama disampaikan. Malah tia...

Buat Projek: Idea projek elektronik

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Bersua kembali setelah lama saya tidak update blog ini atas sebab kesibukan saya menyelia beberapa projek solar. Ok pada kali ini saya mahu sentuh mengenai projek elektronik. Ramai yang tertanya saya bagaimana nak cari idea untuk membuat satu projek elektronik. Pokok pangkalnya adalah apa yang kita mahu dan apa yang orang mahu. Buat dan hasilkan projek mengikut kehendak dan keinginan yang kita mahu. Boleh juga buat grup perbincangan untuk cari idea yang bernas. Targetkan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Kemudian kaitkan dengan idea yang berkaitan dengan elektronik. Pada peringkat ini nyatakan apa saja idea yang terlintas. Jangan buat penolakan atau sudah mula fikir logik atau tidak. Senaraikan dahulu apa saja idea dan jangan kira pelik atau tak boleh. Sebabnya nanti untuk peringkat seterusnya barulah kita akan short listkan idea mana yang sesuai. Mencari idea tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah tumpuan kita untuk mencari idea. Tumpukan ...

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar

Imej
 Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.   Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!  Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu. Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan ke...

Belajar Bina Projek Arduino

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak maklumkan mengenai kit terbaru yang baru saja saya hasilkan setelah lamanya membuat pengujian terhadapat kit tersebut. ianya adalah kit pembelajaran untuk yang nak baru mula mempelajari sistem Arduino. Kini nak bina projek bukan lagi satu kepayahan. Dahulunya saya merasakan kesukaran untuk menghasilkan dan membina satu projek yang kita suka. Susah nak cari bahan dan susah untuk membinanya. Tambahan pula perlu ada beberapa tool untuk membina projek. Dengan adanya teknologi Arduino ini, semua projek mudah untuk dibina. Hanya buat pemasangan dengan penyambungan wayar sahaja kepada slot atau papan projek dan kemudian memasukkan programming sahaja. Dan projek sudah boleh berfungsi. Dengan adanya kaedah programming, kerja untuk modify yang yang kita mahukan menjadi senang. itu pun kalau kita tahu dan faham. Ada sesetengah orang tak sukakan programming yang memeningkan kepala sebab ada banyak kod-kod yang perlu dilihat. Tapi seb...