Belajar Elektronik, Projek Elektronik, Projek Arduino, Pembentangan Projek, Rekacipta Projek, Inovasi Kreatif
Buku baru upgrade
Berbanding dengan versi lama, versi baru ini lebih nampak mudah. Mudah dibuat pemasangan pada atas papan litar projek. Saya telah menambah diagram litar pemasangan untuk papan projek. Versi awal memang tiada diagram papan projek. Hanya diberikan diagram skematik saja. Oleh itu memang sukar sedikit untuk pemasangan komponen dibuat kepada mereka yang baru mula belajar. Dengan adanya pemanbah baikan versi terbaru ini, kerja pemasangan adalah mudah. Hanya berpandukan kepada diagram litar yang diberi.
Untuk itu, harga masih lagi seperti dahulu. Dan kepada pelanggan lama yang pernah membeli, anda dialu-alukan untuk menghantar emel kepada saya dengan menyatakan untuk memohon salinan diagram litar versi terbaru. Kepada pelanggan yang belum dapat lagi Koleksi Projek LED ini, seminggu lagi produk ini akan diedarkan terus kepada semua senarai yang masih menunggu. Maknanya ada akan dapat versi yang terbaru.
Terdapat 13 litar projek yang boleh dibina. Namun begitu terdapat beberapa litar projek lagi yang masih boleh dibina dengan pakej komponen yang diberi. Ianya akan dikemaskini melalui emel pembeli. Sila maklumkan kepada saya anda mahukan update litar-litar yang lain.
Sila isi borang di SINI atau melalui emel electronicsmyenik@yahoo.com.
Selamat menonton video terbaru di bawah ini.
Anda boleh dapatkan Koleksi Litar Projek LED ini di SINI atau terus ke www.myenique.com/produk.html
Sambutan...
Insyaallah selepas selesai menerima penyertaan peserta, admin akan menyenaraikan tarikh dan aturcara kursus/bengkel tersebut.
Pra-pendaftaran masih dibuka lagi. Terima kasih
Survey untuk program kursus
Ok! Jom join kursus pendek yang terbaru. Boleh masuk link ini untuk pra daftar kursus apa yang anda suka. nak join semua pun boleh. http://www.myenique.com/kursus.html
Antara kursus atau bengkel yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Kursus Asas Elektronik Rekacipta Produk DIY
Kursus ini mengajar cara-cara mudah merekacipta litar projek DIY yang boleh dijadikan sebagai hobi atau untuk diniagakan. Asas-asas elektronik diajar secara teori dan amali dengan teknik berlainan yang mudah difahami seterusnya boleh dipraktikkan di rumah. Antara projek DIY yang ditunjukkan merupakan projek yang popular untuk kegnaan harian dan boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan jika diniagakan. Antara yang terkandung di dalam kursus ini adalah:Kursus Bengkel Bina alat pengesan logam sendiri
- Asas ElektronikKursus ini sesuai untuk mereka yang masih belum tahu mengenai elektronik tetapi ingin belajar dari mula. Peminat hobi litar elektronik yang masih belum faham mengenai elektronik. Dan sesuai untuk mereka yang ingin baru memulakan aktiviti rekacipta elektronik ini.
- Asas Mengenal Komponen Elektronik
- Asas Alatan Kerja
- Asas Pembuatan Litar Elektronik
- Kerja Amali Membina Litar Projek DIY
- Asas Pembinaan Produk Rekacipta
Di dalam kursus ini diajar cara-cara menghasilkan alat pengesan logam DIY. Anda boleh bina alat pengesan logam sendiri dan terus guna. Pemasangan alat pengesan logam yang simple tetapi efektif digunakan sebagai hobi mencari barang-barang logam. Bahan-bahan disediakan dan anda diajar satu per satu sehingga alat berfungsi dengan baik. Alat yang siap boleh dibawa balik dan anda juga boleh menghasilkan alat pengesan logam sendiri lagi setelah mengikuti bengkel ini. Antara isi kandungan bengkel ini adalah
- Asas teori mengenai asas alat pengesan logamBengkel seperti ini sangat sesuai untuk semua golongan yang berminat. Tidak kira lelaki atau perempuan. Anda juga boleh menghasilkan seberapa banyak alat setelah habis menghadiri bengkel ini dengan segala bahan-bahan pembuatan akan kami sediakan. Sesuai juga untuk mereka yang baru ingin memulakan hobi metal detecting. Untuk hadir bengkel ini tidak semestinya tahu asas elektronik. Peserta yang tahu asas elektronik adalah bonus bagi mereka.
- Pengenalan bahan-bahan dan alatan yang akan digunakan
- Amali teknik pemasangan alat pengesan seperti pemasangan mother board, cara lilit coil, cara setting dan sebagainya.
- Sessi pengujian alat
Kursus Bengkel Pemasangan Bekalan Kuasa Solar
Di dalam kursus ini diajar cara pemasangan solar panel dan unit bekalan kuasa untuk kegunaan sendiri atau sebagainya. Bengkel ini mengajar asas dalam pemasangan solar panel. Sumber tenaga elektrik dari solar panel boleh digunakan untuk alat-alatan elektrik yang selalu digunakan di rumah atau di tempat kerja. Banyak kegunaan tenag solar ini kepada manusia terutama untuk peralatan elektrik. Antara isi kandungan yang diajar di dalam kursus ini adalah:
- Asas pengenalan tenaga solarBengkel ini sesuai kepada mereka yang berminat untuk pasang solar panel sendiri di rumah, di tempat kerja, di kebun ladang dan sebagainya. Bengkel ini adalah bengkel asas, oleh itu sesuai untuk semua golongan.
- Asas penyambungan litar solar panel dan tips menjana tenaga kecil
- Asas penyambungan solar panel untuk mengecas bateri
- Asas menghasilkan litar inverter, converter, voltage doubler dari solar panel
- Amali pemasangan unit solar panel dan solar controller yang simple dan murah
Kursus Bengkel Pemasangan Litar Projek
Bagi mereka yang ingin memahirkan diri dalam teknik pematerian komponen di atas pcb atau veroboard, bengkel ini adalah sesuai untuk dihadiri. Di dalam bengkel ini akan diajar cara membina litar projek sehingga siap. Antara isi kandungan bengkel ini adalah:Buat masa ini, belum lagi diumumkan kursus dilaksanakan pun sudah ada yang mendaftar secara cakap-cakap mulut saja. Jadi daftar dulu supaya senang untuk saya susunkan tarikh yang sesuai untukj dijalankan.
- Asas pengenalan teknik membina litar projekHadir bengkel ini jika anda ingin belajar cara mudah untuk baca diagram litar, buat suruhan manual, memahirkan kerja pematerian dan memahirkan kerja pembaikan litar.
- Teknik surihan secara manual diagram litar
- Teknik pemilihan komponen
- Teknik dan amali pematerian komponen di atas papan litar
- Pengujian dan teknik pengubah baik litar
Serius! Kursus kali ini memang lain dari yang lain. Banyak eksperimen ditunjukkan secara langsung.
Blog RnD Sempoi: Antara Research dan Talk
Link blog lain
Namun, pada masa yang sama juga blog myenik akan menambah info terkini berkaitan dengan elektronik dan projek.
Salam ceria.
Blog RnD Sempoi: Sama Tapi Tak Serupa
Selamat hari raya
Sempena cuti hari raya ini, MyEnique akan bercuti dan akan mula beroperasi semua pada 27/07/15 iaitu pada hari Isnin. Semua urusniaga akan bermula kembali pada hari dan tarikh tersebut. Harap maklum.
Saya di Instagram
Manual kits projek Metal Detector BFO
Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Menara Kuasa Tesla mini
Penerangan Kursus Inovasi
Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini.
Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah.
Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursus pertama ini akan disusuli beberapa kursus lain yang berkaitan dengan inovasi elektronik.
Memang minat dan kerjaya saya dalam bidang inovasi elektronik. Jadi saya cuba berkongsi kepada umum ilmu dan pengalaman saya dalam bidang tersebut yang mana minat saya bermula sejak dari tahun 1991 lagi. Insyaallah dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para peserta menggunakan ilmu dari pengalaman saya.
Insyaallah di dalam kursus ini cara penyempaian mungkin berlainan dan saya cuba sedaya upaya saya untuk memberi kefahaman kepada semua peserta kursus. Oleh itu untuk kursus ini target kumpulan yang sesuai untuk menyertai kursus ini adalah seperti berikut:
- individu yang baru nak belajar elektronik dan tak tau apa-apa
- individu yang nak refresh ilmu asas elektronik
- individu yang nak cari idea produk/projek
- individu yang baru berminat dalam bidang inovasi elektronik
- individu yang suka sertai kursus
Pada senarai di atas, golongan profesional tidak digalakkan sertai tetapi boleh menyertai jika berminat. Kursus ini berlevelkan asas permulaan tetapi cara penyampaian ilmu tidak sama seperti di sekolah atau di dalam kelas. Oleh itu juga saya sesuaikan kepada golongan yang tidak tahu apa-apa dengan golongan yang dah ada pengetahuan asas.
Kursus ini diadakan di lab saya sendiri. Namun begitu jumlah peserta sangat terhad kepada maksimum 8 orang sahaja. Berbanding sebelum ini jumlah peserta kursus melebihi 20 orang kerana dibuat di dewan kuliah dan di kelas. Jika ada permintaan, saya boleh buat kursus di tempat lain yang lebih besar, namun peserta yang sangat ramai menyukarkan saya untuk mengajar kerana tumpuan yang kurang dan terhad terutama semasa aktiviti amali.
Penyertaan masih dibuka sehingga 17 hb Mac ini. Untuk tempahan sila hubungi saya terus ke 0182879307 atau pertanyaan melalui emel electronicsmyenik@yahoo.com. Yuran sebanyak RM30 sahaja. Sijil penyertaan akan diberikan. Sila lihat jadual pada post sebelum ini.
Terima kasih dan jumpa saya di sana pada 21 atau 22 hb ini.
Jadual kursus dan silibus
Berikut adalah jadual aktiviti untuk seharian kursus. Setiap slot mengandungi teori dan amali yang akan diselang selikan atau secara serentak. Ini bagi mengelak rasa bosan dan mengantuk semasa kursus. Kursus ini tidak sama seperti di dalam kelas. Yang penting buka minda dan happy.
JADUAL WAKTU
Kursus 8.00am – 9.00am
Pendaftaran kehadiran peserta kursus
9.00am – 10.00am
Kursus bermula. Pengenalan Inovasi Elektronik (teori dan visual demo)
10.00am 10.15am
Rehat. Jamuan ringan
10.15am – 1.15pm
Asas tatakerja dalam pembuatan elektronik (teori dan amali)
- asas komponen yang kerap digunakan
- asas alatan kerja yang selalu dan perlu digunakan
- asas alatan elektrik dan elektronik - keperluan penting di dalam kerja
- teknik mencari litar elektronik - teknik menggunakan litar yang sesuai
- penerangan jenis jenis litar yang sangat popular
1.15pm – 2.10pm
Rehat. Makan tengah hari. Solat Zohor
2.10pm – 4.00pm
Penerangan Litar projek, kendalian dan fungsi (teori dan amali)
- Fungsi setiap bahagian litar - Penggabungan Litar
- Aktiviti Pemasangan Litar Elektronik
Aktiviti mengikut arahan pemasangan
Aktiviti pemasangan bebas
4.00pm – 4.50pm
Teknik penghasilan produk komersial. Teknik langkah demi langkah menghasilkan produk dari idea-idea.
4.50pm – 5.00pm
Penyampaian Sijil Penyertaan
5.00pm Kursus tamat. Bersurai
Untuk pendaftaran sebelum 17 hb mac 2015 ini, sila hubungi saya melalui call/sms/wassap dengan memberikan nama penuh, alamat, nombor utk dihubungi dan emel.
0182879307 electronicsmyenik@yahoo.com
Arahan pembayaran juga akan diberitahu di dalam talian. Hanya Rm30 sahaja. Nota akan diberikan termasuk makan dan minum. Harga pengenalan sebelum ianya menjadi kepada harga asal. Nota diberikan untuk dibawa balik. Alatan amali disediakan untuk aktiviti amali tetapi tak boleh bawa balik.
Insyaallah di dalam kursus pendek ini, kita semua akan peroleh manfaat dan boleh diamalkan untuk masa akan datang.
Ps: bagi yg menanti kursus metal detector dan power solar, saya galakkan hadiri kursus permulaan ini kerana ia diajar asas elektronik dan amali.
Kursus Inovasi Elektronik
Assalamualaikum. Salam ceria.
Sukacita dimaklumkan kursus Inovasi Elektronik akan diadakan pada 21 dan 22 hb Mac 2015. Kursus berlangsung selama sehari sahaja. Jika anda berminat, pilih hari yang anda rasa sesuai atau masih kekosongan.
Maklumat lanjut akan dinyatakan kemudian.