Catatan

Veroboard bukan untuk semua

Imej
Penggunaan verboard bukan untuk semua litar projek dan bukan semua sesuai litar projek boleh dipasang di atas veroboard atau stripboard. Litar projek seperti running light, siren, sensor infrared, power supply kecil dan seumpanya. Tapi litar projek seperti pemancar fm, projek radio frekuensi, metal detector, pengesan gelombang dan seumpanya tidak boleh menggunakan veroboard. Kenapa yek? Susah nak terangkan tapi ikut logik semua boleh faham. Jika dilihat pada bawah veroboard terdapat barisan laluan litar yang tersusun rapi dan rapat-rapat. Jadi jika mengikut hukum arus elektrik, setiap pengaliran arus elektrik terdapatnya kesah aruhan pengaliran. jadi gangguan pasti berlaku pada komponen-komponen elektronik. Tanpa disedari gangguan tersebut tidak terjadi pada litar projek yang tidak melibatkan penghasilan gelombang frekuensi seperti running light atau seumpamanya. Litar pemancar fm menggunakan gegelung (coil). Jika dipasang pada veroboard gangguan akan berlaku pada laluan litar. Tapi ji...

Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali. Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan te...

Rekaan terkini setiap masa

Imej
Pada kali ini saya banyak luangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang banyak sangat diajukan di dalam e-mail baru MyEnik. Masa yang diperuntukkan juga terpaksa dilebihkan demi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Namun begitu terdapat juga rakan-rakan lama yang pernah berurusan dengan MyEnik sebelum MyEnik pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat teruk sekali. Selepas MyEnik naik kembali dan merangka semula pengurusan buat beberapa kali ini, banyak tugasan yang diperolehi. Jadi masa juga perlu bijak dibahagikan dengan sempurna. Apa pun saya hanya mampu merancang. Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta ...

Upgrade versi terbaru

Imej
Ramai yang mengetahui projek sistem pembasuh tangan automatik mengguna 3 litar projek yang sama. Litar tersebut adalah litar projek pengesan objek infrared. Litar tersebut saya rekakan khas untuk student dari... ala.. lupa pulak. Sebab dah lama dah litar tersebut dibuat dan ianya menjadi litar pilihan setiap tahun kecuali tahun lepas dan tahun ini. Sebabnya saya dah tak siarkan kepada umum. Bukan sebab tak ok tapi sebab saya sudah rekakan versi terbaru yang lebih mantap. Jika dilihat pada gambar, itu adalah prototaip sahaja, sebagai projek ujian dan R&D saya beberapa minggu. Tujuan saya upgrade projek ni sebab ianya sebahagian dari produk terbaru saya (boleh lihat di blog produkreatif) pada masa akan datang. Selain itu juga saya bercadang untuk buka peluang kepada student yang berminat untuk menyambung kembali tradisi membina litar projek ini. Ia akan jadi sistem pembasuh tangan versi 2009. Jika dilihat pada video, itu adalah sebahagian dari kerja R&D saya untuk litar ini. Jadi...

Bekalan kuasa ringkas

Imej
Dalam setiap litar projek atau apa saja litar elektronik, sistem bekalan kuasa adalah penting. Jika tiada, litar tidak akan berfungsi. Bergantung kepada kita juga yang tentukan samada ingin membuat satu litar bekalan kuasa ringkas atau pun yang lebih canggih dengan jumlah komponen yang banyak dan pelik-pelik. Ianya sama sahaja cuma beza dari segi kualiti keluaran yang dihasilkan. Litar bekalan kuasa penting jika litar projek kita tidak menggunakan bateri dan menggunakan sumber kuasa seperti dari transformer. Seperti yang kita ketahui, sumber kuasa dari transformer adalah arus ulang alik (AC). Manakala untuk menghidupkan sesebuah litar memerlukan voltan terus (DC). Oleh itu litar bekalan kuasa yang terdiri dari litar penerus dan litar pengatur voltan diperlukan.  Andaikata, satu litar projek menggunakan voltan 5 volt untuk beroperasi. Pada masa tersebut kita mempunyai unit bekalan kuasa tetap 12 volt dan satu bateri 9 volt. Jadi bagaimana untuk kita dapatkan sumber kuasa 5 volt? Adakah ...

Kursus Asas Rekacipta Elektronik

Imej
Setelah dipertimbangkan beberapa kali dan ramai juga yang menghantar email supaya diadakan kursus untuk rekacipta elektronik. Pada mulanya saya fikirkan untuk membuat kursus asas elektronik tetapi tajuknya terlalu formal dan sudah biasa didengari. Saya dan beberapa rakan kumpulan sudah berbincang mengenai perancangan ini dari tahun lepas tetapi saya banyak menolak idea ini dan berhasrat untuk menghasilkan buku dan modul pembelajaran sahaja. Baru-baru ini saya terpaksa akur dan bersetuju setelah memikirkan silibus dan topik kursus didalam seminar kursus itu nanti. Ada beberapa email yang saya terima meminta saya untuk membuat kelas belajar elektronik tetapi jawapan saya adalah 'cadangan anda akan dipertimbangkan'. Dari perbincangan yang telah dijalankan, saya berhasrat untuk membuat satu kursus Asas Rekacipta Elektronik yang pertama dengan motonya menjana pendapatan lumayan melalui rekacipta. Selain dari belajar cara-cara mudah untuk menghasilkan satu rekacipta elektronik, saya ...

Simbol asas elektronik

Imej
Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka. Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya. Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang i...