Catatan

Pengesan Logam

Imej
Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima. Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan. Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. ...

Sensor pengukur tahap air

Imej
Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur. Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks. Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur m...

Jadual yang padat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kembali saya sekali lagi setelah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan member semua saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di lab dan juga di luar lab. Begitu juga dengan hal-hal luaran yang perlu saya selesaikan. Oleh itu jadual saya terlalu padat sehinggakan saya sangat jarang dan tiada masa yang lama di online. Untuk masa akan datang ini juga saya belum boleh pastikan lagi saya mempunyai masa secukupnya untuk blog Myenik ini. Begitu juga dengan laman web MyEnik yang sudah tidak beroperasi lagi untuk sementara waktu (belum tahu lagi bila waktunya) atas sebab-sebab tertentu seperti waktu rehat untuk myenik dan juga sedang membuat persediaan projek akan datang. Perjalan agak perlahan kerana saya perlu uruskan beberapa urusan lain lagi. Walaubagaimana pun kepada member-member hanya perlu lawati blog MyEnik ini sahaja untuk dapatkan maklumat-maklumat dan juga info kegiatan saya. Selain MyEnik member boleh menjenguk terus ke blog peribadi sa...

Transformer

Imej
Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja. Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti: power transformer output transformer driver transformer IF transformer Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan...

IC Pengatur Voltan

Imej
Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC. Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk volt...

Tempoh tamat hari ini

Hari ini adalah hari terakhir Pakej e-book Elektronik berada di MyEnik. Mulai esok pakej e-book itu tidak akan dijual lagi. Begitu juga dengan tawaran untuk menjadi ahli kelab Rekacipta Elektronik MyEnik melalui pembelian e-book pakej tersebut. Kelab Rekacipta Elektronik MyEnik akan dilancarkan dalam 2 -3 hari lagi. Dengan kelebihan yang ada melalui kelab ini, saya boleh tumpu perhatian kepada ahli-ahli yang berdaftar. Jadi, ruangan yang seperti diminta telah saya sediakan. Oleh itu terpulang pada anda untuk menggunakannya dan mengambil peluang. Terima kasih.

Ulang tahun yang ke-4

MyEnik telah berusia 4 tahun pada bulan ini dan menyambut usianya dengan pelbagai program akan dilaksanakan. Pada usia 4 tahun kini, MyEnik melalui banyak pengalaman pahit dan manis sehinggakan MyEnik telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam satu arena dunia elektronik. Bagi MyEnik ianya satu permulaan. Perjalanan masih jauh dan apa yang berlaku sebelum ini dijadikan iktibar atau sandaran pada kenangan (macam nama lagu pulak). Dengan ulang tahun yang ke-4 ini Myenik telah memberikan tawaran harga produk paling hebat setakat ini dan setiap pembeli secara automatik didaftarkan dalam forum rekacipta elektronik atau sebenarnya adalah kelab rekacipta elektronik MyEnik. Di dalam kelab ini disediakan ruangan pertanyaan dan ruangan belajar asas elektronik secara lebih dekat lagi. Memandangkan terlalu ramai yang berminat dan setiap hari menerima banyak email pertanyaan (sampaikan saya pun susah nak kawal), oleh itu saya tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik. Terdapat yuran pen...