Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.
Belajar Elektronik, Projek Elektronik, Projek Arduino, Pembentangan Projek, Rekacipta Projek, Inovasi Kreatif
Simple Power Supply
Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini.
Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu lebih dari voltan yang anda inginkan. Sebagai contoh untuk hasilkan voltan dc 9 volt, voltan masukan perlu lebih dari voltan yang diinginkan seperti 12 volt atau 10 volt DC. Voltan masukan perlulah DC (arus terus). Jika anda ambil punca voltan dari transformer, pastikan anda tukarkan voltan AC kepada DC dengan membina litar penerus atau tambah diod saja.
Jika anda perlukan satu unit bekalan kuasa yang lebih selamat, anda hanya perlu membelinya satu unit untuk simpanan peribadi anda.

Penghujung tahun
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah hampir ke penghujung tahun 2007. Hanya tinggal bulan 12 saja lagi untuk melangkah ke tahun 2008. MyEnik sedang mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan perancangan yang telah disusun rapi untuk pembukaan tahun baru 2008 pada masa akan datang.
Saya dan Shahrul kita sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa produk baru dan buku panduan terbaru. Mungkin agak lama sikit untuk menyiapkannya walaupun masa atau target untuk menyiapkannya sudah semakin hampir. Apa pun begitu kami tetap akan siapkan secepat mungkin.
Pada waktu sekarang ini aktiviti dengan student agak perlahan dan hampir tiada urusan. Ini berlaku kerana student dah ramai yang bercuti dan sessi pengajian semester sudah habis. Dengan peluang ini kami melakukan kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan untuk perancangan tahun hadapan pula.

Akan ada produk terbaru
Sudah lama saya ber'uzlah mengurung diri semata-mata ingin menyiapkan beberapa projek dan produk terbaru MyEnik. Tapi bagi saya ia masih belum sempurna lagi walaupun senarai produk baru seperti e-book sudah boleh diumumkan. Bukan mudah untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Pada kali ini saya berharap produk terbaru ini akan lebih berkualiti dan teratur.
Mungkin sebabkan produk terdahulu nampak tidak tersusun, untuk produk akan datang saya mahukan kesempurnaan. Apakah produk yang akan saya keluarkan? Produk terdiri daripada produk digital seperti e-book, buku bersama dengan cd dan produk lengkap seperti alatan.
Apa yang pasti semua produk ini akan benar-benar beroperasi pada januari 2008. Beberapa produk akan muncul tidak serentak. Satu persatu sehingga semua produk semuanya muncul. Tunggu kemunculannya.

Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Setelah lama bercuti raya, kini saya kembali menjalankan aktiviti yang sudah lama direhatkan. Blog ini pun masih belum banyak lagi di-update. Lagi pun pc saya dan Shahrul telah direhatkan agak lama juga walaupun cuti raya sudah habis. PC kami ada masalah. Jadi banyak kerja tergendala.
Baru-baru ini kerja membina projek banyak kali terganggu. Saya banyak menggunakan pc untuk membuat kerja-kerja di lab. Bila pc dah takde, kenalah guna manual dan sumber rujukan pula dari buku-buku dan fail simpanan. Kerja agak rumit sikit berbanding sebelum ini.
Namun begitu perancangan selepas cuti raya masih diteruskan walaupun banyak halangan ditempuhi. Produk baru MyEnik sudah tidak sabar untuk diumumkan. Masih menanti waktu yang sesuai. Mungkin produk sebelum ini akan mengalami perubahan-perubahan tertentu.
Buat beberapa kali, strategi MyEnik akan mengalami perubahan baru yang agak drastik dan boombastik demi menaik taraf perjalanan dan pencapaian MyEnik. Insyaallah selepas ini banyak lagi maklumat yang akan saya kongsikan sebelum tahun baru tahun depan.

Perihal LED dan seumpamanya
Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna???
Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni?'. Saya berfikir sejenak.

Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu?'
'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba.
Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah dia menggunakan bateri 9 volt untuk uji nyalaan LED.
Oklah macam ni. Hampir kesemua LED menggunakan voltan had setinggi 3 volt. Itu tahap yang paling selamat untuk uji LED. Ada juga LED yang had voltannya 4 volt. Tapi lebih baik dan selamat guna 3 volt la. Lebih dari itu kemungkinan LED akan berubah warna menjadi amat terang dengan sekejap dan bertukar warna suram atau pun pucat. Kalau keadaan ini berlaku bermakna LED tersebut rosak dan voltan yang diberikan mungkin besar.
LED boleh guna voltan DC atau AC? Dua dua voltan boleh asalkan tidak lebih dari had voltan masukkannya. Kalau tak percaya cubalah sendiri. Buat ujikaji sendiri dan lihat hasilnya. Cuba terbakarkan satu LED dengan mengenakan voltan 12 volt atau 9 volt. Voltan 240 volt AC pun boleh juga tapi awas! Saya tak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan kerana voltan 240Vac boleh membunuh.
LED mempunyai dua kaki yang dikenali anod dan katod. Anod adalah positif dan katod adalah negatif. Kalau dilihat pada kaki LED, panjang kedua-dua kaki tidak sama. Bukan silap buat tapi disengajakan. Yang panjang itulah anod dan yang pendek sikit tulah katod (sebut ketot pun boleh juga).LED tidak seperti mentol lampu berfilamen. LED mengeluarkan pelbagai warna setiap satu LED. Ada juga LED yang mengeluarkan banyak warna pada satu LED tersebut. Ada LED yang boleh berkelip sendiri. Ada LED yang berkelip sendiri sambil menukarkan pelbagai warna menarik. Ada juga LED yang mempunyai 3 kaki yang mana satu kaki adalah anod dan dua kaki lagi adalah katod. LED tersebut boleh menghasilkan 2 warna mengikut pemilihan kaki katodnya. Contoh seperti warna merah dan warna hijau.
Saiz LED juga berbeza beza. LED yang biasa digunakan bersaiz 16mm. Ada yang lebih kecil dan lebih besar. Selain itu juga LED mempunyai banyak jenis bentuk. Ada yang bulat, kotak, bujur, leper dan sebagainya. Satu lagi saya lupa nak bagitau, apa tu LED? LED adalah Light Emmiting Diode atau Diod Pemancar Cahaya. Ia tergolong dalam keluarga diod.
Jika dilihat pada kepala LED dengan dekat kita akan nampak struktur dalamannya. Nampak tak satu bentuk macam bendera? Yang bentuk bendera itu kakinya adalah katod dan satu lagi yag kecil bentuknya adalah anod. Tapi waspada! Jangan mudah tertipu dengan struktur tadi. Sebab ada juga LED yang sepatutnya bentuk bendera itu adalah katod tetapi bila dipasang pada bekalan kuasa ia tudak menyala. Bila ditukar kedudukan kaki baru menyala. Itu namanya LED yang silap buat (he he he). Saya pernah alami pengalaman ini. Kesemua LED yang saya pasang pada papan projek tidak menyala. Pada hal saya ikut kedudukan bendera pada negatif dan satu lagi adalah positif tapi masih tidak menyala. Bila saya tukar kedudukan kaki baru menyala. Kemudia baru saya tahu dan silap. Sepatutnya saya lihat pada panjang pendek kaki LED bukan pada struktur dalaman LED. Faham ke?
Dengan LED saya boleh membina pelbagai jenis litar elektronik yang menarik. Litar LED kelip-kelip adalah litar LED pertama saya dan sekarang ianya menjadi lebih advance lagi. LED terdapat di mana-mana. Jadi tidak hairanlah kalau penggunaan LED adalah meluas kerana ianya murah dan menjimatkan tenaga tidak seperti mentol biasa.
Aktiviti Bulan Ramadhan
Selamat berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti MyEnik agak slow tetapi masih lagi kerja dilakukan. Sebelum bulan Ramadhan aktiviti di lab boleh dikatakan selalu setiap malam hingga lewat malam (biasa pukul 2 pagi baru balik). Pada siang hari pula saya dan Shahrul sibuk dengan kerja masing masing.
Bulan Ramadhan ini agak penat dari hari-hari biasa. Kalau sampai rumah letak kepala atas bantal terus je lelap. Tapi solat terawih dan tadarus buat juga. Mana boleh dilepaskan. Rugi rasanya kalau tak buat. Disebabkan masa yang ketat dengan pelbagai aktiviti dan keletihan, aktiviti di lab pada belah malam agak slow sikit.
Kalau ada projek tu agak lewat sikit la nak siapkan. Cuma baru-baru ni saya bersengkang mata cuba menyiapkan kerja MyEnik selepas saje solat terawih. Banyak kerja saya buat di rumah disebabkan lab dengan rumah agak jauh. Tidur sekejap dan terus bangun untuk sahur. Selepas sahur sambung balik kerja sehingga masuk waktu subuh baru stop untuk solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja pula.
Letih tetap letih termasuk mengantuk sekali. Tapi sebabkan tanggungjawab dan seronok, terus tak rasa apa. Harap-harap tak jatuh sakit macam sebelum ni. Nak tau, sebelum ni beberapa hari sebelum puasa saya jatuh sakit teruk. Saya kena serang maigrain dan tekan darah tinggi selama seminggu. Doktor nasihat untuk saya stop semua aktiviti di lab untuk merehatkan diri. Tapi dalam tempoh seminggu rehat tu pun saya masih buat kerja (kalau doktor yang periksa tu tau saya langgar pantang, mesti kena marah he he he).
Baru-baru ni Shahrul pula tak sihat. Tapi kerja masih diteruskan juga. Saya dan Shahrul banyak mengejar masa dan sibuk dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab. Ada kalanya banyak kali juga kami tidak dapat menyiapkan kerja mengikut due date yang ditetapkan serta banyak urusan tertangguh. Apa yang boleh saya dan Shahrul lakukan itu adalah yang terbaik dan termampu bagi kami. Minggu ni kerja agak slow dan tambahan pula stok komponen kami banyak yang dah habis digunakan. Kebanyakan komponen habis diberikan kepada student termasuklah stok untuk ujikaji dan penyelidikan kami juga.

Geganti itu adalah Relay
Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti.
Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala.
Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi.
Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan plat besi yang sama seperti butang atau slide suis. Kaki gegelung pada relay tiada polariti positif dan negatif.
Untuk penyambungan kaki relay dengan litar lain seperti litar lampu atau kipas, sambungkan pada kaki Common dan Normally Open. Atau pun pada kaki Common dan Normally Closed. Pilih salah satu. Untuk tujuan menghidupkan alatan, pilih cara pertama dan jika mahukan alatan dimatikan apabila relay ON, pilih cara kedua. Pastikan alatan yang disambung disertakan dengan punca voltan kuasa. Ala... macam sambungan suis juga la...
Jadi bagaimana kalau ada relay yang lebih dari 5 kaki seperti 8 kaki tu? Jawapannya, sama je macam relay 5 kaki. Maksudnya 5 campur 3. Yang tambahan 3 kaki tu adalah suis yang kedua. Ia bertujuan untuk mengawal dua alatan atau litar. So boleh faham ye. Lepas ni jangan ada yang salah anggap dengan relay lagi. Terima kasih.

Bulan Ramadhan Menajam Minda
Bulan Ramadhan sudah menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan ganjaran pahala akan digandakan begitu juga amalan yang kita lakukan setiap hari.
Apabila kita berpuasa, sistem di dalam perut kita akan berehat di siang hari. Apabila waktu berbuka tiba, sistem perut akan mula bekerja. Jadi apakah aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan? Banyakkan kerja yang boleh mendapatkan ganjaran pahala seperti membaca quran, membuat perkara yang baik, tidak tinggal solat, berzikir dan sebagainya. Selain dari itu? Selain dari itu kita boleh lakukan aktiviti rekacipta elektronik. Tapi jangan terlalu asyik sehingga lalai dari mengerjakan solat pulak. Elok-elok boleh dapat pahala, tak pasal-pasal pulak boleh dapat dosa.
Oleh itu teruskan usaha murni anda menjalankan aktiviti rekacipta dengan jayanya. Saya dan Shahrul juga masih teruskan kerja ini walaupun di Bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk saya berhenti seketika berpuasa.

Hala Tuju MyEnik Bukan Nak Kaya- Mohd Azrai
Salam bertemu lagi. Kali ini saya nak relax sikit bercerita serba sedikit mengenai hala tuju MyEnik. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang tidak berapa faham dengan konsep sebenar MyEnik. Saya dan Shahrul merupakan penggerak utama MyEnik. Kami mempunyai hobi dan kegemaran yang hampir sama iaitu rekacipta litar elektronik.
Inilah hobi kami. Serba sedikit kami menggunakan kepakaran yang ada dengan menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini. Jadi tidak terlintas lagi untuk kami menjadi kaya raya atau jutawan segera hasil dari aktiviti yang telah kami jalankan ini. Walaupun ianya boleh dilaksanakan seperti yang ada kini. Yang penting bagi kami adalah melakukan aktiviti rekacipta bagi tujuan kepuasan sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang mengharapkan bantuan untuk merealisasikan keingini yang sama seperti kami juga.
Ada juga yang ingin belajar terus dari kami dengan datang ke lab kami di Jenderam, Dengkil. Kami sangat puas jika dapat menggembirakan dan menjayakan projek orang atas bantuan kami berdua. Ada juga yang minta bantuan untuk buat projek kesemuanya. Itu malas saya nak cerita. Seperti tahun-tahun yang lalu, saya sendiri pernah buat 5 projek elektronik dalam sebulan. Berasap kepala wooo. Tapi saya terima atas dasar minat dan dapat mendalamkan lagi ilmu yang pernah saya pelajari di IPT dulu dan atas dasar minat yang mendalam.
Bagaimana dengan income? (mesti ada yang tanya). Saya tak mahu sentuh lebih-lebih mengenai income atau bayaran sebab walaupun duit itu penting untuk bayar sewa lab, bayar duit elektik air lab, bayar duit minyak kereta pergi ke lab atau cari bahan-bahan projek dan sebagainya, saya sanggup merasa rugi demi kepuasan (hampir rugi). Saya banyak guna duit saya sendiri dari menggunakan duit income dari MyEnik untuk perbelanjaan bahan lab dan projek. Malah ada juga beberapa student yang tidak mampu untuk membayar kos membina litar projek mereka, itu kira halal la... demi masa depan mereka itu yang lebih penting.
Saya dan Shahrul akan memperjuangkan lagi usaha ini untuk jangka masa panjang. Tapi mungkin perjalanan agak slow sebab kami mempunyai kerja di siang hari dan bertemu pada waktu malam sehingga ke awal pagi. Adakalanya saya banyak terlepas pandang dan ketinggalan dari hal-hal tertentu. Mungkin disebabkan oleh masa yang terlalu ketat dan masalah kesihatan yang sering melanda. Insyaallah, masalah ini akan dicover secepat mungkin. So, jangan anggap kami nak jadi kaya dengan cara kami di MyEnik.
Walaupun kami ada juga rasa terkilan bila ada pihak yang mengenakan cas bayaran membuat projek dengan harga RM400 lebih untuk satu litar kecil, tapi prinsip kami berbeza bukan seperti itu. Membantu dan mengenakan dengan cas yang amat murah semurah-murahnya dalam dunia ini. Ada juga pihak yang menegur saya kerana mengenakan cas yang sangat murah kerana memikirkan usaha saya yang tidak berbaloi. So, apa pandangan anda semua? Apa yang membuatkan ia lebih berharga? Idea, kepakaran atau usaha?

Membina litar projek
Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelbagai langkah demi langkah bagi menyempurnakan dengan sempurna keseluruhannya. Tidak seperti penggunaan veroboard atau stripboard kerana ianya lebih mudah. Penggunaan stripboard tidak memerlukan teknik asid eching. Hanya kepada kerja pemotongan track sahaja.
Untuk menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer, atau juga dengan teknik lettering. Salah satu kaedah paling cepat tetapi sangat leceh adalah dengan menggunakan PCB marker. Bagi saya, pilihan yang paling saya suka adalah dengan kaedah campuran lettering dengan PCB marker.
Lihat contoh seperti gambar di sebelah ini. Teknik yang paling saya minati adalah teknik lettering dengan PCB marker. Ianya lebih cepat. Walaupun begitu, ada juga teknik yang lebih cepat dari itu seperti teknik UV. Namun papan PCB untuk kaedah UV agak mahal berbanding PCB biasa.
Jadikan aktiviti membina PCB satu aktiviti yang menyeronokkan di masa lapang. Pastikan keselamatan diri semasa melakukan kerja asid eching kerana penggunaan bahan kimia beracun. Guna sarung tangan getah dan pelindung mata untuk keselamatan maksimum.

PCB biasa terdiri daripada beberapa jenis. Pilihan saya adalah PCB jenis fiber kerana ia lebih kelihatan cantik dan tracknya mudah dilihat dari permukaan atas PCB yang telah siap. Selain itu juga ia mempunyai texture yang kelihatan cantik dan kemas apabila semua komponen sudah dipasang.
Cuba lihat contoh litar projek yang telah siap dipasang di atas PCB jenis fiber. Boleh nampak laluan track di bahagian bawahnya dari pandangan permukaan atas PCB. Sebelum saya terlupa, pastikan anda membuat surihan di atas kertas dahulu sebelum membuat surihan sebenar di atas PCB. Surihan di atas kertas adalah sebagai rujukan semasa membuat surihan di atas PCB.
Jadikan aktiviti membina PCB satu aktiviti yang menyeronokkan di masa lapang. Pastikan keselamatan diri semasa melakukan kerja asid eching kerana penggunaan bahan kimia beracun. Guna sarung tangan getah dan pelindung mata untuk keselamatan maksimum.
Perjalanan MyEnik- Mohd Azrai
Assalamualaikum,
Kembali lagi ketika ini saya ingin sentuh sedikit mengenai perjalanan myenik dan pengurusan masa. Saya dan Shahrul ketika ini banyak tertumpu kepada memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada student yang ingin membuat final projek mereka. Pada ketika ini student sedang bertungkus lumus cuba mencari idea dan ada juga yang sudah mula menyiapkan projek masing masing.
Pada masa yang sama juga saya dan Shahrul mempunyai projek kami sendiri. Projek agak menarik dan besar juga. Tapi disebabkan masa yang amat ketat dengan pelbagai kerja dan tugasan harian, projek kami agak slow. Tambahan pula dengan pengurusan produk MyEnik yang mungkin akan edarkan ke utara melalui agen terbaru MyEnik di Penang. Insyaallah jika sudah terlaksana, saya akan umumkan. Bermakna orang utara boleh mendapatkan produk MyEnik melalui agen kami di Penang. Mengenai hal produk, pengeluaran produk baru agak slow. Saya dan Shahrul sedang mencari sentuhan magik untuk menguruskan semua tugasan yang ada di MyEnik.
Mengenangkan masalah masa ini saya teringat pada artikel yang pernah saya baca daripada beberapa usahawan internet seperti Dr Irfan, Team SaifulSham dan beberapa forum seperti wangcyber dan tuahemas. Saya banyak buat rujukan dan baca artikel mereka mengenai pengurusan masa dan kerja. Sekurang-kurangnya saya tahu dan tidak panik dengan keadaan yang amat genting.

Litar Projek Pengesan Infrared
Salam bertemu kembali,
Kali ini saya ingin bercerita mengenai litar infrared. Majoriti student yang minta litar dari saya adalah litar sistem infrared. Pelbagai aplikasi yang boleh dibuat hanya dengan litar projek infrared. Maksud litar infrared adalah sistem pemancaran gelombang/cahaya infrared dan sistem penerima gelombang/isyarat/cahaya infrared.
Contoh aplikasi seperti remote control tv atau dvd player. Alat seperti ini menggunakan rekaan litar elektronik yang agak rumit. Rekaan saya pula agak simple tetapi masih berfungsi dengan baik.
Hanya dengan menggunakan dua litar iaitu litar pemancar infrared dan litar penerima infrared. Kemudian dengan prinsip pantulan saya jadikan satu litar pengesan objek atau pengesan tangan. Dengan itu saya dapat hasilkan satu projek pengesan objek dengan hanya guna dua litar penerima dan pengesan infrared.
Cuba lihat video clip prototaip litar pengesan objek yang telah saya pasang dan uji di atas breadboard. Litar ini saya guna untuk menghidupkan lampu meja sebagai alat ujikaji pertama saya. Kemudian saya guna untuk sistem pembasuh tangan automatik yang telah mendapat sambutan dan permintaan tinggi dari student IPT.

Projek, projek, projek
Sekarang ni mungkin masa yang paling genting sekali untuk mencari idea untuk final projek. Sampaikan ada yang terasa tekanan yang amat dasyat sekali. Kena pula lecturer tolak idea yang kita fikirkan terlalu lama dan kita rasakan itu yang terbaik. Apa pun bawa berbincang dengan lecturer mengenai idea asal dan minta pendapat jika ada perubahan.
Masa saya dulu pun begitu juga. Bila terfikirkan satu idea yang canggih lalu ditunjuk kepada lecturer, serta-merta lecturer terima tanpa banyak soal. Persoalannya idea tersebut terlalu berat untuk dilaksanakan. Apa bermain difikiran adalah 'boleh ke?'.
Sebenarnya imaginasi kita yang mempengaruhi segala tindakan. Saya berfikir seolah-olah ianya telah berlaku dan mudah untuk dilaksanakan. Pada masa itu saya yakin boleh lakukan walaupun member satu group dah mula mempersoalkan kebolehan idea yang saya cadangkan.
Tapi saya bukan seperti hentam keromo. Buat dengan melulu tanpa mengetahui perjalanan yang sebenarnya. Yang penting sekali adalah pemerhatian dan keputusan yang diperolehi. (pening kan?). Saya buat beberapa kajian dan pengujian pada litar yang ingin dimasukkan ke dalam projek. Semasa proses untuk student cari idea untuk final project masing-masing, saya dah mula buat pengujian litar untuk idea projek yang telah saya fikirkan. Sebab, bila litar tak menjadi, saya boleh tukar dengan idea lain, sedangkan pada masa itu baru awal perjalanan. Maknanya saya masih belum terlewat.
Bila kerja kita dah ok (boleh relax sikit), masa tu boleh la tolong member lain yang kekeringan idea.

Aktiviti bulan Ogos- oleh Azrai
Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang telah saya ambil dalam bulan Ogos lalu. Banyak aktiviti berlaku di lab MyEnik. Gambar sebelah ketika seorang student bernama Zainab belajar bina projek di atas breadboard diperhatikan oleh saya.
Yang bestnya dia ni cepat belajar dan mudah faham. Sekejap je dia boleh catch-up apa yang saya terangkan. Projek dia pun dah hampir nak siap.
Hasilnya seperti ini. Memang best la. Sekali buat terus jadi. Tapi ada juga silap sikit sikit. Itu biasa la. Saya pun ada masa tu selalu juga buat silap.
Litar projek ini memang special sikit dan fungsinya telah diubah suai menjadi satu projek yang lebih menarik. Satu lagi yang menjadikan ia lebih menarik sebab harga salah satu ic yang digunakan harganya RM45. Itu pun beli kat RScomponent di Shah Alam. Kedai di jln pasar/pudu dah takde stok.
Gambar sebelah ni adalah projek makanan ikan automatik oleh Munira dari PoliKB. Projek ini menggunakan sistem timer yang sentiasa berterusan mengikut setiap beberapa tempoh yang ditentukan.
Paling susah sekali nak buat tempat isi makanan ikan tu. Setelah berfikir panjang, baru la dapat idea. Munira pun sama pening kepala sampai jadi berasap.
Tapi walaubagaimana pun, tahniah sebab projek berjaya.
Gambar seterusnya adalah gambar Nazrul sedang menyurih litar di atas PCB sambil diperhatikan oleh Shahrul yang specialist tentang pemancar fm. Nazrul nak buat projek sendiri iaitu pemancar fm. Pemancar fm kali ini lebih powerfull. Tapi tak tau lagi berjaya atau tidak. Harap-harap berjaya.
Nazrul yang paling kerap datang lab MyEnik untuk mendapat bimbingan membina projek final dan projek peribadinya.
Banyak lagi peristiwa yang berlaku dan yang tak sempat dirakamkan oleh jurugambar. Tidak lupa kepada Marina dan Yati dari PoliDungun yang buat projek sistem pembasuh tangan automatik. Member Nazrul (lupa lak nama) juga ada datang bersama Nazrul. Aziz dari UTM Skudai. dan ramai lagi. Saya dan Shahrul ingin ucapkan selamat berjaya.

Projek Banyak Masuk
Bulan Ogos ni saya rasa paling banyak projek masuk. Paling banyak adalah dari student-student seluruh Malaysia. Semua orang dah tahu terutama student, masanya sudah hampir hari presentation final project mereka.
Saya dan team MyEnik agak sibuk sikit dengan projek student ni. Sampaikan susah nak bahagi masa antara kerja-kerja yang saya dan Shahrul. Apa pun kami pilih waktu malam untuk beroperasi di lab MyEnik.
Tambahan pula projek MyEnik sendiri pun masih bertangguh. Terlalu banyak rasanya. Bila waktu malam terpaksa turun ke lab. Waktu siang pula saya dan Shahrul ada kerja masing-masing.
Nampak gayanya MyEnik akan kelam kabut macam dulu juga rasanya. Tapi mungkin tidak. Pengalaman yang dulu menjadi pengajaran. Insyaallah perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Saya Kembali Lagi!
Assalamualaikum. Salam sejahtera terutama sekali kepada perekacipta elektronik yang baru mahupun yang veteren. Selamat datang ke blog baru MyEnik. Ia nampak baru sebab baru beroperasi.
Saya harap blog ini nanti akan menjadi satu blog yang paling bagus dan bermanfaat kepada anda semua terutama kepada mereka yang betul-betul minat mengenai rekacipta elektronik. Sebelum ini pun saya agak sibuk dengan kerja-kerja dalam MyEnik. Tambahan pula student agak ramai yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan mengenai final project mereka.
Harapan saya agar mereka akan berjaya menempuhi hari presentation final project mereka nanti. Jangan gementar dan yakin dengan apa yang anda lakukan. Yakin boleh!

Langgan:
Catatan (Atom)