Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali.

Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan terpulang kepada kita untuk menerimanya dan mencubanya. Ini kerana semua litar projek yang terdapat dalam internet memang benar-benar boleh jadi. Tetapi tidak pada semua orang. Saya pernah mengunjungi satu forum elektronik luar negara dalam internet, berbincang mengenai beberapa projek yang ditunjukkan dalam forum tersebut. Saya mengambil litar tersebut dan kaji. Ramai yang memberi komen, litar tersebut tidak menjadi apabila dibuat. Ramai juga yang memberi komen yang negatif dan sinis kepada pemberi litar projek itu. Giliran saya pula untuk buat dan uji litar tersebut. Memang betul, litar tersebut tidak menjadi. Tapi saya tidak berhenti disitu, kemudian saya buat research dan buat perubahan komponen dan memahami kendalian litar. Akhirnya litar tersebut berfungsi dengan baik. Saya memberi komen yang positif mengenai litar tersebut dalam forum tersebut. Jadi fikirlah sendiri apa yang berlaku dalam forum tersebut.

Pada ruangan litar dalam web site myenik terdapat beberapa contoh diagram litar projek. Gunakan litar yang terdapat dalam ruangan tersebut untuk membina apa saja projek yang anda fikirkan. Ya. Memang boleh. Sebab itu saya tunjukkan hanya beberapa litar sahaja kerana ianya sudah lengkap untuk menghasilkan apa-apa projek yang anda mahukan. Yang penting anda perlu kreatif dan bijak mengatur dan menggabungkan litar-litar tersebut. Jadi apa pandangan anda? Adakah senang, susah, leceh, tak faham atau fikiran bercelaru? Mahukan saya ajarkan cara untuk merekacipta litar projek sendiri? Adakah perlu?

Rekaan terkini setiap masa

Pada kali ini saya banyak luangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang banyak sangat diajukan di dalam e-mail baru MyEnik. Masa yang diperuntukkan juga terpaksa dilebihkan demi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Namun begitu terdapat juga rakan-rakan lama yang pernah berurusan dengan MyEnik sebelum MyEnik pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat teruk sekali. Selepas MyEnik naik kembali dan merangka semula pengurusan buat beberapa kali ini, banyak tugasan yang diperolehi. Jadi masa juga perlu bijak dibahagikan dengan sempurna. Apa pun saya hanya mampu merancang.

Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta yang sangat inovatif. Namanya Fareed. Panggil Abg Fareed je. Abg Fareed mempunyai kelebihan dari penghasilan idea yang sangat baik dan cantik sekali. Apa pun saya telah bekerjasama dengan Abg Fareed menghasilkan satu idea produk untuk dipasarkan. Sebelum itu, seperti biasa saya perlu buat R&D berpandukan idea yang telah dicanangkan sebelum ini.

Idea tetap idea dan idea boleh menular menjadi pelbagai rupa dan keadaan. Berkonsepkan kepada teknik penghasilan idea dan juga ujian dilakukan tanpa rasa jemu, maka ianya menjadi seperti yang dirancangkan. Namun begitu disebalik kejayaan R&D, sebenarnya ianya sangat memeritkan terutama jika gagal, gagal dan gagal. Walaupun gagal, saya ambil kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk memperbaiki lagi sehingga berjaya. Jika dilihat pada gambar seperti projek LED running light saja. Sebenarnya tidak. Ia adalah ujian untuk litar distance meter yang mana LED digunakan sebagi meter. Untuk proses terakhir, LED khas digunakan sebagai meter dan komponen lain dikemaskan di atas PCB.

Projek ini telah diubah suai untuk idea yang difikirkan. Banyak kali mencuba tetapi tidak menjadi kerana pelabagi faktor seperti penggunaan komponen yang tidak sesuai dan juga setting. Seperti yang pernah saya katakan dahulu, setting sangat penting sekali. Jika salah atau tidak betul, pasti kita anggap litar tersebut salah pasang.

Lepas ini akan muncul banyak lagi hasil R&D yang saya lakukan. Namun begitu amat sayang sekali kerana saya memang susah untuk menunjukkan hasil R&D kepada umum walaupun sudah berpuluh-puluh hasil kerja yang berjaya dihasilkan. Kalau nak tunjuk pun setakat gambar dan cerita sahaja. Bak kata rakan-rakan yang lain, jika saya jual semua hasil research, pasti saya menjadi seorang jutawan sekarang ini. Tapi bukan itu yang saya fikirkan.

p/s: Dari cerita Abg Fareed yang diceritakan kepada saya, saya sangat berjaga-jaga dan yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang ini.

Upgrade versi terbaru

Ramai yang mengetahui projek sistem pembasuh tangan automatik mengguna 3 litar projek yang sama. Litar tersebut adalah litar projek pengesan objek infrared. Litar tersebut saya rekakan khas untuk student dari... ala.. lupa pulak. Sebab dah lama dah litar tersebut dibuat dan ianya menjadi litar pilihan setiap tahun kecuali tahun lepas dan tahun ini. Sebabnya saya dah tak siarkan kepada umum. Bukan sebab tak ok tapi sebab saya sudah rekakan versi terbaru yang lebih mantap.


Jika dilihat pada gambar, itu adalah prototaip sahaja, sebagai projek ujian dan R&D saya beberapa minggu. Tujuan saya upgrade projek ni sebab ianya sebahagian dari produk terbaru saya (boleh lihat di blog produkreatif) pada masa akan datang. Selain itu juga saya bercadang untuk buka peluang kepada student yang berminat untuk menyambung kembali tradisi membina litar projek ini. Ia akan jadi sistem pembasuh tangan versi 2009.

Jika dilihat pada video, itu adalah sebahagian dari kerja R&D saya untuk litar ini. Jadi mungkin ada yang bertanya apakah kelebihan versi terbaru ini? Litar terbaru ini mempunyai bahagian pelarasan tambahan untuk kepekaan. Komponen juga banyak bertukar dan lebih efektif. Manakala gangguan kepada persekitaran juga dikurangkan seperti gangguan cahaya matahari. Satu lagi, kekuatan pancaran infrared juga lebih kuat berbanding versi lama.

Apa pun saya akan hasilkan projek kit untuk litar ini dan saya lebih yakin versi terbaru ini berbanding versi lama yang ianya sangat susah untuk membinanya mahupun yang mencubanya adalah cikgu elektronik. Sebabnya, adalah setting. Setting yang salah menyebabkan litar tidak berfungsi dengan betul. So kena jaga-jaga pada perkara yang remeh-temeh boleh menjadikan projek tidak berfungsi.


Versi lama selalu menjadi kontroversi kepada orang yang pernah cuba membuat sendiri. Ada yang kata diagram litar tak betul, komponen salah, laluan salah sambung dan ada yang kata litar ini ciplak dari luar tanpa diuji. Disebabkan setting tak betul sebenarnya, jadi pelbagai isu yang timbul. Biasa la... saya juga yang jadi mangsa. Setelah berjumpa dengan saya, projek menjadi dengan sempurna kerana setting dan faktor lain seperti sambungan kaki sensor yang salah.

Oleh itu, versi terbaru direka semula. Untuk mereka satu-satu litar projek, ianya sangat mudah sekali, itu pun kita tahu teknik yang betul dan yang penting sekali adalah membuat ujikaji. Projek board adalah modul paling penting untuk membuat ujikaji sebelum pemasangan di atas PCB atau veroboard. Dengan litar satu ini, kita boleh fikirkan apakah kegunaan yang berguna untuk diri dan sekeliling kita. Selain itu juga litar projek ini boleh dijadikan sistem remote control infrared seperti saya temui dalam proses R&D yang saya lakukan. Kalau difikirkan sudah tentu pelbagai benda yang saya imaginasikan sehinggakan ianya sukar nak kawal. Akhirnya idea asal menjadi idea yang terlalu kompleks sehinggakan sukar untuk dilaksanakan.

Bekalan kuasa ringkas

Dalam setiap litar projek atau apa saja litar elektronik, sistem bekalan kuasa adalah penting. Jika tiada, litar tidak akan berfungsi. Bergantung kepada kita juga yang tentukan samada ingin membuat satu litar bekalan kuasa ringkas atau pun yang lebih canggih dengan jumlah komponen yang banyak dan pelik-pelik. Ianya sama sahaja cuma beza dari segi kualiti keluaran yang dihasilkan.

Litar bekalan kuasa penting jika litar projek kita tidak menggunakan bateri dan menggunakan sumber kuasa seperti dari transformer. Seperti yang kita ketahui, sumber kuasa dari transformer adalah arus ulang alik (AC). Manakala untuk menghidupkan sesebuah litar memerlukan voltan terus (DC). Oleh itu litar bekalan kuasa yang terdiri dari litar penerus dan litar pengatur voltan diperlukan. 

Andaikata, satu litar projek menggunakan voltan 5 volt untuk beroperasi. Pada masa tersebut kita mempunyai unit bekalan kuasa tetap 12 volt dan satu bateri 9 volt. Jadi bagaimana untuk kita dapatkan sumber kuasa 5 volt? Adakah dengan sambungkan sahaja ke unit bekalan kuasa atau bateri 9 volt? Boleh. Asalkan anda mempunyai litar pengatur voltan seperti yang saya tunjukkan di bawah ini. Ianya litar mudah dan sangat berguna. Ia menggunakan satu IC yang berbentuk seperti transistor iaitu mempunyai 3 kaki. 
Jika kaki transistor terdiri daripada Base, Emitter dan Collector, kaki IC ini terdiri daripada In, Out dan Ground. IC ini adalah IC pengatur voltan (voltage regulator) yang dikali sebagai keluarga 78xx. Apakah 78xx ini? Dua nombor permulaan 78 adalah nombor tetap IC tersebut yang menentukan ianya terdiri daripada IC pengatur berkeluaran positif. Apabila anda lihat 78, maksudnya ia jenis IC regulator jenis keluaran positif. Apa pula xx di belakangnya? XX itu adalah nilai voltan keluaran. Contohnya seperti 7805 untuk keluaran 5 volt, 7809 untuk keluaran 9 volt, 7812 untuk keluaran 12 volt dan sebagainya.

Jadi bagaimana pula jika anda lihat 7910? Ianya juga IC voltage regulator yang mempunyai voltan keluaran 10 volt. Bezanya keluarannya adalah negatif. Bagaimana? Lihat pada nombor 79. Jika 78 untuk positif, 79 pula untuk negatif. Untuk tentukan nama-nama setiap kaki, saya anjurkan anda merujuk pada data sheed untuk IC ini.

Kursus Asas Rekacipta Elektronik

Setelah dipertimbangkan beberapa kali dan ramai juga yang menghantar email supaya diadakan kursus untuk rekacipta elektronik. Pada mulanya saya fikirkan untuk membuat kursus asas elektronik tetapi tajuknya terlalu formal dan sudah biasa didengari. Saya dan beberapa rakan kumpulan sudah berbincang mengenai perancangan ini dari tahun lepas tetapi saya banyak menolak idea ini dan berhasrat untuk menghasilkan buku dan modul pembelajaran sahaja.

Baru-baru ini saya terpaksa akur dan bersetuju setelah memikirkan silibus dan topik kursus didalam seminar kursus itu nanti. Ada beberapa email yang saya terima meminta saya untuk membuat kelas belajar elektronik tetapi jawapan saya adalah 'cadangan anda akan dipertimbangkan'. Dari perbincangan yang telah dijalankan, saya berhasrat untuk membuat satu kursus Asas Rekacipta Elektronik yang pertama dengan motonya menjana pendapatan lumayan melalui rekacipta.

Selain dari belajar cara-cara mudah untuk menghasilkan satu rekacipta elektronik, saya akan selitkan sekali kaedah untuk menghasilkan pendapatan melalui hobi rekacipta elektronik ini. Saya fikirkan ianya penting bagi membuka minda peminat-peminat rekacipta elektronik mengetahui bahawa hobi ini sebenarnya boleh enjadi sumber pendapatan tetap. Idea tersebut itu juga dipersetujui oleh rakan kumpulan saya dalam MyEnik.

Sebelum ini, saya dan ahli kumpulan mempunyai satu lab yang memberi khidmat membuat projek elektronik dan mengajar teknik-teknik untuk membuat litar projek elektronik secara personal dan ada juga secara kumpulan jika yang datang dari satu kumpulan. Kebanyakan yang hadir adalah terdiri dari para pelajar IPT dan IPTA. Hasrat saya memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara membuat projek dengan mudah, iaitu menggunakan teknik yanga saya praktikkan sehingga sekarang.

Pelbagai teknik dan juga bentuk projek yang saya berikan tunjuk ajar supaya mereka yang hadir boleh faham dan mengetahui untuk membuat projek selepas habisnya sessi tunjukajar dijalankan. Namun begitu, kini tiada lagi lab tersebut kerana saya dan ahli kumpulan tidak menyewa lagi sebab lokasi yang terlalu jauh yang menyebabkan saya selalu sampai di rumah 2, 3 pagi setiap hari. Tak larat. 

Kini cadangan saya untuk membuat kursus yang pertama akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Silibus dan topik juga sudah disediakan. Tempat juga telah disediakan iaitu di Kelab Darul Ehsan, Ampang, itu pun jika tiada sebarang perubahan yang berlaku. Selain itu juga, para peserta yang berjaya menghadiri kursus tersebut akan menerima sijil penyertaan dan barangan dari MyEnik seperti CD pembelajaran dan satu set modul rekacipta litar projek yang mengandungi komponen elektronik dan projek board untuk dipraktikkan di rumah. CD dan pakej projek rekacipta itu dibuat khas untuk kursus ini dan tiada dijual di mana-mana walaupun di laman web myenik. Pakej projek rekacipta mengandungi komponen elektronik, project board dan manual. Teknik pemasangan akan ditunjukkan di dalam kursus dengan projek lain semasa sessi amali. 

Jadi, kawan-kawan  semua boleh ambil peluang ini dengan menghadiri kursus Asas Rekacipta Elektronik yang akan diumumkan nanti. Khidmat selepas kursus juga diberikan sekiranya para peserta mempunyai persoalan dan masalah untuk membuat projek. Apa pun saya memerlukan dan sedang mencari feedback dari anda semua mengenai kursus ini sebelum ianya diumumkan tarikh kursus tersebut. 

Simbol asas elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka.

Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya.
Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang ini, kedua-dua simbol boleh digunakan dan tiada masalah pun asalkan kita memahaminya. Sedangkan saya lebih suka menggunakan simbol segiempat panjang.

Jadi bagaimana untuk mengingati kesemua simbol-simbol ini. Banyak cara tetapi cara paling mudah adalah selalulah melihat dan membaca diagram litar elektronik. Selain itu perlu rajin buat projek elektronik. Pada masa yang sama, kita mampu mengingati simbol-simbol ini tanpa perlu menghafalnya seperti menghafal fakta sejarah.

Cadangan dari pelawat...

Saya menerima banyak e-mail yang menanyakan pelbagai soalan sama ada yang susah nak jawab dan yang biasa-biasa sahaja. Namun semua persoalan tersebut saya jawab mengikut giliran. Lagi pula ada beberapa e-mail mengandungi soalan yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Dan ada juga email yang sama menghantar beberapa soalan  sekali hantar. Semuanya saya jawabkan jika saya tahu. Jika saya tak mampu untuk menjawabnya saya akan katakan saya tahu setakat yang termampu sahaja.

Sebabnya ada juga soalan yang luar dari bidang saya seperti mesin atau enjin. Sikit-sikit tu tahu la juga, cuma bukan dalam kepakaran saya. Majoriti soalan berkisarkan dengan projek elektronik dan juga litar projek. Apa pun ada masanya saya buntu juga bagaimana untuk membuat satu ruangan khas bagi mereka mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang dicari. Dahulunya saya pernah buatkan satu ruangan khas tetapi kurang pengunjung malah ruangan tersebut tidak disedari oleh kebanyakan pelawat yang masuk.

Insyaallah saya sedang fikirkan dan sedang buat satu ruangan khas untuk masalah tersebut. Selain itu juga banyak juga email yang memberi cadangan terutama sekali produk elektronik seperti kits litar projek. Dari beberapa tahun yang lepas lagi cadangan tersebut sering diajukan kepada saya dan saya memberikan jawapan akan dipertimbangkan. Senarai projek sudah siap di list kan. Pengujian litar juga sudah dibuat. Hanya tunggu peraksanaan sahaja, sedangkan saya masih memikirkan cara terbaik untuk dikeluarkan.

Untuk permulaan saya buatkan satu produk litar projek kits percubaan dengan melepaskan beberapa jenis projek dahulu. Tapi semua projek kits perlu dipasang di atas veroboard sahaja. Dan bukannya atas PCB seperti yang terdapat dipasaran sekarang ini. Walaubagaimanapun, manual pemasangan diberikan dengan penjelasan terperinci pada pemasangan komponen tersebut. Jika terlaksana, saya memerlukan beberapa peminat hobi kits untuk mencuba produk tersebut untuk mendapatkan feedback produk yang dicuba. 

Saya sudah tak tahan dengan pelbagai pertanyaan dan desakan supaya projek kits dibuat untuk peminat-peminat elektronik. Walaupun di kedai elektronik sudah ada dijual dengan pelbagai jenis projek, tetapi mereka masih mahukan kelainan dari saya. Insyaallah saya akan usahakan. Saya memerlukan sokongan dari anda semua supaya saya kembali kekal di MyEnik.

Selain itu ada yang mengharapkan produk-produk lain seperti gajet-gajet yang menarik. 
Gajet yang menarik? Memang saya ada buat, tapi untuk kegunaan sendiri. Sebelum ini saya ada buat satu alat pengesan logam (metal detector) untuk kegunaan sendiri dan group saya. Ala... macam cari harta karun tu la... Jadi pelbagai versi yang saya buat dan ada juga tempahan diminta walaupun saya belum cadang untuk menjualnya. Lagi pun agak mahal sebab teknologinya dan bukan sebab harga barang tu. Ingat ya... ianya satu teknologi dan bukanya barang semata-mata. 

Kemudian selepas itu ramai pula yang nak order unit tersebut walaupun saya nyatakan harganya. Disebabkan kegunaannya, ramai yang sanggup membelinya. Lagi pun versi rekaan saya ini lain dari yang lain dengan penambahan sistem tertentu. Kemudian rekabentuknya pun direka oleh Bro Jimi. Kalau tengok pada gambar tu, itu prototaip dan merupakan metal detector pertama saya yang telah dibarai untuk kerja rework. Apa pun saya dan group saya tidak gelarnya sebagai metal detector. Ianya adalah gold detector.

Kegunaan transistor sebagai suis

Kebanyakan litar elektronik yang simple menggunakan relay sebagai suis perantaraan kepada litar luaran yang lain seperti menghidupkan metol 240VAC atau menghidupkan peralatan elektrik. Relay jugalah yang menjadi komponen paling sesuai untuk tugasan tersebut. Manakala komponen lain yang berkaitan seperti SCR atau Triac dan seumpamanya kurang mendapat sambut dari segi penggunaanya kecuali untuk kes-kes tertentu seperti menjimatkan ruang dan mengurangkan berat.

Namum begitu relay perlukan komponen lain untuk menghidupkannya. komponen yang sesuai untuk digandingkan adalah transistor. Ya... transistorlah jawapannya. Jika satu-satu litar elektronik atau pun litar projek kit mempunyai keluarannya sekadar nyalaan LED atau bunyi pada speaker, ianya boleh ditukar kepada penggunaan relay sebagai suis. Seperti litar aktif gelap atau litar penggera air dan seumpamanya yang menggunakan komponen selain relay seperti LED atau speaker, dengan menggunakan litar tambahan, relay boleh digunakan. 
Ianya berkaitan dengan kehendak kita untuk mengawal litar lain atau menggunakan voltan 240VAC. Kebanyakan relay sesuai untuk tugasan sebagai suis untuk voltan 240VAC. Asalkan kita perlu berhati-hati dalam pemasangan untuk litar tersebut kerana ianya berkaitan dengan arus ulang alik yang tinggi dan merbahaya. Dengan adanya relay, litar induk tidak dikacau oleh penyambungan litar kedua pada relay. Termasuk juga pada komponen seperti transistor, ianya selamat dan tidak akan rosak kecuali untuk kes-kes tertentu.

Pada contoh surihan di atas adalah salah satu cara untuk menggunakan relay sebagai ganti kepada LED atau speaker dalam sesebuah litar projek. Contoh ini juga untuk keluaran bervoltan positif. Jika voltan keluaran negatif, hanya perlu tukar transistor PNP dan sedikit perubahan susunan komponen asal. Dengan cara ini, relay akan on jika terdapat isyarat voltan pada masukan dan menghidupkan transistor. Fungsi transistor di sini adalah sebagai pemicu relay. Jadi litar ini sebuat sebagai relay driver.

 

Surihan veroboard

Sebelum tu saya banyak terlupa untuk memberitahu. Surihan di atas veroboard sebenarnya satu rujukan paling mudah untuk membina projek sebenar di atas veroboard. Nmun begitu panduan seperti tracking yang perlu dipotong adalah penting bagi mengasingkan laluan sambungan di antara komponen. Di bawah ini saya tunjukkan imej yang perlu diketahui berkaitan dengan surihan veroboard.

Kotak kecil yang ada dot itu adalah tanda yang menunjukkan track veroboard dipotong. Kemudian vr jenis trimmer pot. Untuk vr yang bersaiz besar biasanya rajah menunjukkan penyambungan wayar sahaja.

Untuk diagram seterusnya jika terdapat mana-mana komponen yang agak pelik, saya akan beri sedikit penerangan beserta dengan imej yang sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

Litar penghalau nyamuk

Walaupun litar ini mampu untuk menghindarkan nyamuk tetapi saya tetap guna ubat nyamuk yang mengeluarkan asap dan yang menggunakan tenaga elektrik. Tapi tidaklah saya anggap litar ini tidak bermakna apa-apa buat saya. Masa umur saya belasan satun dulu, saya selalu juga pergi ke kebun getah, tolong mak cik toreh getah. Jadi di kebun getah memang ramai tahu memang ada banyak nyamuk yang suka mengganggu orang macam saya ni yang tidaklah sepenuh masa pergi ke kebun. Hanya masa cuti sekolah bila balik kampung saja rasa rajin nak ke kebun.

Biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Oleh itu saya terfikir untuk guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik. Memang masa tu gila sangat dengan rekacipta elektronik. Jadi idea mencurah-curah tapi tak tahu saluran yang betul masa tu.

Bila dah siap, jadi masa untuk test. Masa test tak nampak macam menjadi sangat pun sebab mungkin ada berlaku kesilapan masa tu. Tapi a
da rasa juga macam menjadi sikit sebab terasa nyamuk tak banyak masa tu. Kiranya menjadi juga la. Oleh itu saya tunjukkan sekali lagi diagra
m litarnya beserta dengan diagram di atas verob
oard. Kalau nak pasang boleh guna rujukan ini di atas veroboard. Atas PCB takde... maaf ye.
Untuk diagram atas veroboard adalah seperti di bawah ini. Kalau nak pasang ikut terus seperti di diagram ini.
Jadi apakah komponennya senang diperolehi? Ya... memang senang dan mudah diperolehi di kedai elektronik yang menjual komponen elektronik. Seperti pada permintaan, jika dilihat pada kod warna perintang adalah seperti berikut. Nilai perintang 1.2K kod warnanya adalah coklat, merah dan merah. Hujungnya adalah emas. Manakala perintang 2.2K adalah merah, merah dan merah. Hujungnya juga adalah emas. Bacaan pada perintang boleh laras tertera nilai pada body komponen tersebut dan tiada kod warna. Sama juga kapasitor seperti 47 mikro Farad dan 10 mikro Farad, tertera nilai kapasitan di body komponen tersebut. Manakala kapasitor 0.01 mikro Farad tertera nombor 103 pada body. IC digunakan adalah jenis 555. Tidak kiralah di depannya ada tambahan abjad seperti NE555 atau LM555. Yang penting adalah 555 dan berkaki 8. IC 7555 juga boleh digunakan kerana ianya sama tetapi IC timer ini adalah jenis CMOS. Pastikan kapasitor jenis kutub seperti 47uF dan 10uF dipasang ikut polariti positif dan negatif. Tertera pada body kapasitor adalah tanda negatif (-). Tiada tanda positif. Bagi kapasitor 0.01uF pula tiada kutub dan boleh pasang ikut mana-mana kedudukan kaki. Untuk perintang boleh laras (VR) terdapat tiga kaki. Untuk projek ini hanya kaki tengah dan salah satu kaki kiri atau kanan digunakan. Ia tiada kutub. Pada diagram merupakan VR jenis trimmer bersaiz kecil.

Bagaimana pula piezo. Piezo seperti speaker tapi tidak serupa macam speaker. Dalam binaan buzzer ia digunakan selain pelbagai kegunaan dalam alat mainan elektronik. Sila lihat gambar di bawah ini.


Macam nilah rupanya. Mudah diperolehi. Tidak perlu risau untuk mencarinya. Kedai elektronik yang menjual komponen ada jual. Piezo inilah yang akan menghasilkan frekuensi tinggi yang hanya nyamuk boleh mendengar gangguan frekuensi tersebut. Nyamuk akan pergi jauh dari frekuensi tersebut.

Offer percuma

Untuk permulaan ini sebab badan sudah rasa agak sihat sikit berbanding sebelum ini. Untuk itu saya offer kepada semua yang berminat untuk meminta apa saja diagram litar elektronik. Ya... apa saja. Tapi ada syarat la pulak. Syaratnya seperti:

- Jangan minta diagram litar TV atau Radio (susah tu saya nak lakar atas veroboard)
- Tidak kepada litar yang merbahaya seperti taser, timer bomb, pengganggu siaran tv/radio dan seumpamanya
- Bukan diagram litar yang rumit dan banyak komponen seperti litar komputer
- Hanya dibenarkan litar projek elektronik yang mudah seperti litar sensor (apa-apa sensor), litar power supply, inverter, converter, yang guna LED, yang guna relay, yang guna dc motor dan seumpamanya.
- Bukan litar PIC

Semua tawaran ini bermula sekarang (3/3/09) sehingga saya penat. Caranya mudah, hanya pergi ke komen post ini dan mintalah diagram litar yang anda mahu saya siarkan. Insyaallah jika permintaan tersebut masuk akal, saya akan siarkan secara percuma. Buat kebajikan sikit. Oklah, dengan rasminya offer bermula! Poooottt... (bunyi horn pertandingan).

Apa pendapat anda?

Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan.

Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya.

Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan beberapa teknik dan proses penghasilannya. Jika tidak ianya tidak boleh diguna pakai. Tidak seperti veroboard, ianya sudah sedia untuk digunakan. Hanya perlu kerja pemasangan, penyusunan komponen dan juga pematerian. Jika perlu melalui proses potong laluan, ianya hendaklah dilakukan.

Contoh pertama seperti diagram litar ini. Ianya adalah projek LED kelip-kelip. Saya tunjuk contoh yang mudah dulu dan kemudian pada masa akan datang saya akan lakukan seperti ini untuk litar projek yang lain pula.

Jika pemasangan komponen untuk litar seperti ini mungkinlah senang dan cepat untuk disiapkan berbanding dengan litar yang mempunyai jumlah komponen elektronik yang banyak. Cara pengaturan komponen juga ada bermacam-macam cara dan bentuk susunan. Semuanya bergantung kepada kehendak masing-masing. Dari situ kita boleh lihat cara penyusunan dan pada masa yang sama kita boleh menilai manakah yang nampak lebih kemas dan cantik.

Ada teknik pemasangan yang suka merapatkan semua komponen dan ada yang suka menjarakkan komponen. Cuba lihat diagram ini pula setelah dibuat penyusunan di atas veroboard. Untuk litar yang simple ini, tiada pemotongan dibuat dan kerja pemasangan juga lebih mudah dan cepat.
Dengan adanya diagram veroboard ini, kerja pemasangan lebih mudah. Hanya dengan melihat pada surihan ini dan ikut saja pemasangannya di atas veroboard yang sebenar. Selepas siap, buat pengujian. Jika tidak berfungsi, kita boleh buat pemeriksaan beberapa kali sambungan di atas veroboard dengan surihan ini.

Untuk litar seterusnya, saya akan tunjukkan beberapa diagram litar beserta dengan surihan veroboard untuk memudahkan anda memasang dan mengujinya nanti.